Gambar dari blog Kak Yong
Bila iklan Olay keluar, ia menggamit sejarah masa aku mula nak menjaga kulit dalam hidup aku. Teringin nak kulit haluslah kononnya. Aku pun tak pasti bagaimana aku boleh terdorong menggunakannya.
Mungkin kerana cuba-cuba di zaman sekolah dulu. Tahun 1988, aku baru je form 3. Sebaya dengan usia anak sulung aku sekarang, 15 tahun. Tapi sekarang usia aku dah pun 38 tahun.
Dulu-dulu seingat aku namanya krim pelembap ni bukanlah Olay. Aku panggil Ulan aje, singkatan daripada Oil of Ulan. Entah bila tukar nama ke Olay pun aku tak pasti. Aku cuma berharap krim yang aku pakai ni tak berubah kualitinya.
Kalau tak silap aku krimnya warna pink agak cair berbanding krim pelembapnya yang berwarna putih. Lagi pun yang warna pink ni murah sikit. Zaman sekolah, bukan ada duit sangat pun tapi nak melawa juga. Maka kenalah jimat-jimat juga menggunakannya.
Aku pernah cuba krim lain tapi pusing-pusing aku akan balik guna Olay ni.
Apa yang istimewanya Olay pada aku?
1 - Bagi aku harganya tak mahal sangat tapi berkualiti berbanding jenama lain yang mana aku harus membayar nilai yang lebih untuk mendapat kualiti yang sepadan.
2 - Ia melembapkan wajah tapi tak melekit. Tak perlu sapu banyak pun dah cukup untuk hilangkan kesan kering pada wajah.
3 - Aku selalu guna sebagai alas sebelum berbedak. Manalah pandai nak berfoudation zaman sekolah dulu. Bila cuaca panas, tidak pula muka rasa berpeluh atau bedak jadi kering bertompok-tompok di permukaan kulit. Aku rasa selesa.
4 - Olay juga yang merepair wajah aku kala muka aku kelihatan terbakar dek tersilap guna krim. Konon-kononnya nak tukar, lain pulak jadinya.
5 - Krim Olay lembut pada wajah aku sejak zaman sekolah lagi hingga dah berusia hampir 40 ni.
Itu pengalaman yang aku rasa tentang penggunaan krim pelembap Olay sejak namanya Oil Of Ulan. Yang peliknya aku hanya suka krim warna pink tu saja walau pun ada banyak lagi produk Olay yang dikeluarkan.
Bila tengok iklan ni di Nuffnang dan Churp-Churp, aku tersenyum mengenang masa yang begitu cepat berlalu. 23 tahun yang lalu ia bermula!!
Seronok aku membaca kisah-kisah Olay di SINI.
6 comments:
umi wani pon pengguna tegar oil of ulan ni. Masa mula2 kerja dulu, kalau tnya nk hadiah apa...dia kata belikan je krim olay(masa ni dh tukar nama) untuk dia...
diana : mana ada BE diana, cuma kenangan mengusik jiwa aje..
Aku Ibu Muda : nampak sangat kak liza kategori zaman dulu2 ni..he..he..
Assalamualaikum Liza
jenama yg telah terkenal lama...
Wassalam
Rozali : betul tu atuk
terusik kenangan lalu ms mula2 dulu nak melawa. hihi
Wahhhh berkesannye.. Wajah kekal mude..
Post a Comment