iklan

Followers

Pages

Wednesday 15 June 2011

Menyonsang arus

Hari ini terlewat, maka aku hantar anak-anak ke sekolah dulu dan Arif yang terakhir ke rumah pengasuhnya. Seperti biasa aku akan matikan enjin kereta kereta dan dukung Arif keluar.

Entah pening apa, aku tekan clutch dan masuk gear 1. Selepas tu baru aku start enjin kereta dan bergerak. Bila kereta dah bergerak baru aku tersedar akan kelakuan aku yang abnormal tu. Korang jangan ikut tau.. he..he.. Sepatutnya kenalah start enjin kereta dulu, kemudian barulah tekan cluth dan masuk gear 1.

Minggu lepas aku cuba-cuba bawa kereta Persona manual milik abang kandung aku yang baru dibelinya pada April lalu. Perjalanan bermula dari Maran, Pahang hingga ke Jengka 16 melalui jalan lama. Pick-up ok semasa memotong dan stabil.

Cuma tak best bila slow dalam 50~60km sejam. Rasa macam tak lancar aje. Bila laju memang best, tak ada le gegarkan... alaaa kereta baru. 160km sejam pun boleh tu.

Tapi rasanya mungkin tak minatlah dengan kereta Persona sebab cluthnya keras bila ditekan. Gearnya ok aje. Stress jugalah kaki aku. Kereta Kelisa aku juga yang lemah lembut...ewahhh..

Biasalah bila kita memandu kereta orang lain, kereta sendiri juga yang dirindui walau seburuk mana pun. Begitulah bila dapat pasangan yang baru, yang lama janganlah dihina-hina dan dilupakan jasanya, takut meroyan rindu nak semulakan dah susah.

2 comments:

Unknown said...

kalau tergesa2 gitu la kak liza..
entah apa2 je yang kita buat...
serba tak kena..heheh

Dr K said...

Saya suka Kelisa. Kecil, mudah di bawa dalam town..pick up pun bagus.