iklan

Followers

Pages

Friday, 6 January 2012

Dapat juga ole-ole dari Penang

Hubby : Siapa bagi tu mama? (Macam jeles je.. he..he..)
Aku : Kawan blogger mama kasi, Kak Dinas!
Hubby : (Angguk je!)
Aku : Cantikkan! Jadi le.. tak dapat pegi Penang pun dapat juga FM dari Penang.. 
           (ehem.. nada nak mengena hubby)
Hubby : Mmmm.... (sengih selamba je..)


Aku terima FM ni pada hari Selasa, 4 Januari 2012 baru ni. Tapi tak sempat nak buat entri dek kerana busy dengan urusan anak-anak mula sekolah.

Terima kasih banyak kak Dinas sebab sudi bagi Liza FM yang comel ni.

Bak kata anak aku, Asyikin "Eeee... comelnya, bak sini Ikin letak kat peti sejuk!"

"Jap aaa... mama nak amik gambar dulu ni!", mama nak buat post entry ni buat kenangan dari kak Dinas, blogger 'Dari Penjuru Ini'.

"Ini kawan blogger mama bagi, cikgu Bahasa Inggeris yang ada komen kat blog kakak tu!", aku bagitau pada anak sulung aku pula si Aishah.

Eh! Ye ke kak Dinas cikgu Bahasa Inggeris? Suka hati aku je kan menyebutnya... Jangan marah kak Dinas.

"Tak aci la asyik mama je selalu dapat hadiah!", komen Asyikin dengan nada jelesnya.

"Biasalahkan kalau kita baik ramai orang sayang", agak perasan bagus pada diri aku sendiri... he..he..

I love you kak Dinas, blogger yang suka buat aku tersenyum dan kadang ketawa bila baca entry-entrynya. Cukup sinis dan sempoi.

5 comments:

mas saari said...

seronok kan dapat hadiah dari sahabat2 blogger ni..

Dinas Aldi said...

Bab orang baik ramai orang sayang tu bukan perasan tapi memang betul okeh. Liza memang sangat baik, I love you tooooo :)

diana said...

RAMAI JUGAK BLOGGER DARI PENANG.TAPI SORANG PUN TAK PERNAH SAYA JUMPA..HEHEHEH

C'Jai said...

Alalaaaa...so sweet...Dinas..nak juge...hehe...

ummiross said...

ummi pun dah mula suka kumpul FM ni Liza. Cantiknya FM dari Penang, belum ada lagi dalam simpanan.