iklan

Followers

Pages

Thursday, 4 August 2011

Sakit hati jangan simpan lama, nanti muka cepat kedut

Diana kena hentam gara-gara banyak buat posting blog kat wall facebook. Wall sendiri tu, bukan wall facebook orang lain. Entah apa-apa je. Cara aku mudah je, kalau mata aku rimas melihat seseorang asyik post je maka aku remove je orang tu. Tak perlu kita nak pergi sembur dengan bahasa yang menyakitkan hati.

Ha..ha.. ada juga yang tak dapat nak bezakan wall 'Profile' sendiri dengan Home.

Satu lagi pantang aku memanglah mereka yang suka tag iklan kat wall aku. Tak boleh tahan rasanya.

Ni tadi dalam masa 2 minit aje, blog Relevan Sokmo buat posting untuk 3 entry. Boleh nampaklah kat 'home' fb aku. Situasi begini yang dia rasa annoying je. Susah apa, remove je kalau tak suka. Lepas tu confirm tak nampak dah.

Qaseh Dahlia lagi banyak nampak kat home aku pasal masuk group sama. Ada 7 entry rasanya... berderet je. Masa tu je banyak pun, bukan selalu.

Ehhh... aku tak remove Relevan Sokmo dan Qaseh Dahlia sebab dia tak tag aku pun. Lagi pun kawan-kawan blog juga.

Sebenarnya perkara macam ni samalah kisahnya semasa aku bekerja dulu. Masa tu kan kita guna email saja untuk hantar apa-apa info. Banyak juga yang masuk group melalui email termasuklah aku. Memang saratlah inbox bila ramai yang reply dan terus reply. Bila tak larat, maka aku unsubcribe je dari group tu.

Tapi aku pernah ditegur oleh bekas teman sepejabat aku bila aku kata "Abang Ameed! Buat apa hantar email tu kat Liza? Semak je!".

Abang Ameed pun geram dalam selamba "hang tak suka email tu hang delete je lah!". Padan muka aku kena marah! Tapi tak adalah nak kecik hati pun sebab memang dah kawan-kawan gurau kat pejabat je pun.

Peristiwa tu mungkin kecil tapi memberi pengajaran buat aku agar jangan cepat sangat nak marah atau terasa hati dengan sesuatu perkara yang menjengkelkan.

Kalau tak suka, remove saja dari friendlist atau delete post tu atau buat tak tahu. Kalau rasa nak tegur, lepas taip tu baca semula supaya isinya sampai tapi tidaklah terlalu sakit hati jika orang lain membacanya.

7 comments:

Nazzue said...

Saya lebih suka abaikan dulu tapi tak delete sebab saya akan baca kemudian...:)

Ibu Muda 30series said...

kak liza...dah ber dot com ye? tiap kali klik dari dashboard list..mesti tak leh masuk blog akak. last2 wani tukar jadi.blogspot.com baru buleh...napa ek?

Muhaimin said...

Saya kalau boleh nak baca semua post kat wall! ;p.

Dr K said...

FB, blog dan internet lah secara umumnya, patutnya memudahkan manusia. Namun manusia ramai yg tertekan sebab teknologi!

Betul tu, mudah aja, toksah stress pasal internet/alam maya, tak berbaloi..remove aja lah...:P

cikguNae said...

Wall dengan profile tak dapat beza? Susahlah... Sikap macam ni

Sofya said...

benda kecil tapi ada jugak yg suka besarkan... hu3 payah la camtu..

A.s.t.i.n.a said...

saya salute ah kak liza... dalam kesibukan seharian dgn anak2 begitu fokus juga pada kengkawan.. oh ailebiyulah..