Hari-hari sebelum pergi kerja dengan waktu yang fleksibel ini (klik SINI ; kerja akulah tu) aku kenalah make-up dulu. Tutup sikit kedut-kedut usia nak menjengah 40-an ni. Kerja aku ni kalau tak make-up pun tak mengapa, tapi kenalah kemas, taruk bedak sikit, lipgloss saja pun ok asalkan kemas dan sopan.
Selepas mandi, foundation ni dulu aku capai. Malas dah nak sapu toner atau pelembab kat muka. Eloknya kalau ada toner lagi bagus. Foundation ni sendiri dah boleh lembabkan wajah aku. Tak sampai 2 minit dah boleh sapu rata kat muka. Tekan 2 picit je kat tangan dan sapu kat muka. Aku ni jenis nak cepat, elok benor le pakai foundation ni.
FCC High Performance foundation |
Orang lain mungkin pakai compact powder, tapi aku suka pakai Wet and Dry ni. Kadang kalau dah kalut sangat nak cepat, aku basahkan muka dan sapu je benda ni kat muka ni rata-rata guna span yang ada.
Wet & Dry 2 Way Foundation |
Walau pun tak berapa pandai tapi aku tenyeh jugalah eye shadow ni. Ikut sempat je kadang guna berus, tidak pun guna jari je sapu kat mata. sikit je sapu dah melekat. Ini gambar contoh bekas dia je. Biasa aku suka guna kod 03 atau kod 02. Warna tanah yang natural sikit.
Terra Cotta 4 Colors Eye Shadow |
Kemudian suka hati aku je pakai kohl pencil ni untuk bawah mata. Boleh juga lorekkan bawah kening mata atas tu, tapi aku rasa macam leceh sikit pulak. Mana yang rajin tentu depa buat.
Khol Kajal Eyeliner Pencil |
Aku jarang pakai maskara, ikut mood rajin je.
Optimal Style Mascara |
Pearl blusher kusayang. Mudah je pakainya. Sapu je kat pipi tu... Kod warna 01 paling laris dan aku pun suka juga.
Powder Pearls Blusher |
Lipgloss paling aku suka. Pilih warna yang lembut dan buat bibir sentiasa lembap. Hilang masalah suka nak mengutil kulit bibir bila kering. Habit yang tak bagus tu, boleh berdarah bibir tu nanti.
Kalau nak tahan lama warna di bibir, aku ada back-up lipstick ni. Menyegarkan, terasa berangin sikit.
Lip Maximizer Lipstick |
2 comments:
kat jb ada kat j,jusco tebrau kan?
Salam, honestly sis tak pasti sebab sis adalah Retail Partner. Esok saya confirm ngan HQ yer. Kalau berminat jenguklah blok saya di http://beautyfarmasi.blogspot.com/, leh lah bagi discount sikit :-)
Post a Comment