iklan

Followers

Pages

Friday, 20 January 2012

Seronoknya bila ramai yang mendoakan ke arah kebaikan.

Kalau diturut hati yang malas memang boleh leka dengan Facebook (FB). Boleh buat terleka chatting atau main game yang tidak memberikan hasil. Bukan FB saja, malah segala macam perkara pun jika dilakukan tanpa ada ketegasan atau kesedaran boleh mendatangkan kesan negatif. Antaranya kerja lain banyak terbengkalai dek kerana terlaku leka.

Perkara apa pun walau pun baik sebenarnya boleh berubah negatif bila dilakukan secara berlebihan,

Boleh makan, minum, bersenam, bekerja dan sebagainya tetapi jangan berlebihan. Tiada sukatan tertentu yang dapat aku berikan sebagai panduan. Kita sendiri yang menentukan hadnya dengan akal yang waras.

Setiap hari aku akan buka akaun FB aku sama ada di laptop atau di handphone saja. Kebaikan guna FB bukanlah kita fokuskan kepada berniaga sahaja. Bukanlah kalau berniaga dan menghasilkan duit sahaja maka ianya bagus dah. Kadang kerana terlalu guna FB untuk berniaga hingga mendatangkan rasa rimas di kalangan rakan FB kita sendiri. Rimas bila kita tag, pos ke wall mereka atau tag personal message pada mereka.


Ini antara kerimasan akibat menerima tag pasal bisnes di PM FB. Aku pun rimas juga dibuatnya. Situasi/respon yang diterima akibat perbuatan orang lain.

Boleh saja FB menjadi satu medium yang baik untuk kita. Bukan sahaja untuk menambahkan pendapatan tetapi kita sedia maklum dapat mengeratkan tali persahabatan dan persaudaraan.

Antara yang aku suka bila ada letak status di wall seperti berita tentang sakit, kematian, hari jadi, perkahwinan dan sebagainya akan mendapat banyak respon positif dari teman-teman FB. Aku gembira bila ramai yang mendoakan, memberikan nasihat dan melapangkan dada. Orang kata bila ramai yang mendoakan itu kan lebih baik. Samalah seperti solat berseorangan, berjemaah itu lebih besar ganjaran pahalanya.

FB bila digunakan dengan baik, Insyaallah setidaknya memberi banyak kesan positif pada kita dari segi perlakuan, bahasa dan pemikiran. Hadnya kita yang tentukan supaya tidak berlebihan. Yang dewasa sudah bijak menentukannya dan bertanggungjawab juga mengawal penggunaannya bagi mereka yang masih muda seperti anak-anak remaja kita.

3 comments:

susumanis said...

semua benda ada pro n cons , kita yang kena control mana yang patut, ambil yg baik, buang yang x baik..:))

Muhammad Burn said...

entry yg baik, kak...

Dinas Aldi said...

Rasa sangat sangat terharu dengan keikhlasan kawan2 mendoakan kesihatan, terutama sekali bila ibu atau bapa kita yg tak sihat.