iklan

Followers

Pages

Saturday, 6 August 2011

Pelajari seni mendidik anak-anak

Membesarkan anak perlu dilakukan dengan perasaan kasih sayang yang ikhlas. Sepanjang menjaganya dari lahir juga perlukan ilmu tentang seni mendidik anak-anak.

Jangan kata aku yang sudah punya anak usia 15 tahun maka telah tinggi ilmu di dada bagaimana menjaga anak berbanding mereka yang baru setahun dua mahu pun punya anak berusia 5 ke 6 tahun.

Menjaga anak selama hampir 15 tahun memang memberi pelbagai ilmu juga buat aku. Tapi itu bukanlah bermakna aku bagus sebagai seorang ibu. Masih terlalu banyak kelemahan yang perlu aku perbaiki.

Membesarkan anak bukan sekadar memberi makan dan minum atau hanya cukup dengan tempat tinggal, pergi ke sekolah dan pakaian. Semuanya perlu kita perhatikan dan perbetulkan jika tersalah.

1) Apa makanan dan minuman yang melalui tenggorok anak kita bukan setakat rupa fizikal tetapi daripada mana sumbernya, adakah halal atau haram. Takut juga sumbernya tak menentu dan kita redah aje membeli makanan untuk diserap menjadi darah daging anak-anak. Makanan tu memanglah halal, sumber duit untuk membeli makanan itu wajib dari hasil kerja yang halal.

2) Apakah sekadar berpakaian sahaja sudah cukup. Perlu diajar menutup aurat yang wajib, bukan dibiar masih 'berbaju tidur' bila usia menginjak remaja. Eloknya mula berbaju lengan sejak kecil lagi

"Kesian orang tu, pakai baju tidur je untuk pergi jalan-jalan! Maknanya kita ni lagi kayalah sebab baju macam tu mama buat baju tidur je", bila melihat minah saleh memakai baju yang bertali halus je. Korang fahamkan maksud aku maksud baju tidur?? Baju yang tak cukup kain untuk menutup lengan yang cantik. Lengan wanita ye!

3) Hantar anak ke sekolah bukanlah susah bagi kebanyakan orang. Senangnya jika sekadar hantar saja. Perlu juga kita perhatikan apa yang di pelajari terutamanya anak-anak di sekolah tadika. Jangan nanti hantar ke tadika yang bukan Islam, hasilnya anak kita diserap dengan ilmu yang tidak sepatutnya. Bukan semua tadika bukan Islam begitu tapi sekadar berhati-hati.

4) Tempat tinggal biarlah sepadan dengan bilangan ahli keluarga. Tempat tidur anak lelaki dan perempuan mestilah kita asingkan. Jangan ambil tak kisah lansung.

Spot check sekali-sekala bilik anak-anak biar pun mereka sudah remaja, kecualilah jika yakin dan percaya dengan sahsiah mereka. Aku hanya mengambil peribahasa 'Air yang tenang jangan disangka tiada buaya'... betul ke peribahasa ni?? Senyap-senyap anak tu jangan sangka dia tak berani buat perkara yang bukan-bukan.

Ini antara 4 perkara yang wajib diberi dalam proses membesarkan anak. Banyak lagi perkara lain yang perlu kita berikan dan amalkan untuk mereka.

Pecahan daripada 4 perkara di atas juga perlukan kesenian dan pengetahuan ibu bapa bagaimana menyampaikannya dengan berkesan. Apa yang aku maksudkan dengan kesenian dan pengetahuan ni?

Contohnya bila nak makan dan minum kenalah ajar anak baca doa makan atau sekurang-kurangnya 'Bismillah'. Cantik lagi bila semua perkara yang baik dimulakan dengan 'Bismillah'. Indahnya bila semua yang mereka lakukan tidak disertakan dengan mengomel "Tak sedaplah!, tak bestlah".

Sebelum keluar rumah mahu pun balik rumah, anak-anak akan segera salam dan mencium tangan kita sebagai ibu bapa dengan penuh kasih sayang. Bagaimana pula nak pastikan perbuatan itu dibuat dengan ikhlas dan bukannya terpaksa. Itu yang dikatakan seni. Perbuatan bukan sekadar dizahirkan tetapi lahir dari hati yang ikhlas. Bukan mudah sebenarnya.

Tak semua yang ingin kita lakukan akan menjadi. Biasa berlaku penolakan daripada anak-anak sama ada secara kasar atau pun mendiamkan diri tanda memberontak. Seni membetulkan keadaan beginilah wajib semua ibu bapa pelajari.

Sukarnya melawan rasa tidak sabar bila anak-anak memberontak. Ada yang sekadar membebel dan berleter, mencubit anak, merotan dan paling takut membelasah anak macam tak ingat dunia.

Aku paling tabik hormat pada ibu bapa yang dapat menasihati anak-anaknya dengan cukup berhemah tetapi tegas. Hormatlah sebab aku ni pun bukan jenis penyabar juga. Berleter tu dah biasa, cubit tu sekadar bagi rasa sikit je. Bila terlebih, rotan tapak tangan dengan soalan pada anak "nak kena rotan lagi".

Belasah anak tu hanya orang yang hilang akal je yang buat!! Dia terlupa yang diri dia dulu pernah menjadi kanak-kanak. Bukannya lahir-lahir terus je besar. Dia juga pernah buat mak dan ayahnya marah! Macam tu lah aku dulu, nakalnya! Mak cubit kat perut... adoiiii! Tapi tak ada rasa ambil hati dengan mak pulak rasanya. Sendiri buat, sendiri tanggunglah akibatnya.

Bagaimana nak tambah ilmu seni mendidik anak-anak?? Tak pandai aku nak ajar sebab apa yang aku cerita sekadar luahan hati berdasarkan pengalaman. Sebagai ibu bapa biar pun anak-anak dah besar, apatah lagi yang masih kecil tu teruskan mencari idea dengan :

1) Menghadiri seminar, ceramah dan membaca dari buku/majalah mahu pun internet tentang ilmu berkaitan.

2) Jangan malu bertanya dengan mereka yang kita percaya untuk mendapatkan pandangan dan petua.

Fahami diri kita dan selami jiwa anak-anak.

Seperti aku katakan tadi, tidak bermakna ibu bapa yang anaknya sudah besar panjang lebih bagus daripada mereka yang anaknya baru setahun jagung. Aku katakan begitu kerana sering aku merasa teruja melihat ibu bapa yang anak-anaknya sudah pun bertudung dan menunaikan solat dengan baik biar pun baru saja di tadika. Seronoknya bila si ibu berkomunikasi dengan lemah lembut pada anak-anaknya dan mereka kelihatan sangat rapat dan mesra.

Tapi aku jadi takut bila melihat ibu bapa yang baik budi bahasanya tetapi anak-anaknya kelihatan bebas sama ada dari segi berpakaian atau pun pergaulan. Ibu bapa baik budi bahasanya tetapi seakan tak kisah dengan apa yang anak-anaknya sedang lakukan.

Pernah anak aku yang masih di darjah 5 bercerita pada aku tentang rakannya yang masih tak tahu mandi wajib akibat PMS atau kedatangan haid bila ditanya. Mak tak pernah ajar katanya.

Aku simpati dengan anaknya tapi setakat yang aku kenali maknya pandai dalam bab-bab mengaji, cuma masih tak bertudung walau usia dah melepasi angka 50. Tapi!....Ada tapinya juga! Korang jangan cepat percaya dengan kata-kata budak ni, dia juga jenis yang suka cakap berdolak-dalik juga. Entahkan maknya ada ajar, cuma dia yang tak buat. Seninya kita kenalah pantau anak-anak.

Bila anak-anak beralasan, kita perlu ada seni menyiasat juga agar dapat dikenal pasti mereka tidak menipu kita. Jika anak-anak mengadu dipukul oleh rakan atau cikgu ada merotannya, jangan mudah nak marah dengan rakan atau gurunya. Siasat dulu betul-betul jalan ceritanya.

Biasanya aku minta anak ceritakan semula situasi, apa yang berlaku dan apa responnya. Kemudian jika perlu aku akan hubungi gurunya untuk bertanya dengan baik atau mohon jasa baik gurunya siasat budak yang selalu mengusik atau memukulnya jika aku rasakan ianya serius atau dah selalu sangat berlaku. Sebelum hubungi gurunya, perlu tarik nafas dan cuba bertenang akan tidak timbul kemarahan yang boleh merosakkan suasana harmoni. Jangan buat cikgu marah! Okey!

Maaflah agak panjang entry kali ini. Kalau dah pasal anak memang panjang kisahnya! Setiap hari ada saja yang perlu dipelajari. Ini antara artikel-artikel aku tentang anak-anak :

4 comments:

zati embong said...

kak,mula2 kitorg tidur skli gak adik beradik.pas2 bl da msuk sek rendah,ayh da suh asing2 blik,seram gl kena tdur sorg2,snggup seludup msuk blik diorg walaupun kena tdur atas lantai pn xksah tau.haha

Muhammad Izuan said...

tips2 yg bagus utk dijadikan panduan.

Bee said...

memang susah nk didik anak2.. huhu sabar je lah lain tk boleh kata dah!

Liza @ Adzriel AB said...

zati embong : samalah dg kak liza 5 beradik dulu. dah besar, asing iku jantina.

diana : betul tu diana. kalau nak besarkan je mmg senang le.

Muhammad Burn : tips utl muhammad juga tu.

Puanbee2 : setuju..mmg kena sabar, kalau tak tak de zuriat yg berkualiti pulak nanti.