iklan

Followers

Pages

Wednesday 18 July 2012

Anak aku kena buli... cari nahas budak tu!

Petang semalam anak aku yang nombor 4, Azri menangis sebaik balik dari sekolah ugama, kena tampar dek kawannya dalam bas. Baru berusia 10 tahun. Sebab apa dia dibuli, ada infonya di entry INI. Dia ada masalah kulit bercapuk.

Panas hati pulak aku dibuatnya. Melampau betul budak ni. Dah berani nak tampar muka orang. Baru darjah 4 pun. Mentang-mentang ada geng, beranilah dia. Kakaknya iaitu Asyikin, darjah 6 kata Azri dah kepal tangan rasa nak tumbuk je tapi tak buat.

Anak lelaki aku tu kurus dan saiz badannya kecil je. Kalau dia balas takut juga lagi teruk masalah tu nanti.

Hari-hari budak tu dan gengnya suka mengejek anak aku dalam kelas, cuma anak aku buat tak tahu je. Ini dah sampai pukul-pukul ni memang buat aku panas hati.

Nyaris anak aku tak layan sangat rasa rendah dirinya tu. Aku tahu tentu rasa rendah diri tu ada juga dalam dirinya.

Budak tu bernasib baik sebab anak aku tak balas. Kalau ikut zaman aku budak-budak dulu, memang aku balas je walau pun aku ni perempuan. Kalau tidak dengan tangan, dengan kaki pun aku boleh balas. Agak 'brutal' sikit masa kecil dulu. Rasanya bukan aku sorang je macam tu, adik perempuan dan kakak aku pun memang pantang kalau orang buli-buli ni. Protect diri sendiri je, tak ada nak mengadu kat mak ayah.

Tapi zaman sekarang buli membuli ni mengerikan. Kadang sampai nyawa melayang.

Apa yang aku buat semalam, terus capai telefon dan call pemandu bas sebelum sempat dia hantar budak tu sampai ke rumahnya. Aku ceritakan apa yang berlaku, minta dia siasat dan ambil tindakan. Bestnya pemandu bas anak aku ni bukan sekadar pandu bas dan van tetapi dia perihatin dengan perangai budak-budak yang dia bawa. Jika anak-anak tadika yang naik van, dia akan pimpin budak-budak tu ke pagar sekolah.

Azri naik vannya sejak dia di tadika lagi, 6 tahun hinggalah sekarang. Jadi pemandu van dah maklum baik dan nakalnya Azri ni. Memang budak yang membuli tu nakal katanya.

Dalam pukul 7 semalam pemandu van tu call aku bagitau dia dah warning budak tu kata aku marah sebab buli Azri. Ugut dia slow-slow nak report polis. Menangis budak tu sebab takut. Dan dia dah bagitau pada bapa budak tu juga. Aku pun dapat tahu juga mana lokasi rumah budak tu. Kalau tak berubah juga, aku cari kau sampai ke rumah. Bukan nak marah-marah, nak berkenalan dan analisis. Mana tahu lepas ni jadi kawan baik anak aku pulak. Buat apa nak musuh-musuh.

Anak-anak bila kena buli, akulah tempat mengadu diaorang sebab mereka tahu aku akan ambil tindakan. Aku tak berkompromi dengan kes buli. Aku siasat sampai ke sekolah, cari budak yang buli tu. Anak-anak tahu maknya ni lebih brutal daripada hubby aku yang lebih penyabar orangnya. Itulah jodoh orang katakan.

Bagi aku, kalau bukan kita sebagai ibu bapa yang wajib melindungi anak, siapa lagi yang dapat mereka harapkan sudi mendengar rintihan hati mereka. Siasat dan analisa di mana puncanya dan cuba cari penyelesaian setakat mana yang kita mampu. Jangan kita pulak terlebih meroyan, mengamuk sakan! Rasional sikit!

Jangan kita terus perlekehkan bila mendengar masalah anak-anak. Layan saja dulu dan dengar ceritanya sampai habis. Kemudian barulah tanya soalan-soalan untuk kita bayangkan situasi sebenarnya. Cari logik ceritanya juga. Kadang-kadang kena pasang telinga dengan teliti juga sebab ada anak-anak yang suka kelentong mak ayahnya.

Nak garang, tegas tu ok tapi jangan lupa bergurau. Beri peluang anak bergurau sama, jangan kita syok sendiri jadikan anak bahan gurauan. Bila anak bergurau, kita pulak yang naik angin walau gurau sempoi je pun. Anak pun ada kepercayaan nak berkongsi cerita dan masalah dengan kita.

12 comments:

umiawadah said...

wah berani betul budak tu naik tangan...kecik2 lagi dah tunjuk hero..kalau saya dah lama dah singgah umah mak pak dia...bagi sepatah dua kata...

Irfa said...

ish geramnya.akak sama la cam saya..mmg saya selidik sampai abis la kalau berlaku perkara mcm tu.penah tulis juga dalam blog ttg beg skolah anak saya dibuang dlm tong sampah.bergurau agaknya tp gurau apa smpai buang2 barang org.melampau sgt.mintak jauh anak2 kita dr bahaya

Unknown said...

bab2 buli zaman sekarang menakutkan kan kak..saya risau bila anak2 nak masuk sekolah..maklumlah..anak saya pun jenis petit saiz badannya.. kadang2 kalau kita bawak ke mak bapaknya pun bukan mak bapaknya percaya..siap backing anak sendiri.. nak cakap salah mak bapak pun tak patut jugak..tapi memang salah kalau diorang percaya 100% kat anak dia..

menanganinya mcm tarik rambut dalam tepung..jangan sampai rambut terputus..dan jangan sampai tepung berselerak..semoga kes ni dapat diselesaikan dengan baik dan tak berulang lagi..

Chekgu Azrine said...

better gi jumpa ustazah dan laporkan kejadian tuh..kalau tak nanti lagi melarat..

Kakzakie Purvit said...

Suka kakak. Betullah kalau ibu tak ambil tindakan pasti lain kali anak tak mahu bercerita lagi masalah dia.

Liza ok lagi. Kes anak kakak sebab dia perempuan yg pukul budak lelaki (gemuk pulak tu) apa lagi abang stop bas sekolah itu jumpa terus dgn budak itu. Ayah dia (baik orgnya)kawan abang sebab itu budak tu takut dan tahu bersalah siap menangis minta maaf.

-Sara- said...

ermm kecik2 dh tunjuk gangster budak tuu,...ishh ishh..ehehe

Anonymous said...

betul tu KA setuju sgt2!. sebab KA pown lebih brutal dri en hubby hehe. Apapun selamat berpuasa n moga2 amal ibadah kita akn diterima ye!

mas saari said...

beraninya budak tu.. jumpa je mak bapak dia kak!

Dr K said...

anak saya belum bersekolah lagi..cerita ini saya jadikan panduan...

MumMe said...

Betul kak Liza...kalau Kita x Jd Kawan ank2 nnt mereka cr kwn sendiri itu yg Susah...Danish pernah kna dgn girls kelas sebelah...baling2 glasses dia...en Suami pg sekolah.cikgu panggil smua yg terlibat..skrg dh x de kacau Danish lg...

.........cP~ said...

Salam.

Saya pun tumpang geram bila adik2 kena buli dulu. Mentang2 la kami ni kecik2 je saiz. Ingat lagi adik perempuan cerita ada budak laki cekik kolar baju dia. Memang melampau sangat2. rasa nak cari je budak laki tu. Mujur dia dah pindah tak lama lepas tu.

Dinas Aldi said...

Sekarang ni kalau kes buli melampau sangat sampai sorang kena pukul ramai2, terutama yg di asrama tu, adoi..risau sungguh..