Pengarah Urusan Plus, Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata ia bertujuan memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya dari utara dan selatan termasuk mereka yang ingin pulang berhari raya pada saat akhir menuju ke Lembah Klang dari 1 hingga 4 September.
“Pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 September dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu jam 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir nombor genap.
“Kenderaan bernombor pendaftaran berakhir nombor ganjil disarankan menggunakan lebuh raya pada setiap jam ganjil sebelum 12 tengah hari iaitu pada jam 9 pagi dan 11 pagi,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.
Noorizah berkata bagi semua kenderaan dicadangkan waktu sesuai memasuki lebuh raya sebelum jam 8 pagi dan selepas jam 6 petang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas bagi ketiga-tiga hari itu.
Beliau menasihatkan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan supaya mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) disediakan ketika menjelang Aidilfitri dan kembali ke ibu kota bagi memastikan kelancaran trafik. Noorizah berkata ketika perayaan Aidilfitri tahun lalu, 50 peratus pengguna lebuh raya mengikuti jadual TTA dikeluarkan Plus bagi membantu mengurangkan kesesakan di lebuh raya sejak diperkenalkan 2007.
Plus menjangka jumlah trafik di lebuh raya di Lebuh Raya Utara-Selatan meningkat 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan sehari pada waktu puncak berbanding 1.1 juta kenderaan hari biasa.
Noorizah berkata sejumlah 3,000 kakitangan Plus dan 430 anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam, St Johns Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah ditempatkan di plaza tol dan Kawasan Rehat dan Rawat sepanjang lebuh raya manakala 159 pasukan PLUSRonda akan membuat rondaan 24 jam sehari selain lebih 1,000 kaunter tol dibuka memudahkan pembayaran tol.
Pegawai Turus Penguatkuasa Polis Diraja Malaysia Superintendan Hamzah Ahmad, turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata lebih 300 anggota polis ditempatkan di kawasan terpilih di sepanjang lebuh raya mulai semalam hingga 6 September bagi mengawasi keadaan lalu lintas. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya Plus menerusi talian bebas tol PLUSLine di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik. - Bernama
5 comments:
Cadangan aje.. Bukan compulsory :-P
~Ainul A.B~
kak liza.....
salam aidlfitri :)
apa yang bengap sangat. just cadangan. kalau tanak ikut sukati la. tapi kalau sangkut dalam jam jangan lah nak salah orang lain.
tahun lepas dah terbukti dapat kurangkan kesesakan dengan TTA yang di keluarkan PLUS. jam tetap berlaku, tapi agak KURANG. faham!
orang buat tu ada sebabnya. nak senangkan kita jugak. bukan memandai di buat je
anon ni buta ke apa? bodoh betul!
adoiiii
anon ni senget ke ape
owang buat entri je pon..
ish2...
Post a Comment