iklan

Followers

Pages

Tuesday 15 January 2013

Cintailah si dia yang halal buat kita sahaja, bukan yang lain!

Gambar dari SINI
Biasanya aku tak ambil pusing sangat bila si suami curang terhadap isterinya kerana bercinta dengan wanita lain yang berstatus bujang mahu pun janda.
Bukanlah bermakna aku suka sangat tapi kerana mereka dihalalkan untuk bernikah.

Suamikan boleh kahwin 4, ikut sunnah Nabi Muhammad saw dengan berpoligami. Aku tidak pernah menentang poligami.

Yang aku tentang bila poligami yang mahu dilaksanakan tidak sesuai pula untuk sesetengah individu bila institusi keluarga yang sedia ada dan yang bakal dibina menjadi kucar kacir. Maksudnya, tak layak berpoligamilah tu!

Kalau cukup syarat-syaratnya, ikut suka hatilahkan. *(^_^)*

Baca Hukum Bercinta Dengan Suami Orang bagi anak gadis atau janda ; maknanya halal untuk bernikah.

Cuma jika ditanya tentang suami orang yang bercinta dengan isteri orang, maka jawapan aku,

"itu memang salah! Tiada alasan!. Tak boleh! Tak boleh!"

Haram lelaki bujang atau suami orang lain hendak bercinta dengan isteri orang lain, apatah lagi jika mahu menikahinya. Itu sangat jelas tentang mengenali orang-orang yang haram untuk kita nikahi. Siapa orang-orang itu, carilah buku-buku berkaitan atau search je kat google ye!

Biar apa pun alasan seperti "suami/isteri saya kejam!", "suami/isteri saya tak pandai layan!", "suami/isteri saya tak romantis!" dan mungkin pelbagai alasan yang kita rasa logik "patutlah dia tak suka suami/isteri diaaa...", yang salah tetap salah.

Hadis ini aku copy paste dari SINI :

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah S.A.W ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari)

Memang jelas berdosa menidakkan hak suami ke atas isterinya.

Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A: "Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?" Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi :”Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:” Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Tapi bagaimana pula dengan lelaki yang bercinta dengan isteri orang? Dia tahu wanita itu adalah hak orang lain, yakni suami pada wanita itu tetapi masih tetap juga bercintan-cintun.

Kata-kata di bawah aku petik dari SINI :

Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah saw sebagaimana dalam sebuah hadis :

“Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya”

(HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”)

Isteri orang pun dia nak juga, maka si lelaki menjadi salah seorang dari 3 jenis manusia yang dilaknat Allah. Copy dari SINI (kena log in facebook dulu kalau nak baca link tu!).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a)

Cintailah si dia yang halal buat kita. Untuk apa cari masalah, penyakit mahu pun dosa melayani cinta insan lain yang haram bagi kita. Tiada manusia yang sempurna, maka mencari yang disangkakan lebih baik dari yang sedia ada umpama pencarian yang tak akan berkesudahan. Perkara yang haram itu buat hati tak tenteram selalu.

Hayatilah kata-kata aku itu. Bukan ingin menunjuk tahu atau menunjuk faham. Tetapi jika jelas status diri kita ini sudah berpunya, terutamanya wanita yang telah pun bersuami maka usahlah cuba mencari cinta lain. Jika dia yang kita ada pun sudah cukup syarat-syarat baiknya, mengapa bersusah payah mengemis cinta lelaki lain yang belum tentu sempurnanya. Setiap orang ada lebih dan kurangnya.

Jangan lupa nilaikan juga kelebihan dan kekurangan diri sendiri untuk kita lebih menghargai kelebihan pasangan yang kita sedia ada.

Takut pula nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran. Hidup di dunia semakin hiba, di akhirat pun tersiksa juga. Jadilah kita orang yang gagal dunia dan akhirat.

Jika kita masih dan sedang diamuk cinta terlarang ini, letakkanlah noktah sebelum aib kita diketahui orang. Allah itu maha pengampun. Mengadulah padaNya.

2 comments:

-Sara- said...

subbahanaallah, mohon dijauhkan..sama2 jaga hubungan ..

afiqah said...

nauzibillah...