iklan

Followers

Pages

Tuesday 14 June 2011

Mendengar guruh dilangit...



Baru nak menaip entry lagi tiba terdengar guruh di langit. Bersahut-sahutan pulak tu. Alamak! Tindakan segera harus aku lakukan. Eh! Nak curah air di tempayan ke? Tidaklah, cuma nak kena angkat semulalah kain di jemuran.

Tempayan ni aku letak dalam bilik air di tingkat bawah. Bila cuaca panas memang selesa dapat mandi air dari tempayan ni yang sejuk dan menyamankan. Inilah tempayan yang aku ambil dari Jengka atas keizinan mak aku. Ada lagi yang lebih besar daripada ni di rumah mak mertua aku di Semanggol. Tak larat le nak angkut dalam kereta.

Barang-barang begini memang sangat berharga dan bersejarah. Aku pun tak pasti bila ianya wujud. Tau-tau aku lahir dah ada tempayan ni rasanya. Orang dulu-dulu selalu letak tempayan ni di sebelah tangga dengan gayung tempurung kecil dan bertangkai. Depa guna untuk buat basuh kaki sebelum masuk ke rumah.

Air yang masuk ke dalam tempayan pun air percuma aje dari tadahan hujan. Memang cukup sejuk airnya.

Semasa aku menaip entry ni terfikir pula di minda aku "kalau aku tanya anak aku apa nama benda ni, mungkin jenuh juga budak-budak ni nak menjawap". Samalah seperti bagaimana aku mengajar mereka mengenal serai dulu. Lain kali kena tunjukkan rupa sterika lama dan cara-cara nak menggunakannya pula.

Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

maksudnya

Membuang hak milik yang sedia ada untuk memberi ruang kepada yang baru walaupun perkara itu belum tentu dapat

sumber maksud peribahasa : Wikipedia

4 comments:

Sofya said...

lama tak tengok tempayan..
bagus kak, simpan barang wat koleksi antik

mas saari said...

dulu masa kecik2 kalau dengar guruh je terus excited! sebab bila hujan boleh mandi hujan...hehehee

Misz-ella said...

comel la rumah awak ada tempayan. kc pun nak carik gak la. tp kena hati2 .. jgn sampai ada nyamuk eh.

ummiross said...

dulu2 selalu tengok tempayan ni, nyesal tak simpan, sekarang dh jadi antik