Betapa bila Aidilfitri menjelma, pastilah kita akan terkenangkan insan-insan yang kita sayang. Foto di bawah merupakan kenangan pada Januari 1996 di rumah hubby aku. Kenduri kahwin kami di sebelah pihak lelaki.
Di sebelah kiri adalah ayah mertua aku dan di sebelah kanan pula ayah kandung aku. Kedua-duanya telah tiada dan menjadi kenangan abadi buat aku. Alfatihah buat keduanya.
Ayah mertua aku meninggal dunia pada 6 Februari 1998 di Hospital Taiping, Perak di saat aku baru sebulan mengandungkan anak yang kedua. Manakala ayah kandung aku meninggal dunia setahun yang lalu, 19 Ogos 2010 di PPUM, Petaling Jaya, Selangor.
Jadi jika korang masih ada ayah mahu pun ibu, sayangilah mereka. Disaat mereka telah pun tua, banyak perkara akan kembali bersikap seperti bayi. Perlu perhatian, kasih sayang dan sabar menangani kerenah mereka. Tidak semudah menjaga bayi, tetapi itulah saham akhirat yang besar buat kita.
Tanpa mereka siapalah kita.. janganlah buat seperti dalam video ni. Esok lusa jika dipanjangkan usia, kita pun akan tua juga.
12 comments:
Tq kak liza mengigatkan Nazzue tentang perkara ini...Dlm keadaan tak sedar air mata telah jatuh menyembah bumi mengenangkan ibu & ayah yg makin hari makin dimamah usia....Al-Fatihah untuk arwah ayah kandung & arwah ayah mertua kak Liza...Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...AMIN....
tiap2 kali raya mesti ada video tu..sedih bila tgk..
hargai lah mereka selagi mereka masih ada..:')
jgn abaikn, jgn kurang ajar dgn org tua..nnt kita dh ada ank, ank kita lak wat gitu..haaa sanggup?? huhu~ =)
Al-Fatihah buat arwah ayah & ayah mertua Liza.
Akak memang tak bleh tahan tengok iklan ni. Apa2 berita pasal penganiayaan pada orang tua akak memang tak bleh tahan, rasa nak *toot* orang2 yg bersalah tu.
hope saya xjadi anak yang lupakan jasa ibu bapakan... :(
alahai....terasa hati ai....adehhhh....
sedih sangat tengok video tu.... tak dapat bayangkan perasaan kita kalau masa tua nanti kita diperlakukan begitu.... berkasih sayanglah sesama insan, sesungguhnya yang menyayangi akan disayangi...
ya betul..sedih tengok iklan tu.. harap2 nanti saya mampu berbakti kepada kedua orang tua saya..
Tq kak liza pasal entri nie...menginsafkan kita dan mengingatkan kita siapalah kita tanpa ibu dan ayah..
August 25, 2011 4:25 PM
perigatan yang baik
aku pun terasa (sedih lorrr)
Memang selalu terasa rindu pada ayah yang telah pergi.Al fatihah untuk semua kesayangan kita yang telah kembali ke sisiNya.
Post a Comment