Agaknya hari Sabtu baru adalah sorang budak sekolah ni kata "Garangnya makcik ni!". Apa taknya, tiba-tiba aje kena sound dek aku.
Macam biasa aku menunggu anak aku, Asyikin pulang dari tusyen sekolah untuk murid-murid UPSR bermula pukul 11.00 pagi. Aku park kereta di tepi bahu jalan berhampiran dengan lampu isyarat laluan untuk pelajar sekolah melintas.
Lama menunggu di dalam kereta dengan anak bongsu aku, Arif. Kononnya malas nak keluar dari kereta sebab malas nak mendukungnya yang dah makin membesar dan aktif. Dah nak 3 tahun pada 28 Mei 2012 nanti.
Murid-murid dah mula keluar, tapi macam biasa anak dara aku tu memang lambat munculnya. Sejak dia kecil lagi begitulah keadaannya selalu saja yang lewat keluar. Suka lenggang kangkung agaknya.
Adalah 2 orang budak lelaki yang berdiri di tiang lampu isyarat sambil tangan menekan suisnya. Lampu untuk laluan kenderaan bertukar merah dan pelajar bolehlah melintas bila lampu pejalan kaki bertukar hijau. Tetapi tiada siapa pun yang melintas waktu itu termasuklah 2 orang budak lelaki tadi.
Aku hanya memerhati mereka lagi. Bila lampu merah bertukar hijau untuk laluan kenderaan, mereka mula menekan semula suis lampu isyarat. Situasi tadi berulang hingga 3 kali dengan tiada siapa pun melintas walau pun lampu hijau untuk melintas dah menyala.
"Tak boleh jadi ni!", hati aku jadi geram.
Aku matikan enjin, dukung Arif dan melintas jalan menuju ke arah budak tu. Salah seorang sudah pun berlalu, tinggallah seorang yang masih sayangkan tiang lampu isyarat tu.
"Boleh tak jangan tekan suis tu kalau tak nak melintas?", aku tegur budak tu dengan nada tegas, tak rendah tak tinggi.
"Jangan main tekan-tekan je, nanti jalan jadi jem kat sini!", tambah aku lagi.
Terdiam budak tu. Nyarislah dia tak melawan cakap aku. Ada juga rasa hormatnya pada aku. Maknanya bukannya budak ni tak baik cuma nak main-main. Dia tak faham akibat dari perbuatannya. Dia mungkin hanya nampak kereta mula berhenti, kemudian bergerak. Dia tak nampak perbuatannya menyebabkan jalan menjadi semakin sesak, para pemandu menjadi marah dan mula menyumpah-nyumpah.
"Nak acik ambil gambar letak dalam facebook ke? Atau tunjuk gambar kat cikgu?", mengugut budak tu le pulak. Ishhh... macam kejam je kan. Psikologi untuk budak-budak je.
"Lain kali jangan buat lagi tau! Pesan dengan kawan-kawan pun jangan buat macam ni! Kalau betul-betul nak melintas, baru tekan suis tu!", aku tambah 'asam' lagi. Budak tu angguk je... fahamlah agaknya. Aku harap dia betul faham.
Bila hal begini berlaku, sebagai ibu bapa maka aku kena kerap pesan dengan anak-anak "tekan suis tu sekali je, tak payah nak tekan banyak kali. Lepas tu tunggu je dia tukar hijau".
Berilah masa untuk lampu tu bertukar warna. Takkanlah bila tekan je terus tukar warna, maunya brek mengejut kereta yang datang. Tak pasal-pasal yang terus nak melintas pulak kena langgar sebab lampu dah hijau. Lepas tu bagi alasan tak rasa bersalah "Saya lintas je lah! Saya tak salah! Kereta yang salah!", Agak-agaklah sikit!
Selepas aku berlalu dari situ, budak tu dah menjauhkan diri dari tiang tu. Tak lama kemudian aku nampak maknya datang. Maka dia pun tekan suis lampu isyarat tu. Terasa lama agaknya, dia tekan lagi. Ish.. tak puas hati, maknya tekan lagi. Geleng kepala ajelah aku waktu tu. Faham-faham sendirilah.
Budak-budak ni nak kena pesan selalu tentang sikap menekan suis lampu isyarat di depan sekolah sama ada di pihak ibu bapa atau guru-guru. Tapi kalau ibu bapa, siapa pula nak ingatkan? Aku senang je, kalau jalan agak boleh nak melintas tu malas aku nak tekan suisnya.
8 comments:
nasib baik budak tu bukan spesis mulut celupar, dia cakap :" makcik apa sibok2!"...budak2 sekarang ni..bukan tahu hormat org tua...
hehehehe... bagus... kalau tak, mau rosak traffic light tuuu...
tindakan yang bijak. bila nmpk budak2 wat salah kena tegur. sbb tak pernah kena tegur tu yg diaorg selalu wat salah tu..harap2 budak2 tu insaf
patut la kan.....kalau suis tu leh ckp, sure dia dah sound budak ngan mak budak tuh...."wei sakit la, tekan skali cukup la" itulah vandalisme secara tak langsung
budak2 memang suka sangat tekan suis lampu isyarat tu..saja-saja je kan..dia ingat tengah main game kat komputer lah tu..
sebab xde sape yang pernah tegor dieorang. tu yg jd cm tu kn.. :)
Daddy Ziyyad : kalau budak tu menjawab, memang terkedulah kak liza... ops! syukur budak tu pun nampak baik juga, cuma gatal tangan je.
diana : tak de yg menegur kot. dia ingat ok je kot main2 gitu.
Izni Hafiz Abdul Rashid : nak repair balik, mahal jugakan.
Tentang Kita : tegur bila berpeluang je. kalau tidak boleh juga inform mana2 cikgu yg kita kenal, minta pesankan murid2 masa perhimpunan sekolah.
ellynadyra : tiang tu bercakap maunya demam sampuk pulak budak tu nanti. dgn kak liza2 pun terkejut. he..he..
ummiarissa : dah jadi habit nak tekan2 tu.. ye jugakan.
Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine : bila kena tegur, terkejut kejap dia. harap jadi ingatan sampai bila2 tu.
kadang2 mmg budak2 kena ckp tegas sikit kan kak...
Post a Comment