iklan

Followers

Pages

Saturday 11 June 2011

Balik dari Jengka lalu AKLEH

Dua hari aku tak mengadap blog sebab balik kampung di Jengka, Pahang. Terima kasih pada kalian yang jenguk-jenguk blog aku ni. Aku sampai rumah di Bandar Seri Putra pukul 3.20 petang tadi. Perjalanan bermula pukul 12.00 tengahari dari Jengka. Alhamdulillah cuaca OK je!

Macam biasa hubby memandu melalui lebuhraya timur barat bermula dari Exit Chenor. Banyak juga kenderaan di jalan, musim cuti sekolah.

Hubby berhenti sekejap di hentian R&R sebelum jambatan di Sungai Pahang. Lupalah pulak nama R&R tu. Aku tengok banyak bas berhenti di situ. Mungkin dalam enam hingga tujuh buah bas yang terdiri dari bas sekolah dan bas hitam putih dari syarikat Bee Huat. Terkenang pula zaman remaja semasa di Kuantan. Bas Bee Huat ni pernah juga aku naik.

Setiap bas pula di letakkan bendera negeri Trengganu. Aku tanya hubby "ada bola ke malam ni yang?". "Trengganu lawan Kelantan" balas hubby aku. Risau pulak aku takut jalan lagi jem.

Aku harap diaorang main dengan semangat kesukanan yang tinggi. Bersukan bukan untuk bergaduh tapi untuk kesihatan yang baik dan merapatkan talian persabatan. Moga tiada insiden buruk malam ni dan segalanya berjalan lancar.

Hajat hati hubby nak isi minyak kereta di stesen minyak Shell. Entah macam mana sedang dia isi minyak boleh 'blackout' pulak. Sempat isi sebanyak RM28.30 aje. Malas nak menunggu, jalan teruslah.

Nasib baik tak jem teruk semasa di lebuh raya Karak, sekejap saja selepas tol Bentong. Walaubagaimana pun jem bermula bila masuk susur kiri selepas tol Gombak. Biasanya aku tak bagi hubby lalu situ kalau jam dah pukul 5.00 petang sebab takut jem teruk.

Perlahan je kenderaan bila lalu di MRR2 hingga hubby buat keputusan nak masuk ke lebuh raya bertingkat Ampang-KL (AKLEH). Hubby nak tukar lorong dari kanan ke kiri pun susah. Lama hubby bagi signal, tapi tak ada yang nak bagi ruang. Selepas tiga biji kereta barulah lepas.

Aku pun tak faham dengan sikap sesetengah pemandu di jalan raya. Diaorang ingat hubby aku nak potong Q agaknya, padahal hubby aku perlahan aje nak tukar lorong tu. Masa tu semua kereta dalam mode bergerak macam siput. Nasib baik bukan aku yang memandu..ha..ha.. Kalau tak memang menyilanglah kereta aku jawapnya ; psiko untuk mohon beri laluan. Boleh ke macam tu?

Itulah beza karektor hubby dan aku. Allah temukan jodoh aku yang agak brutal dengan suami yang bersopan-santun. Hubby aku memang tak sesuai bawa kereta dalam KL sebab bersopan sangat. Memandu biar bersopan tetapi cekap dan pantas buat keputusan. Angkat tangan tanda terima kasih dan senyum supaya yang sombong jadi lembut hati nak beri laluan. Jangan buat selalu. Bila marah, elakkan tunjuk kemarahan anda pada pemandu berkenaan. Kita tak kenal hati budi orang, takut perkara kecil jadi musibah besar pula nanti. Apa pun, bertolak ansurlah semasa memandu.

Laluan agak jauh hingga lalu ke Damansara menghala KLIA. Hubby masuk pula di tol baru di Exit 605 Persimpangan Putra Heights (jumpa kat Google Map), lalu Putrajaya dan terus ke Bandar Baru Bangi. Sempat singgah di restoran pizza Domino's dan bungkus dua keping pizza saiz besar punya. Aku dengan anak-anak tunggu dalam kereta aje. Masing-masing malas nak makan dalam restoran, dah letih. Tapi sempat juga bergurau dan kecoh-kecoh dalam kereta.

Sampai rumah tu memanglah letih, tapi bila ada baby ni tak boleh nak rilek terus. Kena pastikan anak-anak makan. Semua bekal lauk dari kampung kenalah keluarkan dan panaskan mana yang patut. Tak kisahlah anak-anak nak makan nasi berlauk, mee goreng, bihun goreng, sandwic tuna atau pizza. Banyaknya makanan, bukan aku masaklah. Kakak ipar dan kakak aku yang masak. Macam biasa, aku tau makan aje.

2 comments:

jeBateja said...

wah kak...balik jengka ada durian tak...?...ahakz.....

Liza @ Adzriel AB said...

jeBateja : pokok durian tak berbuah lah jan.