iklan

Followers

Pages

Monday 9 January 2012

Depan pagar sekolah

Aku turunkan anak-anak di ruang parking depan sekolah rendah yang kebetulan kosong kerana rata-rata kenderaan hanya pandu lalu untuk menurunkan anak masing-masing di depan pintu pagar sekolah. Semuanya sibuk nak berkejar ke tempat kerja maka tentulah nak cepat berlalu.

Sebaik anak-anak bersalam dan turun dari kereta, aku berhajat untuk diam sekejap di dalam kereta kerana sesaknya di belakang aku untuk aku undur dan keluar dari parking. Tunggu reda sikitlah jemnya, bukan aku kalut nak ke mana pun. Arif pula masih lagi terlena di tempat duduk belakang.

Macam-macam gelagat budak-budak sekolah dan ibu-bapa yang aku perhatikan. Terpandang aku pada seorang bapa yang berjalan kaki seiring dengan anaknya menuju ke pintu pagar sekolah. Dia bersalam dan mencium kedua-dua pipi dan dahi anaknya kira-kira 5 meter lagi nak ke pintu pagar sekolah. Dia terus berdiri dan memerhatikan anaknya berjalan sendirian hingga melepasi pintu pagar. Kemudian barulah dia berlalu dari situ.

Tak ramai para ibu bapa yang bersikap demikian. Rata-rata yang aku lihat hanya menurunkan anak dari kereta dan terus saja bergerak. Memang tak elok pun nak tunggu lama sambil perhatikan anak masuk ke pintu pagarkan. Apa pula kata pemandu kereta di belakang yang sedang panjang beratur nak menurunkan anak juga. Tak perlu buat selalu tapi buat sekali-sekala juga bila hari kita ada ambil cuti yang tidak memerlukan kita kelam kabut nak ke tempat kerja.

Kemudian keadaan agak reda sedikit saja, aku undurkan kereta dan mula bergerak nak balik. Ada tiga barisan kereta yang berhenti untuk turunkan anak. Aku berada di lorong tengah. Di hadapan aku sebuah Naza Ria sedang turunkan dua orang anaknya. Sebaik saja anak-anaknya turun, Naza Ria terus bergerak. Besar sungguh keyakinannya dengan situasi anak-anaknya yang berada di antara dua barisan kereta-kereta yang perlu melintas pula untuk sampai ke pintu pagar sekolah.

Banyak kemalangan berlaku di depan sekolah. Berhati-hatilah. Syukur sejak tahun 2012 sudah ada lampu isyarat di jalan utama depan sekolah. Para pemandu pun bertimbangrasalah untuk lebih waspada dan perlahankan kenderaan bila lalu di depan sekolah. Beralah sajalah dengan kerenah budak-budak sekolah yang kadang kala melintas sesuka hati mereka. Masa kita budak-budak dulu pun lebih kurang juga tak berapa perasan dengan bahaya di sekitar kita. Tanggungjawab ibu bapa kenalah ingatkan anak-anak selalu.

8 comments:

Unknown said...

bila baca entry ni saya senyum sendiri je kak..
sebabnya setiap pagi saya hantar maisara ke sekolah sampai ke dalam kelas dia..
ekekeke...
orang lain setakat turunkan dari kereta/motor salam,cium terus balik..
ekekekek..

Saya cuma risau kak..
dan bila saya buat gitu saya lebih kerap berjumpa dengan cikgu dia.:p

ummiross said...

Memang pemandu kena lebih prihatin dan berhati2 bila jalan utama depan sekolah, budak2 kadang excited, tak sedar akan bahaya..

mas saari said...

betul tu kak! walaupun di depan sekolah kita tetap kena hati2... kemalangan ni tak kira tempat!

mas saari said...

betul tu kak! depan sekolah pun kita kena hati2 kan? kemalangan ni tak kira tempat..

Dinas Aldi said...

Akak pun cukup takut la dengan pelajar2 yg melintas. Selalu akak tak balik terus lepas bunyi loceng, akak tunggu sejam gitu bila semua dah balik & trafik dah reda.

Tapi trafik depan sekolah akak tu jarang nak betul2 reda. Sesak selalu. Sabor jalah.

atuk said...

Assalamualaikum Liza

memang seronok kita lihat gelagat orang....he he

jeBateja said...

Uikkk...mmg merisaukan kalau kat dean sekolah tu kak....den tak sanggup nak hantau...sebab ada van sekolah...tak sanggup nak nambah jem kat sanun...ahakz

skuterlady.blogspot.my said...

salam kenal...

minat dengan entry ni... mengingatkan saya pada suasana yang sama di sekolah berhampiran perumahan saya...

http://skuterlady.blogspot.com/