Gambar dari SINI |
Zaman selepas sekolah lagilah tak tentu masa tidurnya. Ikut suka hati je. Usia bertambah, mula masuk alam rumahtangga dan ada anak. Masa ni waktu tidur aku agaknya tak tentu hala. Bila ada anak kecil, tidur tak berapa nak lena. Aku mudah terjaga kerana agak sensitif dengan bunyi, apatah lagi bila anak kecil menangis. Peliknya masa bujang dulu tak sensitif pun, lena je kalau dah dapat tidur.
Terasa perbezaannya kualiti tidur semasa zaman bujang dan bila dah punya anak 5 orang ni. Jika masa bujang dulu aku susah nak mula tidur jika ada bunyi-bunyi yang mengganggu seperti bunyi radio/TV yang kuat, orang berbual-bual, enjin motor yang kuat. Tapi sekarang aku dah tak berapa kisah sangat sebab dah malas nak layan rasa terganggu dan marah. Tak larat nak menegur dah.
Anak-anak suka bermain-main dalam rumah, kadang aku pula rasa nak terlelap sekejap maka lelap sajalah. Budak-budak jika ditegur kadang tu diamnya sekejap aje, lepas tu sambunglah semula bisingnya.
Kadang terfikir juga masa muda hati kita ni mudah terasa, mudah tersentak dan cepat marahnya. Bila usia semakin meningkat, perasaan cepat marah mula kendur, lebih bertimbang-rasa. Samalah seperti kulit badan dan tenaga juga turut akan susut keanjalannya. Putaran hidup memang begitu.
Kadang tak faham bila lihat ada orang yang sifat pemarahnya tak susut-susut sejak muda hinggalah ke tua. Tidur pulak berlebih-lebihan lamanya mengalahkan baby baru lahir. Macam letih sangat bekerja siang malam. Bila waktu bekerjanya kalau dah tidur sepanjang malam dan siang pun kejap-kejap nak tidur juga.
Sifat marah memang tak akan susut kalau kuat tidur sebab bila kuat tidur maka buat kerja pun kurang. Bila buat kerja kurang maka duit pun susah nak dapat. Bila duit tak ada, memang nak marah sajalah sebab ada banyak hutang, nak beli makanan pun susah. Bak kata orang banyak perkara yang tak sudah.
Terlebih tidur pun bukannya elok, buat badan makin letih dan jadi lebih malas.
8 comments:
paah mmg kaki tidur..pagi petang siang malam.. tak kisah..hahaha
sama jerlaa kita ni, bila dah ada anak time tido tu boleh di kira kot, siang dah keja balik umah keja ag, mlm nak tido klu anak lena, lena laa kita, klu tak terjaga jerlaa.. redha jerlaa.. ^_^
panjang consequences nya kan kak bila kuat tido ni..saya memang jarang sangat tido siang.. alhamdulillah kat opis pun tak mengantuk walau pun ada anak kecik ni bukan senang nak tido lena.. kejap2 nak air..ada je tak kena nya..
tapi sunnah kalau tido tengah hari kejap kan..cuma saya jarang buat.. sbb takut nanti terlama pulak lenanya..
saya tak suka terlebih tido sbb menjadikan kita lebih malas.
lagipun bila umur dah meningkat ni, selalu terjaga malam, nak tido balik susah pulak tu.
kat opis waktu rehat dapat lelap mata sekejap itupun 10 minit dan bila terjaga rasa segar skit.
uikk...kak....kita plak paling senang tido....letak kepala jer tido....letak kepala jer tido...best sungguh..ahakz
uikk...kak....kita plak paling senang tido....letak kepala jer tido....letak kepala jer tido...best sungguh..ahakz
saya pula kalau siang dapat tidur sekejap dalam 10minit-1/2jam pun jadilah...sebab bila ngantuk sangat pun tak leh buat kerja juga...
saya king of sleep.. kalau dapat peluang tido... tido berjam2 pon larat lg.. hahaha
Post a Comment