iklan

Followers

Pages

Tuesday 31 July 2012

Mereka dibunuh beramai-ramai, binatang pun tak dilayan begini!

Protes di Malaysia, sumber SINI.
Rohingya merupakan satu kelompok masyarakat Islam yang tinggal di Myanmar. Mereka kini sedang ditindas dan dibunuh dengan kejam.

Taip saja perkataan 'Rohingya' di Google, dan klik 'image' di sebelah atas. Bukan gambar permandangan indah yang korang dapat lihat tetapi hanyalah gambar-gambar duka yang bisa membuatkan air mata mengalir.

Kejamnya manusia yang tidak boleh melihat umat Islam yang lain hidup aman. Takut benar mereka dengan kebangkitan Islam.

Pembunuhan etnik Islam di Myanmar, berita dari SINI ; buat hati terasa geram. Apa dosa mereka di bunuh sedemikian rupa. Perkampungan dibakar bersama-sama penghuninya sekali, dibiarkan hanyut di lautan tanpa hala dan tujuan kerana dunia tidak menerima mereka sebagai pelarian.

Ya Allah! Selamatkanlah kami dan keluarga kami! Sumber dari SINI.
Mereka di jalanan juga turut menjadi mangsa bunuh tidak kira lelaki atau wanita, mahu pun kanak-kanak. Mereka ditembak dan dilibas dengan senjata tajam tanpa ada rasa perikemanusiaan. Anak-anak kecil dilibas dengan parang dibelakangnya. Apa perasaan korang?

Sumber dari facebook
 Intai-intai page 'Kami Bersama Umat Islam Rohingya' untuk tambah maklumat.

5 comments:

Dr K said...

fakta yg menyedihkan, kita terlalu sibuk dgn isu Palestin ( bukan bermakna Palestin itu tak penting), tapi kekejaman yg paling dekat dgn negara kita, lambat kita bertindak

Unknown said...

huhu..sedih sgt..hanya mampu titipkan doa..moga diberikan ketabahan, kekuatan buat mrk & ditempatkan di syurga bg yang terkorban..InsyaAllah..

Cik mama said...

sedih.. doa saje yg mampu di lakukan untuk mereka di sana. =_=

Unknown said...

yang hairannya berita tentang rohingya ni cuma saya baca di internet di blog blog..tidak dalam suratkhabar atau dari berita di tv.. kenapa ya..

saya tak sanggup tengok gambar2 kekejaman yang dilakukan ke atas mereka..semoga ramadhan ni Allah memberi bantuan tentera malaikat melindungi penduduk rohingya.. dan kaburkan pandangan tentera tu dari melihat penduduk rohingya..

jeBateja said...

Kena tindas dan tak siapa peduli.....Muslim mmg selalu kena mcm tu....