iklan

Followers

Pages

Tuesday, 22 January 2013

Cantik beg tangan kakak tu!

Aku bukan nak jual nasi lemak atau nak promote nasi lemak tu tapi nak pesan sesuatu je.


Nampak tak wanita dan lelaki berbaju hitam dalam gambar tu?

Nampak tak apa yang ada atas meja depan diaorang tu?

Ada beg tangan di atas meja kuning tu!

Berhati-hatilah wahai para wanita dengan beg tangan korang. Cuba elakkan meletak beg tangan di atas meja makan di restoran seperti dalam gambar ni. Takut nanti berputih mata je bila di sambar dek penjenayah yang sering menanti peluang keemasan begini.

Pulak tu cantik je lokasi mejanya di luar bangunan restoran. Kira dapat angin lebihlah ni. Mudah penjenayah nak capai dan nak melarikan diri.

Selalunya kalau aku sendiri, beg tangan akan aku letakkan di riba je. Aku hanya letak di atas kerusi sebelah aku jika lokasi agak tersorok dan selamat. Kadang yang di riba pun orang boleh capai.

Duit aku tak banyak sebab bukan jenis aku suka letak duit banyak dalam beg tangan. Bahaya sangat sebab aku ni jenis boros... kalau ada duit lebih, macam-macam aku nak beli. Jadi apa yang ada habis banyak pun adalah dalam RM100++ je. Kadang tak sampai RM10 pun. Beg berat sebab syiling, buku nota, handphone dan ada alat make-up sikit.

Tapi kalau tak banyak duit pun, kalau hilang beg tu mau meroyan jugakan. Segala dokumen penting seperti kad pengenalan, kad bank, kad nikah (penting woooo!), lesen memandu akan turut hilang. Panas hatilah nak pergi buat baru ; buang duit, buang masa dan buang tenaga. Ada pulak handphone hilang... mati kutu dibuatnya. Zaman dulu biasa pakai public phone. Sekarang handphone dah macam melekat kat tuannya ke mana-mana.

Lagi malang kalau kad pengenalan kita yang hilang disalahgunakan untuk tujuan-tujuan pinjaman bank, penyamaran pendatang asing dan kes-kes jenayah yang sengaja menjatuhkannya di lokasi jenayah. Susah hidup kita bertahun-tahun dibuatnya.

Jadi berhati-hatilah ye dengan beg tangan masing-masing. Lebih-lebih beg tangan saja dah mahal giler!

11 comments:

Irfa said...

mmg betul,saya kalau bawak keta pun letak hbag bawah seat :) phobia wei
kita yg takde niat boleh nampak peluang hbag atas meja itu.lagikan pulak org yg mmg keje meragut

Anamarza Sue said...

agreeed kalau camtu memang teerdeedah sangat pada bahaya, saya pun tgk tempat juga nak letak beg tangan.Kalau restoran tertutup berani la sikit nak leetak camtu kan

Sabihah said...

Betul lah..sbb tu sy selalu suruh hubby yang pegang beg...hikhikhik

Salam kenal ^^

MumMe said...

betul tu Kak Liza...berhati2 selalu,jgn menarik perhatian penjenayah...

ummiross said...

hehe..nasib baik bukan gambar ummi tu Liza. Yelah kan Liza, malang tak berbau..

ummiross said...

hehe..nasib baik bukan gambar ummi tu Liza. Yelah kan Liza, malang tak berbau..

-Sara- said...

eii itu mcm nk sedekah je gayanya tuu..klo kene curik meraung tak ingat..huuu

diana said...

cuai nih...kalau terkena baru depa tau..kalau saya nak pi makan memang tak bawak beg tangan..selalunya suami sorok..tempatnya..rahsia..heheh

atuk said...

Assalamualaikum Liza

mereka belum kena ...belum tahu la..

hana hadi said...

bahaya betul. kalau peragut naik moto lagi susah nak kejar..

Muhammad Syahmi said...

Dah la letak atas meja, lepas tu tolek ke arah lain.

Jangan salahkan orang yang 'mengambil' kalau beg itu 'diambil'.