iklan

Followers

Pages

Tuesday 21 June 2011

Nyaris terlanggar anak jiran

Pagi ini aku hantar Arif ke rumah pengasuh dulu. Dah pandai tak nak keluar kereta nampaknya sebab nak ikutlah tu. Jenuh juga aku memujuk Arif yang akhirnya dengan muka sedih dan air mata yang masih bersisa rela juga dia didukung oleh mak Ani, pengasuhnya.

Aku berpatah semula ke rumah sebab nak mengambil Amirul yang lambat. Bila aku sampai aje, jiran depan rumah aku baru bergerak keluar dan tiba-tiba dia hon semasa kereta aku berselisih dengannya. Terkejut juga aku! Rupanya anaknya berlari nak mengejar keretanya dan berada kira-kira 7-8 meter saja di depan kereta aku.

Nasib juga aku memang perlahan sangat masa tu dan cepat-cepat berhenti hingga anaknya berlari semula masuk ke rumah. Terkejut agaknya bila ayahnya dah hon dua kali dan melambai suruh dia segera masuk. Aku angkat tangan ajelah pada jiran aku tu tanda 'dah OK! Pergilah kerja tu!'.

Memang menyelinap juga rasa berdebar dalam hati aku masa tu. Jangan keluar pulak berita anak jiran cedera atau lebih parah hilang nyawa akibat dilanggar oleh jiran depa rumah. Anaknya kecil lagi, sedang tadika agaknya. Entah apa yang dia inginkan dari ayahnya. Pagar pula terbentang luas terbuka kerana biasanya isterinya pula akan keluar menghantar anak-anak ke sekolah.

Perkara kecil jangan dipandang remeh. Lihatlah di mana anak-anak berada apabila mereka berada di luar rumah. Banyak kejadian yang menakutkan aku akibat kelalaian kita yang dewasa ini. Ada kes cucu mati kerana terlanggar oleh nenek sendiri kerana bukan brek yang ditekan tapi pedal minyak menambah kelajuan akibat panik bila budak tu tiba-tiba muncul di depan kereta sebaik neneknya tiba.

Pernah dengar anak mati dilanggar ibu sendiri semasa ibunya mula menghidupkan enjin kereta? Kedudukan gear tak 'free', maka keretanya menyentap ke depan dan terkena anaknya yang berada di depan kereta. Si anak yang malang terjatuh dan kepalanya terhentak ke jalan mengakibatkan kematian.

Si bapa menggilis anaknya sendiri semasa membelok di simpang. Dia tak sedar anaknya terjatuh dari kereta melalui tingkap. Selalukan kita nampak budak-budak suka melambai-lambaikan tangan melalui tingkap kereta. Memang merbahaya jika tiada orang dewasa yang memantaunya.

Sadisnya bila anak kecil berusia 3 tahun dilenyek oleh lori bapanya sendiri semasa mengundurkan kenderaan tersebut di depan rumah. Kalau anak itu hidup, umurnya mungkin sudah pun berusia 16 atau 17 tahun. Akibatnya juga, kedua suami isteri bercerai kerana saling menyalahkan antara satu sama lain. Ini berlaku pada insan yang aku kenal juga.

Kalau nak diceritakan terlalu banyak kejadian seperti ini berlaku. Berita budak dilanggar motorsikal dan kemudian ada pula kereta kancil yang menghentamnya pun buat aku merasa sedih sangat. Terkulai layu tangannya semasa pihak berkenaan memasukkan mayat budak tu dalam beg plastik hitam tu seperti yang ditunjukkan dalam TV3. Sebak hati aku bila teringatkan usianya yang hampir sebaya anak aku aje.

Sememangnya kita sentiasa perihatin dengan situasi ini cuma aku khuatir jika kelalaianku yang sedetik membawa derita yang berpanjangan. Mohon agar aku dijauhkan olehNya derita itu dan hindari dari aku terleka.

Bagi yang belum baca, bolehlah jenguk entry kisah benar ini : Trauma bawa sampai ke mati

2 comments:

Ibu Muda 30series said...

Paling takut bab2 undur keta ni...huhu

Lina said...

ya Allah mohon dijauhkan terjadi pd keluarga saya