Kita bukan kucing, manusia! |
Semua orang sibuk, kadang nak layan anak sendiri pun tak sempat. Terlalu sibuk sampai panggilan telefon si ibu memang tak penting lansung baginya. Malah ada yang sanggup berkata "menyusahkan jelah orang tua ni, aku kan tengah sibuk ni. Tak faham-faham ke?".
- Terlupa agaknya kalau tak kerana ibunya yang menjaganya dulu, tidaklah dia menjadi orang penting hari ini.
- Terlupa agaknya kalau tak kerana ibunya yang basuhkan berak dan kencingnya, mandikan dia dulu maka tidaklah dia merana sakit kulit.
- Terlupa agaknya kalau tak kerana ibunya yang menyuapkan makanan ke mulutnya, mungkin jadilah dia anak terbiar yang mati kelaparan.
- Terlupa agaknya kalau tak kerana ibunya yang tak tidur malam menjaganya waktu demam panas, takut juga dia dah tak ada di dunia ini atau mungkin cacat otak.
Banyak perkara yang kita terlupa tentang pengorbanan ibu. Kita hanya memikirkan kerugian yang kita tanggung sekiranya meluangkan masa melayan si ibu yang seorang.
Kita takut rugi masa, takut rugi peluang, takut rugi duit. Kita lupa bahawa semua itu sangat berbaloi kita tinggalkan seketika untuk melayani kehendak si ibu. Bukan sepanjang masa pun, bukan setiap hari dan setiap ketika pun. Sekali-sekala saja si ibu minta tolong.
Tak tahulah bagaimana jika dia perlu beri tumpuan setiap hari pada ibunya yang sudah tua itu. Masa tu satu kerja pun tak boleh buat. Jangan doakan si ibu cepat meninggal dunia sudahlah sebab rasa menyusahkan.
Anak-anak ramai kalau ambil giliran melayan kehendak si ibu tentulah tidak menjadi masalah besar. Susahnya bila yang rajin melayan hanya seorang itu sajalah. Jadi ada yang lain pulak ambil peluang dari kebaikannya sering cuba mengelak untuk melayan permintaan si ibu yang bukan selalu pun.
Sekali-sekala je tinggalkan sekejap kerja tu melayan kehendak ibu sementara dia masih ada. Biasalah bila dah tak ada nanti baru nak menangis, barulah nak menyesal. Tak ada maknanya... Jadi, bila ada peluang nak ambil hatinya, buatlah! Biarlah kita menjadi anak yang sentiasa lekat dihatinya kerana si ibu akan sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anaknya apatah lagi jika si anak menyenangkan hatinya.
5 comments:
jadi anak soleh dan solehah,insyaAllah berkat dunia dan akhirat.
ermm tiba2 rindu mak ;(
ye jugak kan...:) entry yang sangat terkesan di hati...
Berbahagialah pada yang masih punya emak..
Rindu mak...:(
kalau ada yg snggup berdoa mak dia mati cepat semata2 kerana tak larat bela, mmg kejam la..
nauzubillah..
Post a Comment