iklan

Followers

Pages

Monday, 7 March 2011

Syurga di telapak kaki ibu


Ini kisah benar di sebuah kampung yang membuatkan aku berfikir berkali-kali apakah sebabnya. Kisah ni mak yang ceritakan pada aku tak lama dulu.

Ada dua cerita sebenarnya tentang kematian dua wanita di sebuah kampung yang sama.

Kisah 1

Wanita tua ini punya ramai anak yang sudah besar-besar belaka dan masih bersuami. Semua 9 orang anaknya sudah melewati alam persekolahan. 3 orang daripadanya sudah pun berkahwin di mana salah seorang yang berkahwin tinggal bersamanya serta seorang yang bujang terlajak. Manakala yang lainnya berhijrah dan bekerja di tempat lain.

Tiba-tiba wanita tua ini meninggal dunia akibat sakit jantung di rumahnya di sekitar usia 65 tahun. Maka di panggil kesemua anak-anaknya pulang ke kampung.

Dia meninggal di waktu subuh dan membawa ke waktu asar kerana masih menantikan kepulangan anak sulungnya dari utara.

Namun jiran-jiran sangat merasakan penantian yang sia-sia bila :

1. Anak-anak semuanya enggan memandikan jenazah ibunya sama ada anak-anak lelaki mahu pun perempuan.
2. Tiada seorang pun anak-anaknya yang membantu mengkapankan ibu mereka.
3. Celuparnya mulut anaknya yang sulung, juga seorang ibu kepada dua orang cahayamata :
Jiran : Kesian mak.... dah pun meninggal! Anak : Biar la! Nanti ayah boleh kahwin lain!
Terkejut sungguh jiran itu bila mendengar maklum balas si anak!

Boleh dikatakan semuanya diurus oleh jiran-jiran dan masyarakat setempat. Itu pun tinggal beberapa orang saja yang menguruskannya kerana lamanya menunggu dari awal pagi hingga ke waktu asar.

Kisah 2

Selang beberapa bulan saja seorang lagi wanita tua meninggal dunia yang juga akibat sakit jantung yang tiba-tiba menyerang. Dia juga punya anak yang agak ramai hingga 8 orang agaknya yang 5 daripadanya adalah lelaki. Namun anak lelakinya yang kedua sudah lama meninggal akibat kemalangan jalanraya yang turut meragut nyawa isteri serta anak-anaknya. Memang tiada pewaris pun dari anak lelakinya.

Istimewanya anak-anak lelaki wanita inilah yang turut sama menyiram memandikan jenazah ibu tersayang. Sama-sama mengkapan ibu mereka hinggalah mengusung jenazah ke tanah perkuburan. Itulah yang sepatutnya!

Ramai pula jiran-jiran yang datang menziarahi arwah.


Kesimpulan ke?


Harus korang semua tahu bahawa kedua-dua wanita yang meninggal dunia ini hanya jiran selang dua buah rumah sahaja. Bila hal begini terjadi, sudah semestinya ia menjadi buah mulut masyarakat setempat. Apa sebenarnya yang berlaku di sebaliknya....

Apa yang mak aku ceritakan hanyalah perbezaan watak keduanya yang mana ibu kisah 1 agak kasar dengan anak-anaknya begitu juga dengan jiran-jiran. Agak suka menjaja keburukan jirannya kepada orang lain namun sempat memohon maaf.

Ibu di kisah 2 pun bukanlah kategori alim sangat pun tapi tak pandai nak marahkan anak-anaknya beriya-iya sangat bila budak-budak tu nakal semasa kecil. Mudah tersenyum dengan semua orang. Tidak suka menyerlahkan dirinya.

Biarpun segarang mana pun ibunya, dia adalah ibu yang melahirkan. Yang menyusukan, yang menyuapkan makanan, yang memandikan dan macam-macam lagi. Adakala mulutnya bising tetapi hatinya sayang.

Pengajaran buat aku sebagai ibu pada 5 orang cahayamata dan anak yang masih punya ibu kandung, ibu mertua, ibu susuanku dan ibu-ibu saudaraku!

p/s : Sangat sedih bila mak aku kata tiada seorang pun yang sudi nak cium pipi ibunya buat kali terakhir di kisah 1. Kami sendiri sepupu-sepupu semuanya beratur nak cium pipi arwah ibu saudara aku yang meninggal baru-baru ini.. baca sini!

18 comments:

-Sara- said...

harapnya kite xtergolong dlm kes wanita no 1 tu...

yanamib said...

astaghfirullahalazim..x tau nk komen apa dh utk situasi 1 tu kak..smoga sy x tergolong dlm anak² x kenang budi mcm tu..wpn mak sy mmg garang glerr dlu tp sy syg dia..and dia pn syg sy..byk cara nk tjkkan kasih syg ni..kdg² benda tu tersirat..kita kena pk sendiri..xkn sume mende nk suap kn =_=

ummiross said...

Semoga roh kedua-duanya di cucuri rahmat dan diampunkan segala dosa...

Liza @ Adzriel AB said...

-Sara- : amin

Liza @ Adzriel AB said...

YanaMIB : mak akak pun garang juga tapi kekadang suka bergurau.

Liza @ Adzriel AB said...

ummiross : amin

Hanis MY said...

Astaghfirullah...semoga hanis dan adik beradik takkan jadi macam tu, hargailah ibu yang mengandung dan melahirkan...

Hanis MY said...

uhuhu belum abis ayat dah tertekan publish...dan juga membesarkan, kasih dan jasa ibu tiada tandingan dalam dunia ni...

Ati Masrif said...

risau pulak kita baca ni..
coz kita ni garang dlm soal mendidik
anak2 bab pelajaran
tp bila dah besar..boleh buat kawan lah

Muhammad Izuan said...

salam kak. nak kata tak pecaya, kak kata selang brapa rumah. bukan tak pcye apa. cuma pelik ayat boleh kawin lagi.

tapi ni lah yg terjadi. tak perlu kuat agama untuk lahirkan anak2 yg baik. tak perlu bertudung labuh untuk dapat anak2 yg ambil berat, tak payah nak ke surau setiap hari pun.

saya sedih baca entry ni sbb ada sedikit kaitan dgn perjalanan hidup sy. sy ada sorang kekasih. mean serius punya nak dijadikan bakal isteri. keluarganya alim2 belaka. kuat ibadat. kakak, ibu dan adik bertudung labuh. dia bertudung biasa saja.

dari kecil lg si ibu membenci dia. sbbnya sy pun tak tau. dia sygkn anak2 yg lain. anak2 yg lain hanya tau mintak duit. dia yg slalu keluar duit blanja rumah. tp dia jugak yg digelar derhaka. anak yg lain tinggi suara, si ibu masih buat tak tau. bila makan, anak yg lain diajak makan sama. dia tak diajak.

bleh kata, hidup ni pnuh dgn tangisan. memikir apa salahnya. kalau satu hari nanti, org tua tu sakit (bukan sy minta), sy yakin anak2 lain tak ambil kisah. anak yg dibenci ni la yg ikhlas sygkan dia.

Liza @ Adzriel AB said...

Hanis MY : yg penting dekat di hati..

Liza @ Adzriel AB said...

Ati Masrif : samalah...saya pun garang juga. mungkin kena rendahkan sikit tone vokal..he..he.. jgn lokek bergurau dgn anak2.

Liza @ Adzriel AB said...

Muhammad Burn : mak akak kata anaknya yg sulung tu memang kerek pun. padahal ayahnya sempoi je tak de hati nak kawin lain pun. anaknya saja yg berlebih. simpati dgn kekasih muhammad... mungkin ada sesuatu sejarah yg mengganggu ibunya hingga membenci sebegitu rupa.

Liza @ Adzriel AB said...

diana : sebab tu share citer ni... nak ingatkan diri sendiri juga. kadang2 kita tak sangka apa yg berlaku di sekeliling kita.

Meera Aziz said...

sy dr geng blogger...
entri yg menyentuh hati...jdknla cerita ni sebagai pengajaran kita bersama...semoga roh mereka dicucuri rahmat...amin..

http://www.amirabdaziz.blogspot.com

Liza @ Adzriel AB said...

Meera Aziz : amin.. TQ for visit here.

kyo_9 said...

saya dari GB gak..
huhu, kasih ibu memang tiada gantinya.. moga Allah panjangkan usia para ibu..

Liza @ Adzriel AB said...

kyo_9 : Moga anak2 sentiasa menghormati ibu mereka & kasih ibu sentiasa melimpah buat anak2nya.