iklan

Followers

Pages

Friday, 25 January 2013

Cinta dan kasihku hanya untukmu hingga ke akhir hayat!

Kisah seorang nenek bermain gitar yang buat aku terharu dalam program realiti TV di China. Juri pun menangis. Kata-kata alih bahasa ke BI aku copy dari youtube ni.. Lembut je tutur bahasanya!



Nenek : My name is Dong Yun Rong. I'm from Hangzhou, Zhe Jiang Province, China. I'm 68 years-old now. I was a teacher before I am retired. There is a guitar training courses for olds and I like much since I was young, so I just enrolled in. Its very difficult for old people to learn to play the guitar. So I practiced everyday. I review the song sheet even I was washing vegetables.

Today I want to sing a song called 'Because of love'."

Because of love

Can never sing a song like that
A song can make you blush wanting to hide
Though I often forget that I still love you

Because of love
I can never be sad easily
And it makes everything look good...

Juri : I was about to cry. There is something in her singing, something uncommon and rare. Why you choose this song? Anything special?

Nenek : I want to give this song to you guys and my husband.

Juri : Would you tell us what kind of  a person your husband is?

Nenek : My husband was a professor from Zhejiang University. He was very handsome when he was young. We got married while we only knew each other for 2 months.

Juri : Flash marriage? When was that?

Nenek : In 1968

Juri : You must feel so happy in these 30++ years.

Nenek : Yes! He cared about me a lot. He was very nice and thoughtful. He liked playing Er Hu (a traditional Chinese musical instrument) when he was free. I like playing harmonica with him. We would ride bikes along the West Lake on Sundays to enjoy the flowers and and to relax ourselves.

Juri : I guess that would be a beautiful moment. Please applause for this 60++ year old lady for standing here showing her love. Has your husband come today?

Nenek : He has been gone for 6 years.

Juri : Oh! Sorry to hear that! Aunt smile beautifully and said she wanted to sing this song to her husband?

Nenek : Yes! We live for 37 years. He liked the look when I wore scarves. So he would buy me scarves every year. The first scarves he gave to me was near the West Lake, where we sit there and watching the boats on the West Lake.

Juri : Is the scarf you're wearing now is bought by him?

Nenek : Yes!

Juri : So he will be with you today.

Nenek : Yes! I hope he can hear my voice in heaven.

Juri : I think its very impressive that you saying this words with smiles.

Nenek : Yes! I was very sad and heart-broken at first. I felt so lonely and alone. So I went to learn and play the guitar. Every year I go to grave, I will sing this song for him.

Juri : Then, can you play this song for us again?

song continue....

Because of love though 
I live in a peaceful life
I can also be crazy for you anytime

Because of love
M life can never live with vicissitudes 
And both of us look young

Because of love
In that place
Still have someone wandered 
Searching for the right person

Juri : Its very impressive. I think its an age that people almost forget about the love but she still sings the original love. I believe you must have many words want to tel him.

Nenek : Qiu! Have you heard that song? Now I'm standing in the best concert hall of Shanghai playing and singing a song for you. A song that we haven't sang together 'Because of love'.

Tersentuh hati aku. Itu cara dia untuk menyatakan cinta dan kasihnya buat mendiang suaminya. Cinta selama-lamanya hingga ke hujung nyawa. Bagi kita yang berugama Islam pun ada caranya untuk menyatakan kasih-sayang kita pada insan yang telah pergi buat selama-lamanya.

Lihatlah kisah ini dengan mata hati kita. Berapa lama kita bercinta mahu pun darjat yang bagaimana pasangan kita itu bukanlah faktor utama yang menjamin kerukunan rumah tangga. Tanyalah hati masing-masing!


Thursday, 24 January 2013

This 'Listen' is better to my ears!

Listen by Charice..

Listen - Original singer by Beyonce

Listen to the song here in my heart
A melody I start but can't complete
Listen to the sound from deep within
It's only beginning to find release

Oh, the time has come for my dreams to be heard
They will not be pushed aside and turned
Into your own all 'cause you won't
Listen

Listen, I am alone at a crossroads
I'm not at home in my own home
And I've tried and tried to say what's on mind
You should have known

Oh, now I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you gave to me
But now I've gotta find my own

You should have listened, there is someone here inside
Someone I thought had died so long ago
Oh, I'm screaming out and my dreams'll be heard
They will not be pushed aside on words
[From: http://www.elyrics.net]
Into your own all 'cause you won't
Listen

Listen, I am alone at a crossroads
I'm not at home in my own home
And I've tried and tried to say what's on mind
You should have known

Oh, now I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you gave to me
But now I've gotta find my own

I don't know where I belong
But I'll be moving on
If you don't, if you won't

Listen to the song here in my heart
A melody I start but I will complete

Oh, now I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you think you gave to me
But now I've gotta find my own, my own

Lyric copy from HERE

Tuesday, 22 January 2013

Cantik beg tangan kakak tu!

Aku bukan nak jual nasi lemak atau nak promote nasi lemak tu tapi nak pesan sesuatu je.


Nampak tak wanita dan lelaki berbaju hitam dalam gambar tu?

Nampak tak apa yang ada atas meja depan diaorang tu?

Ada beg tangan di atas meja kuning tu!

Berhati-hatilah wahai para wanita dengan beg tangan korang. Cuba elakkan meletak beg tangan di atas meja makan di restoran seperti dalam gambar ni. Takut nanti berputih mata je bila di sambar dek penjenayah yang sering menanti peluang keemasan begini.

Pulak tu cantik je lokasi mejanya di luar bangunan restoran. Kira dapat angin lebihlah ni. Mudah penjenayah nak capai dan nak melarikan diri.

Selalunya kalau aku sendiri, beg tangan akan aku letakkan di riba je. Aku hanya letak di atas kerusi sebelah aku jika lokasi agak tersorok dan selamat. Kadang yang di riba pun orang boleh capai.

Duit aku tak banyak sebab bukan jenis aku suka letak duit banyak dalam beg tangan. Bahaya sangat sebab aku ni jenis boros... kalau ada duit lebih, macam-macam aku nak beli. Jadi apa yang ada habis banyak pun adalah dalam RM100++ je. Kadang tak sampai RM10 pun. Beg berat sebab syiling, buku nota, handphone dan ada alat make-up sikit.

Tapi kalau tak banyak duit pun, kalau hilang beg tu mau meroyan jugakan. Segala dokumen penting seperti kad pengenalan, kad bank, kad nikah (penting woooo!), lesen memandu akan turut hilang. Panas hatilah nak pergi buat baru ; buang duit, buang masa dan buang tenaga. Ada pulak handphone hilang... mati kutu dibuatnya. Zaman dulu biasa pakai public phone. Sekarang handphone dah macam melekat kat tuannya ke mana-mana.

Lagi malang kalau kad pengenalan kita yang hilang disalahgunakan untuk tujuan-tujuan pinjaman bank, penyamaran pendatang asing dan kes-kes jenayah yang sengaja menjatuhkannya di lokasi jenayah. Susah hidup kita bertahun-tahun dibuatnya.

Jadi berhati-hatilah ye dengan beg tangan masing-masing. Lebih-lebih beg tangan saja dah mahal giler!

Monday, 21 January 2013

Wahai anak! Bikin pusing mama pagi-pagi!

Pagi-pagi anak aku, Azri yang nombor 4 dan baru darjah 5 dah buat aku pening dan rasa nak naik angin kejap.

Macam biasa jam 7.00 pagi aku mula nak hantar dua anak lelaki aku ke sekolah. Azri di sekolah rendah, darjah 5 dan abangnya, Amirul di sekolah menengah, tingkatan 3.

Situasi dalam kereta yang mula nak gerak dah :

Aku : Sempat tak beli sarapan kat sekolah nanti?
Azri : Mmmm... sempat kot sebab hari ni hari Selasa, tak de perhimpunan!
Aku : Hari Selasa? Hari ni Isnin lah E (panggilan manja)! (tinggi sikit suara aku dalam kereta)
Azri : (Dengan muka terkejut!) Hari ni Isnin? Eh! E pakai baju sukan!
Aku : Daahhh... cepat naik pegi tukar baju sekolah! (Nasib baik ada baju sekolah yang dah siap bergosok)
Amirul : Berangan! (Muka dah bengang!)

Cepat-cepat Azri keluar dari kereta nak masuk rumah semula. Terpaksa guna kunci rumah abangnya yang disangkutkan sekali dengan walletnya. Kelam-kabut abangnya bukakan dari wallet. Patutnya tak payah buka pun.

Dia buka pintu pagar rumah dan nak tutup semula selak pagar tu. Mak aiihhh... lurus bendul betul anak aku sorang ni!

"Tak payahlah tutup pagar tu!", gesa aku aku memang bukan jenis penyabar pun.

Dengan muka blurr dia pergi buka pintu grill dan pintu kayu rumah. Punyalah terkial-kial nak buka. Terasa kesal pulak suruh dia buka sendiri dalam keadaan nak cepat. Padahal bukan aku tak faham sikap dia yang selalu lambat dan 'blurr'.

Tapi kadang nak kena ajar berdikari juga, dah darjah 5 pun. Bukan kecil lagi. Aku pun anak ke 4 juga daripada 5 beradik. Hampir sama situasi dengan dia. Cuma bezanya aku perempuan dan dia lelaki. Mungkin kematangan agak berbeza. Rasanya aku lebih berdikari daripada dia di usia yang sama dulu. Mungkin faktor didikan aku dan ayahnya serta taraf hidup menjadikan dia lambat bertindak.

Menukar baju pun lambat. Akhirnya aku standby di depan pintu rumah menunggu dia keluar untuk tutup pintu.

"Jadual ikut Isnin atau Selasa? Buku apa yang tak ada?", teringat pula aku pada jadual waktunya.

"Aaaa... ugama yang tak ada!", jawapnya teragak-agak.

"Pergi ambik!", arah aku lagi. Kena dera budak ni pagi-pagi ni!

Terpaksa dia naik semula dan ambil buku. Buku-buku tu aku minta dia serahkan pada aku untuk aku pegang sementara dia nak memakai kasut dan kunci pintu.

"Buku apa yang tak payah bawak?", tanya aku lagi.

"E tak pasti! Aaaaa.....", jawap Azri sambil berdiri.

"Sambil cakap tu pakai le kasut tu! Jangan buang masa! Kita dah lambat ni!", makin tak sabar aku.

Kelam-kabut dia pakai kasut. Kena dera lagi! Kesian anak aku! Apa nak buat! Bagi aku kalau waktu dah terhad, janganlah buat kerja macam lenggang kangkung lagi. Janganlah buat perangai macam tak ada rasa nak cepat dan masih bersantai-santai.

Bak kata orang, kalau dah bangun lambat nak pergi sekolah atau kerja tu janganlah berendam lama-lama dalam bilik air. Ada yang kena 'sound' pagi-pagi nanti.

Bila dah masuk dalam kereta pulak "Buku yang tak perlu, tinggalkan je dalam kereta", pesan aku lagi.

"Ni buku agama ada homework ke? Kenapa tak buat?", tanya aku pada Azri.

"Bukan! E terlupa", jawapnya.

"Terlupa tu tak buat le!", bidas Amirul.

Geleng kepala aku dibuatnya. Pening-pening!

"Kalau macam ni lah E, jangan sampai E tak boleh main lansung nanti! Once mama monitor semua kerja-kerja sekolah E nanti, apa pun E tak boleh main. Nak macam tu ke? Berkali-kali mama pesan, check buku satu persatu kalau ada homework. So tak adalah lupa! Boleh tak berdikari sikit? Mama tak suka nak mengongkong sangat!", membebel aku dalam kereta sambil memandu ke sekolah.

"Ye!", jawapnya.

"Eh! Ugama tak de lah hari ni mama!", tambah azri lagi.

"Hurmmm...", keluh aku. Buang masa je ambil buku tu tadi. Azriiii...Azriii..

"Iyelah! Pandang kiri-kanan nak melintas tu", pesan aku sebaik sampai di sekolah.

Memang ada lampu isyarat untuk budak sekolah melintas di situ tetapi kadang ada orang-orang dewasa yang tak faham maksud lampu merah dan agak tak matang untuk menilai kelajuan kenderaan masing-masing di depan sekolah.

Itu baru menangani anak yang normal tetapi ada aku nampak kelemahan dalam dirinya. Aku perasan anak yang seorang ni selalu lambat faham bila aku berikan pesanan, arahan dan maklumat. Memang selalu begitu.

Masalahnya kadang aku sendiri selalu abaikan apa yang aku lihat walau pun aku sedar kelemahannya itu.

Bagaimanalah dengan ibu-bapa yang punya anak OKU? Lebih banyak perkara yang perlu diuruskan dan banyak cabaran yang perlu dihadapi.

Aku yang sering tidak merasa syukur dengan kesempurnaan anak yang aku miliki, sering merasa tidak sabar.

Makanya aku harus berubah jika aku mahukan anak-anak yang berkualiti. Lakukan pendekatan yang lebih baik dan berbeza jika dia agak lain dari yang lain. Perlu cuba memahami perasaan dan pemikirannya. Perlu mencari di mana pula kelebihan yang dia ada.



Itulah Azri, anak aku yang punya minat dalam Origami dan lukisan, Azri On the Blog. Anak yang selalu memberi aku soalan-soalan yang berbeza perspektifnya berbanding orang lain. Selalu bertanya soalan yang baru saja aku berikan jawapannya. Perlu diberi penerangan yang lebih berbanding yang lain.

Seorang yang penyayang sebenarnya. Sering bangun lebih awal berbanding adik-beradik yang lain. Tapi itulah anak aku yang Allah anugerahkan, manjanya hingga usia 7 tahun sebagai bongsu. Hinggalah lahir adiknya Arif Ikhwan pada 2009.

Saturday, 19 January 2013

Mmmm... Beauty and the Beast

Copy from HERE..
Segelintir saja... bukan semua ye!

Klik gambar untuk lebih besar dan jelas..


Mee rebus Kak Kiah, Bangi

Kalau aku dan hubby ke pasar basah di Bandar Baru Bangi, rasa macam wajib singgah gerai ni. Memang menjadi favorite hubby sejak15 tahun yang lalu lagi hingga kini.


Tu diaaa... gerai Kak Kiah ke namanya. Dah ambil gambar baru perasan nama gerai. Selama ni aku tau makan je.


Mee rebus inilah yang hubby suka sangat. Memang sedap! Sotonya pun sedap. Hubby aku ni kalau tekaknya suka yang mee rebus, menu itu ajelah pilihannya. Tak pandang dah soto, nasi lemak dan yang lain tu.

Aku pulak suka cuba macam-macam menu. Banyak kuih-muih kat sini.

Hentikan segala aura negatif itu!

Menanti untuk mencari..
Apabila kita berada dalam kegagalan, banyak faktor yang sering kita persalahkan. Faktor di sekeliling kita mungkin juga memang antara peratusan yang menjadi penyebab kepada kegagalan kita. Namun apa jua yang berlaku di sekeliling kita, harus kita ingat agar menentang faktor negatif dalam diri kita dahulu.

Apakah faktor-faktor negatif dalam diri kita yang jika tidak diatasi akan menyebabkan kegagalan biar pun faktor luaran begitu sukses menyokong kita? Tentu saja faktor malas, suka bertangguh, mudah putus asa, mudah marah dan banyak beralasan.

Melawan faktor-faktor negatif dalam diri sendiri memerlukan kekuatan semangat jati diri dan ia tidak semudah yang disangka.

Seperti sabda Nabi Muhammad saw yang aku copy dari SINI :

“Musuhmu yang paling ganas ialah nafsumu sendiri yang berada antara dua sisimu.” (HR al-Baihaqy)

Perkataan 'nafsu' itu dirujuk pada faktor-faktor negatif yang aku maksudkan di atas.

Aku sendiri sangat lemah menangani faktor-faktor negatif ini. Kadang sering menyalahkan orang lain atas kegagalan yang aku alami. Maka entri ini sebagai pesanan dan ingatan untuk diri aku sendiri

"Tolonglah Liza! Hentikanlah menyalahkan orang lain atas segala kegagalanmu! Jika kamu masih dengan sifat-sifat negatif itu, kamu tak akan ke mana biar pun orang lain telah pun berubah untuk membantumu!".

Bagai terngiang-ngiang kata-kata itu ditelingaku sendiri. Kadangkala mengeluh sendirian! Menyesali dengan diri sendiri. Kesal yang singkat, kemudian malas itu datang kembali.

Ayuh hentikan kemalasan itu, hentikan segala aura negatif itu.

Bagaimana dengan kalian. Lihatlah pada diri kita sendiri... kuatkan semangat dan pujuklah diri sendiri untuk berubah!

Thursday, 17 January 2013

Patut le ramai! Nak dapat duit!

Pagi-pagi dalam pukul 8.20 tadi aku hantar dulu anak bongsu, Arif (4 tahun) ke tadikanya di Tadika Dzul Iman. Kakaknya Asyikin (13 tahun) turut menemani aku seperti biasa. Dalam perjalanan balik tu aku nampak banyaknya kereta yang parking di depan SK Bandar Seri Putra.


Asyikin : Banyaknya kereta? Ada apa tu mama?
Aku : Ha'ah! Berapa haribulan hari ni?
Asyikin : 17 haribulan!
Aku : Oooo.... patut le!
Asyikin : Kenapa mama?
Aku : Hari ni kan amik duit RM100 kat sekolah tu.
Asyikin : Azri tak cakap ke?
Aku : Bukan dia ingat pun!
Asyikin : Nak ambik sekarang ke?
Aku : Tak yah! Kita sarapan dulu! Orang tengah ramai tu.

Selepas aku hantar beg baju Azri (11 tahun) di Sekolah Ugama Al-Amin yang bersebelahan je dengan SK Bandar Seri Putra, lansung aku ke Restoran D'Laden untuk sarapan.

Bila balik semula ke sekolah, sesak dah kurang sikit je. Terserempak dengan rakan tempat kerja lama aku, Hasmar. Sempat juga bertanya khabar.

Bila dah masuk kawasan sekolah, terlupa pula aku yang Azri dalam kelas 5 mana. Tak senonohkan, mak sendiri tak tau anak dalam kelas mana. Macam tak ambil tahu hal sekolah anak je. Tapi duit RM100 tu aku nak!

Biasalah! Duit! Sapa tak mau? Ada yang tak mau? Meh bagi kat aku.... fresh dari bank, cikgu tu katalah. Terima kasih cikgu. Kena tulis nama dan tandatangan. Kalau tidak takut terambil 2 kali pulak nanti! He..he..

Anak aku yang kedua dah dalam tingkatan 3 ada bagi surat untuk ambil duit tu sendiri. Malas aku nak naik ke tingkat 4 sekolahnya. Ada 4 orang anak yang sekolah.... yeahhhh... RM400 le!

Wooo.... purple, keras dan licin lagi duitnya

Cer tengok no siri, ada AB...  ! Rekod no siri aku simpan dalam blog ni.. he..he..
Baru aku perasan not baru tiada nombor siri di hadapan.


Tuesday, 15 January 2013

Separa bulat je, tutup depan belakang...

Suka sangat aku dengan tudung kain chiffon 'half moon' ni! 
Memang diperbuat daripada kain yang berkualiti tinggi. 
Tiada masalah pin tertarik kain bila pasang keronsang di leher. 

Ringan, kemas dan tak licin! 

Jangan risau! Kain ni tak jarang pun. Jadi aku tak perlu pakai 'inner neck'. Lebih senang memakainya berbanding shawl biasa yang berbentuk segi empat tepat. Tak perlu risau bahagian belakang yang pendek pun kerana bentuknya yang separa bulat.



Semasa entry ni aku buat, kod CS002 sama seperti yang aku pakai di atas masih ada stok yang lain.

Tapi jangan marah, gambar yang di bawah ni hanya satu-satu yang ada dalam stok Asterisk Boutique. Belum sempat dia pakaikan kat patung jelita tu, aku dah sambar dulu bersama-sama 4 helai yang lain. Rambang mata aku dibuatnya.. he..he..!!


Beli banyak-banyak pun bukan aku pakai sorang... share dengan anak dara aku yang 2 orang tu juga yang dah 13 dan 17 tahun pun usia mereka. Baju pun selalu share dengan anak-anak sekarang ni! Haii... dah besar anak-anak aku. Tanda usia aku dah banyak meningkat... ehhh... tahun ni bulat usia 40 tahun??

Nak beli kat mana tudung ni?? Klik link ni :
http://www.asteriskboutique.com/2013/01/asterisk-printed-chiffon-shawl-halfmoon.html

Cintailah si dia yang halal buat kita sahaja, bukan yang lain!

Gambar dari SINI
Biasanya aku tak ambil pusing sangat bila si suami curang terhadap isterinya kerana bercinta dengan wanita lain yang berstatus bujang mahu pun janda.
Bukanlah bermakna aku suka sangat tapi kerana mereka dihalalkan untuk bernikah.

Suamikan boleh kahwin 4, ikut sunnah Nabi Muhammad saw dengan berpoligami. Aku tidak pernah menentang poligami.

Yang aku tentang bila poligami yang mahu dilaksanakan tidak sesuai pula untuk sesetengah individu bila institusi keluarga yang sedia ada dan yang bakal dibina menjadi kucar kacir. Maksudnya, tak layak berpoligamilah tu!

Kalau cukup syarat-syaratnya, ikut suka hatilahkan. *(^_^)*

Baca Hukum Bercinta Dengan Suami Orang bagi anak gadis atau janda ; maknanya halal untuk bernikah.

Cuma jika ditanya tentang suami orang yang bercinta dengan isteri orang, maka jawapan aku,

"itu memang salah! Tiada alasan!. Tak boleh! Tak boleh!"

Haram lelaki bujang atau suami orang lain hendak bercinta dengan isteri orang lain, apatah lagi jika mahu menikahinya. Itu sangat jelas tentang mengenali orang-orang yang haram untuk kita nikahi. Siapa orang-orang itu, carilah buku-buku berkaitan atau search je kat google ye!

Biar apa pun alasan seperti "suami/isteri saya kejam!", "suami/isteri saya tak pandai layan!", "suami/isteri saya tak romantis!" dan mungkin pelbagai alasan yang kita rasa logik "patutlah dia tak suka suami/isteri diaaa...", yang salah tetap salah.

Hadis ini aku copy paste dari SINI :

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah S.A.W ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari)

Memang jelas berdosa menidakkan hak suami ke atas isterinya.

Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A: "Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?" Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi :”Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:” Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Tapi bagaimana pula dengan lelaki yang bercinta dengan isteri orang? Dia tahu wanita itu adalah hak orang lain, yakni suami pada wanita itu tetapi masih tetap juga bercintan-cintun.

Kata-kata di bawah aku petik dari SINI :

Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah saw sebagaimana dalam sebuah hadis :

“Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya”

(HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”)

Isteri orang pun dia nak juga, maka si lelaki menjadi salah seorang dari 3 jenis manusia yang dilaknat Allah. Copy dari SINI (kena log in facebook dulu kalau nak baca link tu!).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a)

Cintailah si dia yang halal buat kita. Untuk apa cari masalah, penyakit mahu pun dosa melayani cinta insan lain yang haram bagi kita. Tiada manusia yang sempurna, maka mencari yang disangkakan lebih baik dari yang sedia ada umpama pencarian yang tak akan berkesudahan. Perkara yang haram itu buat hati tak tenteram selalu.

Hayatilah kata-kata aku itu. Bukan ingin menunjuk tahu atau menunjuk faham. Tetapi jika jelas status diri kita ini sudah berpunya, terutamanya wanita yang telah pun bersuami maka usahlah cuba mencari cinta lain. Jika dia yang kita ada pun sudah cukup syarat-syarat baiknya, mengapa bersusah payah mengemis cinta lelaki lain yang belum tentu sempurnanya. Setiap orang ada lebih dan kurangnya.

Jangan lupa nilaikan juga kelebihan dan kekurangan diri sendiri untuk kita lebih menghargai kelebihan pasangan yang kita sedia ada.

Takut pula nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran. Hidup di dunia semakin hiba, di akhirat pun tersiksa juga. Jadilah kita orang yang gagal dunia dan akhirat.

Jika kita masih dan sedang diamuk cinta terlarang ini, letakkanlah noktah sebelum aib kita diketahui orang. Allah itu maha pengampun. Mengadulah padaNya.

Monday, 14 January 2013

Mmmm... bola tak gol!



Kakak ipar aku post kat group untuk ahli keluarga aku je tentang mak. Mak sekarang ada kat Ipoh, di rumah abang sulung aku. Dialog spontan ni antara mak, kakak ipar dan anaknya, Mira yang dah 13 tahun.

"hehe..nak cite mak wat lawak masa makan tegahari td sambil tgok tv..."

mak : hemm...x gol..
mira : kenape mbah kena tiang ke?
mak: hehe...(gelak! sambil tutup mulut)
om : kenape mak??
mak: 'fish ball' ni dah masuk mulut terkeluar masuk pinggan balik....

"bila ingat asyik senyum sendiri...."

Musim bola ke mak? He..he... ingatkan apa, tertipu Mira dan kakak ipar aku! Mak memang macam tu, kadang suka nak mengena. *(^_^)*..

Sunday, 13 January 2013

Yakin dengan rezeki Allah, jangan takut memberi walau kita dalam keadaan hampir tiada apa!

Gambar copy dari google je!
Suatu ketika dulu pernah berkali-kali juga aku melalui hari-hari yang hanya ada seringgit dua saja dalam beg duit. Aku hanya berserah... dalam tiada, aku belikan juga sesuatu untuk anak-anak walau pun hanya sebiji gula-gula setiap seorang dengan niat memberi sesuatu walau pun sangat kecil pemberiannya. Mereka tetap tersenyum kerana tahu mamanya sedang pokai. Mereka faham mamanya akan beli lebih dari itu untuk mereka jika mamanya sedang berduit lebih sedikit.

Dalam tiada, jangan takut untuk bersedekah dan memberi kepada orang lain. Memberi sesuatu yang dapat menggembirakan insan lain apatah lagi jika mereka memerlukannya.

Sabda Rasul saw.

“Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah, jika ia tidak mampu, hendaklah ia berusaha melakukan sesutu yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan demikian ia dapat bersedekah.

Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menolong orang susah yang memerlukan bantuan.
Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menyuruh orang lain melakukan kebaikan.
Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap suatu sedekah”.

(riwayat Ahmad)

Hadis ini aku copy paste dari blog atuk dalam entry Roti Canai Asam Pedasnya, terliurnya!

Kadang hati aku terasa hiba, terasa benar-benar hambaNya yang tidak tahu berterima kasih bila aku tak perlu menunggu bertahun-tahun pun untuk menikmati hasil daripada sedekah itu. Apa yang aku berikan terlalu sedikit tetapi Allah balas dengan rezeki yang berganda banyaknya keesokan harinya.

Jangan mengharapkan balasan jika bersedekah atau memberi hadiah pada orang lain. Berilah dengan hati yang ikhlas. Ia umpama membuang segala perasaan riak dan kedekut di dalam hati. Mendidik hati agar dapat berkongsi rezeki dengan insan lain.

"Ya Allah! Hanya sedikit sahaja yang aku berikan pada si polan itu tetapi hari ini kau berikan rezeki yang tak terjangka banyaknya. Sesungguhnya Engkau sangat mengerti resah dalam hatiku ini!".

Hati aku sebak dan hampir saja aku menangis!

Suatu ketika dulu, ada 2 kisah yang sangat aku terasa terlalu drastik Allah berikan ganjaranNya.

1. Resah aku memikirkan bagaimana dengan hari esok. Terlupa aku dengan rezeki itu Allah yang tentukan. Hanya ada RM30 di dalam beg tangan untuk aku bertahan hingga hujung bulan. Tapi masih juga aku nak belanja anak-anak makan roti canai. Pada waktu yang sama terlihat aku 3 orang remaja yang aku kira baru berusia antara 11 ke 12 tahun sedang makan roti canai di restoran yang sama. Entah kenapa terdetik dalam hati nak belanja mereka. Lalu aku bayarkan sama harga sarapan mereka, aku dan anak-anak sekali yang jumlahnya RM17.90.

Tak perlu lama menunggu bila esoknya ada orang yang membeli jamu-jamu aku dari Adzrien Shoppe hingga duit yang terkumpul menjadi RM380 semuanya. Terpana aku seketika. Anak-anak aku turut gembira.

"Jangan kedekut untuk kongsi rezeki kita dengan orang lain lebih-lebih lagi dengan ahli keluarga sendiri! Tengok! Apa Allah dah beri pada kita?", pesan aku pada anak-anak.

2. Sejumlah wang aku salurkan untuk membantu warga Palestin membina semula masjid-masjid yang runtuh dengan niat pahalanya untuk arwah ayah. Waktu itu wang yang berbaki hanya ada dalam RM100, pun tak cukup untuk duit minyak, tol dan makan aku sehari-hari.

Tak perlu lama mana Allah menggantikannya. Seminggu selepas itu ada dua insan yang menggantikan benar-benar dengan jumlah yang sama seperti yang aku sedekahkan itu. Mereka kata itu upah atau komisyen milik aku yang lama mereka tak membayarnya. Sebenarnya aku tak pernah tahu pun tentang itu dan tak pernah kisah pun jika mereka tak membayarnya kerana mereka telah banyak memberi nasihat dan semangat pada aku selama ini.

Jadi! Jangan takut untuk bersedekah walau pun hanya sepuluh sen dengan syarat utama perlu ikhlas dan redha. Jangan mengharapkan balasan dari Allah, takut hati menjadi kecewa dan terpaling rasa syukur padaNya.

Yakinlah dengan rezeki Allah asal saja kita berusaha mencarinya.


Friday, 11 January 2013

Jumaat datang lagi!

Jumaat zaman sekarang tak sama macam zaman aku sekolah dulu, zaman tahun 80-an. Jumaat dulu aku susah nak nampak orang lelaki sama ada remaja, dewasa mahu pun warga emas masih merayau-rayau di tempat-tempat awam semasa solat Jumaat sedang didirikan.

Klik le gambar untuk lagi besar, copy dari facebook kawan.
Semasa aku tinggal di asrama pun memang tiada lansung kelibat pelajar lelaki beragama Islam sama ada di kantin asrama atau di ruang jalan kaki asrama. Hanya pelajar-pelajar perempuan yang bising seperti rasa merdeka je sebab tiada pelajar lelaki. Semuanya sudah pun naik bas asrama menuju ke masjid.

Situasi di kedai makan di tengahari Jumaat tadi :

Aku : Yang! Sudu dan garfu tak de la! (Memang dah biasa dengan pelayan wanita tu!)
Pelayan : Mmmm... tak tahu pulak ada lelaki datang makan time-time macam ni. Tu yang tak cukup sudu garfu!

(Sebenarnya pelayan tu berkias je meluahkan rasa tak puas hati!.. Korang faham tak maksud dia?)

Aku : Patut le!
Pelayan : Kak Liza tunggu jap ye... saya ambil kat dapur!

Ramai juga lelaki yang dalam kumpulan satu meja makan, ada yang datang berpasangan. Semuanya musafir agaknya. Takkan uzur pulakkan? Errrkk... jangan marah!

Masa aku nak membayar di kaunter :

Aku : Belum bangun lagi ye diaorang ni!
Pelayan : Itu le pasal, tak ada rasa!
Aku : Nasib baik laki aku tak camni! (Perasan bagus kejap!)
Pelayan : Memang nasib baik pun!
Aku : Ish! Tapi kalau dia macam ni, memang dah kena reject awal dah dulu!
Pelayan : Ha! Ha! Iye tak iye jugak ye kak! Tak jadi le laki.

Bukanlah aku nak tunjuk alim. Tapi aku pulak yang terasa risau dengan trend begini. Maklum sajalah sebab aku pun ada 3 orang anak lelaki yang perlu aku risaukan. Takut suasana begini jadi biasa tanpa ada rasa bersalah.

Aku tertarik dengan satu restoran lot tepi di Fasa 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Tak ingat nama restorannya tapi terkenal dengan nasi kukusnya. Di situ dia letakkan notis bahawa tidak akan terima pelanggan lelaki muslim pada waktu solat Jumaat. Lupa nak ambil gambar notis tu.

Tapi jumpa juga notis tu dari blog Encik Omaq Muhamad Omar Ahmad.

Gambar copy dari SINI

Thursday, 10 January 2013

Seiras, namun tetap ada perbezaannya!

Sekali pandang macam sama tapi tak serupa pun. Gambar suka-suka hati copy dari Asterisk Boutique.



Samalah macam kita manusia ni yang ciptaan Allah lebih hebat lagi. Walau pun kembar seiras, namun tetap ada perbezaannya. Dan bayangkan pula pelbagai rupa yang Allah cipta, semuanya sama tak serupa.

Tiba-tiba sensitif dan sebak pula hati ini bila membaca entri Ummi Ross ini : Dicuri rupanya.

Katanya "Disaat-saat kami hilang punca, Allah perkenankan doa kami. Teringat pesan ustaz, kalau ada apa2 kesusahan jangan cari orang dulu, ‘cari’ Allah dulu.".

Tapi yang berlaku, siapa yang aku cari dulu bila dilanda kesusahan? Bila masalah tak selesai, mulalah aku menyalahkan orang itu dan orang ini, menyalahkan juga benda itu dan benda ini. Malah tak lupa menyalahkan keadaan itu dan keadaan ini.

Wednesday, 9 January 2013

Upin Ipin di mana saja!

Lekanya anak bongsu aku ni, Arif baru berusia 4 tahun  pada 2013.


Sempat dia bersila sementara aku nak membeli barang. Hari-hari suka tengok Upin Ipin di Youtube.

Tuesday, 8 January 2013

Alah membeli menang memakai

Songket Kemboja

1. Ada orang membeli dan menilai sesuatu barang kerana harga murah. Dia tidak kisah dengan rupa dan kualiti barang. Asalkan saja ianya murah berbanding barang yang mahal. Siapa yang tak mahu barang murah, aku pun nak juga.

Harga murah tetapi kualitinya bagus tak mengapa. Selalunya bila barangan yang berjenama dengan jaminan kualitinya dijual murah pada waktu-waktu tertentu. Itu memang kesempatan yang boleh kita ambil. Hanya barang yang kita perlu ye! Bukan rambang mata pulak!

Contoh yang paling aku suka bila ramai yang memilih untuk membeli kasut sekolah murah dengan harga RM10 yang kualitinya memang setara dengan harga. Baru 3 bulan pakai saja dah mudah terkoyak dan tapaknya cepat haus. Secara kiraan kita perlu berhabis 4 pasang kasut pula. Kita akan berhabis mata pergi membeli sebanyak 4 kali. Tentunya kita akan perlu membayar kos perjalanan sebanyak 4 kali juga.

Apa salahnya beli kasut sekolah yang harga RM30~40 yang lebih berkualiti dan selalunya memang tahan hingga setahun. Kiralah sendiri kosnya. Lebih jimat rasanya.

2. Ada orang membeli dan menilai sesuatu barang kerana RUPA CANTIK. Dia tidak kisah dengan harga yang murah atau mahal. Memang banyak duit, tak mengapalah. Masalahnya dia lupa melihat pada kualiti.

Rakan aku membeli beg tangan dengan harga RM100++. Ada diskaun hingga 70% katanya di SOGO. Rupa beg memang cantik dan ramai pula yang memuji. Tapi baru 3 bulan guna, tali begnya sudah mula haus nak terkoyak. Angin satu badan dibuatnya. Terpaksa pula dia membeli beg lain kerana penampilan haruslah dijaga.

Samalah seperti mereka yang kalah dengan godaan baju cantik, tudung cantik, motorsikal cantik, basikal cantik, kasut cantik, kereta cantik dan segala-gala yang cantiklah tetapi akhirnya tidaklah menggunakannya sangat. Mungkin sebab tak selesa atau tak sesuai. Jadi barang hiasanlah pula. Membazir je!

3. Ada orang membeli dan menilai sesuatu barang kerana JENAMA semata-mata. Jenama terkenal biasanya menjamin kualiti ketahanan barang. Duit dia banyak, tak pe!

Samalah macam yang cantik tadi. Kalau betul-betul menggunakannya memang berbaloilah membelinya. Tetapi bila nak guna terasa kekok penampilan, terasa macam tak selesa maka mulalah ia hanya menjadi barang hiasan.


Apa-apa pun yang kita nak beli biarlah berbaloi, tidak menyusahkan diri sendiri. Lebih teruk jika ia melibatkan kesusahan pada orang lain. Kadang-kadang aku tengok ada orang terlalu bijak mengira dan menilai tetapi menilai hanya pada luaran saja. Dia tidak mengira nilai kualiti dan faedah untuk jangkamasa panjang. Kadang tak ambil kisah pun dengan perasaan susah orang lain yang terpaksa menggunakan barang itu. Dia yang beli, dia punya sukalah nak beli yang macam mana punkan!

Tuesday, 1 January 2013

Hebatlah sangat!

Hebat!
Kita biasa melihat dan mendengar kisah orang yang sering merasa dirinya hebat, bagus dan sempurna. Dia merasa dirinya lebih baik daripada orang lain. Melihat orang lain yang kurang itu membuatkan dia rasa meluat dan tak suka sama ada dengan hati, percakapan mahu pun perbuatan.

Tidak mengapa jika kita merasa diri bagus dengan tujuan untuk bersyukur dengan apa yang telah Allah beri, tetapi kita rugi bila niat di dalam hati ada rasa benci, geli atau memandang rendah pada orang lain. Kita sudah pasti akan rugi dengan janji pahala yang Allah beri dan secara tidak sedar juga kita rugi untuk merasai nikmat redha dan hati yang tenang.

"Aku ada rumah besar, aku ada rumah besar, isteri yang cantik, suami yang kacak dan anak-anak yang bijak. Alhamdulillah kerana hidup aku lebih baik daripada orang itu!".

Di tambah pula doa "Moga orang itu akan bertambah baik kehidupannya dan dapat merasa nikmat seperti aku juga! Dan aku juga dapat merasa nikmat baik yang ada padanya yang aku tidak nampak!".

Tak mengapalah kalau ada rasa syukur untuk mendidik hati agar tidak riak. Tidak bagusnya bila bangga diri dan memandang rendah pada orang lain.

Aku sendiri kadang selalu menilai orang lain bila berkata "Dah malas! Memanglah hidup dia susah!". Memang jelas aku juga ada ketikanya memandang rendah pada orang lain.

Biasanya perasaan itu datang bila melihat orang itu suka bermalas-malasan di rumah. Lebih kerap tidur berbanding kerja. Bila bangun tidur hanya cari makanan sedangkan isterinya bersusah-payah mencari duit dengan mengambil upah menjahit dan mencuci rumah tetangga untuk biaya makan dan sekolah anak-anak.

Tiada insan yang cukup sempurna. Tentu ada kelemahan dan perlu juga bantuan orang lain.

Jangan sangka kitalah yang paling cantik menawan kerana jika nikmat itu ditarik, boleh jadi sawan pula nanti. Bayangkan bila tiba-tiba berlaku kemalangan yang merosakkan rupa kita. Tak ke meroyan dibuatnya!

Jangan rasa diri kitalah yang sangat bijak dan pandai. Tidak semua yang belajar akademik mahu pun agama tinggi-tinggi hingga ke luar negeri itu sangat pandai. Kadang ada yang pandainya hanya dalam waktu peperiksaan tetapi tidak pandai untuk mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan. Syukur jika semakin pandai, semakin pula dia merasa rendah diri.  Ikutlah resmi padi!

Contohnya ada warga emas yang sejak muda remaja lagi siang malam menjaga solatnya agar penuh dan mengajinya setiap hari tetapi bila terlantar sakit di atas katil, dia tak solat. Bukan dia tak mahu solat tetapi dia sangkakan jika sakit tak perlu solat kerana tak boleh nak bangun.

Itu yang sahabat aku kata "Bila tak tahu tu kena bertanya! Bila belajar agama kenalah ada gurunya juga. Bukan main buat saja! Kena lihat betulkah bacaan kita, betulkah cara kita!".

Ada orang yang solatnya silap baca Al-Fatihahnya, kiam tangannya, sudut rukuknya mahu pun letak tangan waktu sujud. Kadang letak kaki waktu duduk sujud pun masih tersilap. Makanya jangan bila ditegur jadi marah pula! Orang menegur untuk kebaikan kita juga. Jangan bersikap aku tahu laaaa!

Solat waktu sakit itu sepatutnya perkara yang telah lama dia tahu kerana dia sudah pun bergelar Hajjah. Bukan niat dia tak mahu solat tapi memang dia tak tahu kerana dia tidak pernah nak bertanya untuk perbaiki solatnya. Kalau yang memang sengaja tak mahu solat tu lebih-lebihlah tak bagusnya.

Seperti status dalam facebook aku ni :

Suatu masa dulu perbualan aku dgn rakan sekerja taraf manager, aku asst. engineer je!

Kawan : Liza! lampu hijau ada kat atas atau bawah? (merujuk pd lampu isyarat)
Aku : bawah sekali lah!
Kawan : saya tak dapat jawap masa boss saya tanya soalan tu!
Aku : entah! rasanya memang bawah sebab bila tunggu hijau, mata tu pandang lampu bawah sekali.

Moralnya, tak semua yg belajar tinggi, pangkat besar tu tahu/sedar semua perkara. Kita saling memerlukan utk mengingatkan yg betul walau pun perkara tu kecil. Dari perbualan ini, bukan nak kata aku tahu banyak, ada juga kebenaran yg dia tahu tetapi aku pula tak tahu atau tak sedar.

Hari-hari dia memandu kereta dan melalui lampu isyarat. Maka sepatutnya dia sedar dan lebih bijak untuk menyedari situasi perubahan lampu isyarat. Melainkan jika perkara itu memang tidak penting baginya. Tetapi yang sebenarnya boss dia bertanya untuk menguji tahap kepekaannya. Penting jugakan untuk mendapat perhatian boss!

Jangan rasa kasut kitalah yang paling mahal, berjenama dan berkualiti. Kalau semasa berjalan, Allah takdirkan kita nak tergolek dan terseliuh di tengah orang ramai buat kita jadi malu besar juga.

Kesimpulannya usah riak dengan kelebihan yang kita ada dengan niat hendak menunjuk-nunjuk. Tetapi jika menunjuk dengan cara berhemah dan niat kita untuk mengajak orang lain sama-sama berusaha untuk melaksanakan dan menikmatinya, maka bagi aku itu tidak mengapa. Buang rasa riak dan bangga diri tu jauh-jauh!

Kitakan selalu dengar motivasi untuk memajukan diri sama ada dalam sahsiah, perniagaan dan sebagainya yang sering bersemangat mengajak kita gunakan dan yakin dengan kelebihan diri. Maka, yakinlah dengan kelebihan diri untuk membina lebih banyak kebaikan.