iklan

Followers

Pages

Thursday 22 November 2012

Analisa UPSR SK Bandar Seri Putra 2012 dan aku!



Keputusan peperiksaan UPSR 2012 dah keluar.... mana yang berjaya mencapai targetnya tentulah gembira sangat. Tetapi ada yang sedih dan mungkin terkilan bila gagal mendapat keputusan yang diharapkan.

Aku tak letakkan harapan tinggi pada anak aku, si montel Asyikin. Keputusannya tidaklah sehebat kakaknya Aishah yang dulu dapat 5A pada tahun 2008. Tetapi dah tentu dia telah mengalahkan keputusan abangnya pada tahun 2010 yang hanya dapat dapat 3B, 2C. Sebabnya dia dapat 1A, 3B, 1C.

Kecewa? Bagi aku tiada D atau E sudah memadai buat masa ini. Itu pun Asyikin dah banyak peningkatannya dalam subjek Penulisan hingga dia dapat A berbanding C pada awal tahun.

"Malaslah mama nak belanja Ikin makan sebab tak dapat 5A!", saja mengusik Ikin.

"Alaa... mama ni! Jom la kita makan ais krim!", pujuk Ikin.

"Elehhh... tak malu nak ais krim juga!", aku ketawakan Ikin.

Kadang-kadang gurau aku memang agak gila dan kasar dengan anak-anak. Setakat ni diaorang ok je sebab diaorang tau mamanya ni kalau nak belanja ikut mood juga. Bukan kira dapat 5A atau tidak pun. Kalau dapat 5A tu adalah hadiah lain pulak. Makan tetap makan!

Sempat lagi bergambar sementara menunggu keputusan sampai..
Dari segi peratusan kelulusan keputusan UPSR di Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra (SKBSP), sekolah tempat Asyikin belajar memang ada peningkatan. Bak kata pengerusi majlis yang sentiasa awet muda, Cikgu Norazlina kata "Alhamdulillah! Tahun ini lebih baik!".

Eh! Bukan Cikgu Junaidi yang hensem tu ke jadi pengerusi... he..he.. gurau je ye cikgu!

Setelah lama menanti, jam 10.50 pagi barulah Guru Besar sekolah naik ke pentas untuk berikan sedikit taklimat. Lewat dapat keputusan katanya kerana terpaksa mendengar taklimat dari pihak PPD Kajang dulu sebelum keputusan UPSR untuk sekolah diambil. Bila dah sampai SKBSP, kenalah buat analisis dulu untuk taklimatnya pada ibu bapa pula.

Peratus lulus - 90.8%, naik sebanyak 7.8% berbanding 2011.
Gred purata - 1.78, tahun lepas 1.79. Lebih rendah, lebih bagus katanya. Bukan aku faham pun!
Ranking - 9 daripada 65 buah sekolah di Selangor. Tahun lepas rank 10.
Bilangan yang dapat 5A - 64 orang, tahun lepas 83 orang. Dari segi peratusan aku tak pasti!

BM Pemahaman meningkat 0.08% - 98.9%
BM Penulisan merosot 1.8% - 95.3%
Matematik meningkat 6.6% - 96.7%
Sains meningkat 0.2% - 94.4%
BI meningkat 8.4% - 95.8%

Ini keputusan analisa yang aku dengar dari ucapan taklimat pihak Guru Besar sekolah, Encik Mohamad Jamil bin Yahya. Semasa entry ini ditaip, pihak sekolah belum keluarkan analisa yang rasmi lagi. Kalau dah ada, aku letaklah keputusan rasmi ni kat blog nanti.

Selesai saja taklimat, semua ibu-bapa berpusu-pusu menyerbu guru kelas anak masing-masing untuk dapatkan slip peperiksaan. Terima kasih pada guru kelas anak aku, cikgu Azlina Tariri yang lagi sedepa nak sampai dah hulur slip tu kat aku. Dulu dia pun pernah jadi guru kelas anak lelaki aku juga.

Tahniah pada mereka yang berjaya mendapat keputusan cemerlang, 5A. Tahniah juga bagi mereka yang ada menunjukkan kemajuan dalam keputusan UPSR ini walau pun bukannya 5A. Jangan putus asa!

2 comments:

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. tahniah ikin.. nanti minta mama belanja aiskrim banyak2 ya.. he..he.. comel aje gambar akak dgn ikin tu.. suka tgk..

Unknown said...

lagipun depa muda lagi kan kak??
tak boleh nak paksa2 sangt..lain la spm..kan??