Tapi cepat-cepatlah ingatkan diri kita dengan pesanan orang tua-tua dulu, janganlah marah anak dengan perkataan-perkataan yang tak elok. Biasa dengarkan kata-kata seorang ibu atau bapa pada anaknya merupakan satu doa.
Adakalanya aku tak faham bila ada yang suka menyamakan anaknya dengan binatang atau pun benda-benda yang tak elok bila marah. Sangat geram hati aku bila dengar.
Fikir semula jika kita pernah tergolong dalam kalangan ibu bapa begini. Jika anak disamakan dengan binatang, bagaimana pula dengan status kita sebagai ibu bapa? Dah tentulah ibu bapa pada binatang tu juga... tak naklah aku!
Itu yang kadang aku marahkan anak-anak yang sedang bergaduh bila si abang atau si adik saling mengata 'beruang' atau 'monyet'.
Ini kata-kata yang kadang-kadang aku sebutkan pada anak-anak :
1) Kalau adik monyet/beruang, tentu abangnya sama juga!
2) Mama tak lahirkan anak monyet/beruang!
3) Mama tak nak dengar lagi perkataan ni dalam rumah!
4) Monyet/beruang tak ada akal! Korang ada akal tak?
5) Banyak kali sebut, nanti Allah makbulkan! Nak ke macam tu?
Kadang-kadang mereka terpengaruh dari rakan-rakan semasa di sekolah. Mungkin ibu atau ayah rakannya suka menyebut perkataan-perkataan begitu dan menjadi ikutan anaknya.
Jangan biarkan ia merebak dan menjadi kebiasaan dalam rumah kita. Bila dah asyik ulang-ulang sebut walau pun dah berkali aku ingatkan, maka dapatlah satu rotan di tapak tangan anak-anak aku. Kalau tak nak sakit, jangan sebut lagi.
Itu kalau anak, bolehlah nak rotan. Kalau orang dewasa bagaimanalah pulak ye?
9 comments:
kalau dah besar,kena guna psikologi rasanya kak.
tu la pasal kak.. kak kalau budak2 leh la kita tangan2 kan.. kalau yang tua tu, kalau kita tegor leh jadi pergadohan besar lak anti... hehehe
itulah.. yg pebting didik diri sendiri pun payah kak liza.. anak2 terikut2 dgn kwn2 kat sekolah, ade juga yg terikut3 dgn family kat umah yg tidak manjaga tutur kate...
err ni adelah Astina yg menggunakan akaun blog suaminye yg bermata salman khan.. harhar..
org dewasa kasi tapak kaki jer kak..hehe gurau jer..
Hmmmm .. bila dewasa nanti liza, lain pulak karenahnya. Cabaran mendidik anak ni tak pernah habis liza. selagi hayat dikandung badan .. selagi tu la ada cabaran. KC tak pernah percaya kalau org kata masa kecik je susah .. dah besar ni lain susahnya ..
dari kecik kena jaga supaya bila dah besar takla jadi haru biru. bila dah dewasa masih teruk lagi mulutnya..Allah, parah tu..
kena guna reverse psychology kot~
org dewasa memang susah nak ajar .. tu lah dianya nak marah budak2 org dewasa pun buat , tk sebut lantang2 sebut juga dalam seloroh ..
Post a Comment