iklan

Followers

Pages

Wednesday, 8 February 2012

Tegur sikit dah melenting

Ada orang mudah ditegur, ada juga susah nak ditegur. Aku dalam kategori mana? Tengok cara ditegur jugalahkan. Kalau brutal sangat ayat menegur, mau aku geram juga. Tapi kalau ada diplomasi sikit mungkin kurang melentingnya walau pun hati akan terasa biar pun memang buat salah. Biasalah kalau ditegur pasti terasa. Tapi kalau tak ditegur takut menjadi-jadi pula.

Nak menegur kesalahan orang lain pun tengok juga siapa, di mana dan bagaimana. Aku nak mengajar korang, tidaklah juga sebab aku pun dalam kategori tak sempurna pun. Agak cepat terasa dan baran juga walau dah nak mencecah usia 40 ni, tahun depan je. Kena berubah ni jadi penyabar.

Cuma aku tak tahan bila ada yang menegur kesilapan kita tetapi dia pun kadang buat kesalahan yang sama. Adakalanya dikatanya orang tu tak boleh ditegur tetapi dia pun tau nak merajuk, tarik muka atau lagi teruk melenting bila ditegur oleh orang lain. Itu yang bila dia menegur, kita pun rasa nak tutup telinga saja mendengar tegurannya. Kita tahu tegurannya tu betul tapi kita jadi muak mendengarnya.

Bagi aku nak menegur tu memang elok cuma janganlah hingga tahap 'berleter' atau berjela-jela cakapnya. Nanti kalau dah berjela-jela tegurannya, orang yang mendengar jadi makin tak mendengar. Lainlah kalau kita ada kebolehan berkomunikasi hingga kata-kata kita mampu menusuk kalbu orang lain.

Kita yang ditegur pun janganlah 'menjawab' atau melawan kata-katanya. Iyekan aje dulu dan bagi dia habis bercakap. Kalau rasa jawapan kita bakal menyebabkan marahnya makin naik, tunggulah bila masa dia dah nampak reda. Orang tengah marah ni selalunya tak berapa rasional sangat tindakannya, macam akulah tu. Jadi sebab takut api marah makin marak, diamkan ajelah dulu.

Lebih-lebih lagi jika melibatkan suami isteri, orang dulu-dulu selalu pesan bila suami bercakap isteri kena diam. Begitu jugalah sebaliknya. Bukanlah kita tak boleh nak bela diri, tapi faham-faham sajalah kalau diam itu lebih baik maka jangan bersuara. Apa pun terpulang pada kita memilih mana yang baik dan menilai dengan siapa kita bercakap dan bagaimana menanganinya.

8 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

huhu..nak tegur tu pon kadang2 kena ada caranye kan... silap tegur, kaki makan die.. hahaha

eqbalzack said...

assalamualaikum kak,
kalau saya, saya suka di tegur dan di kritik kak, terutama bila present research saya kat panel. kalau tak saya tak tau mana silap saya...

Popoi said...

tgur mesti bersebab,,, huhu xmau mlenting2,, ^^

Dinas Aldi said...

Betoi la, akak pun ikut cara orang tegur tu. Kalau elok dan beradab, akak terima dengan baik tapi kalau nak jerkah2 cakap kurang ajaq, mau nak kena lesing nanti orang tu. Tapi ya jugak, ada org yg tengah marah tu tak rasional, aiyoo yg tu takut jugak. Lebih baik diam walaupun dia marah macam gila.

diana said...

saya orang yang degil kak..itu kata suami saya..bila ada orang yang tegur kesalahan saya,saya buat muka tak heran je...
tapi jangan salah sangka..
sebenarnya saya ambik kesah jugak teguran dia tu..cuma saya tak la tunjuk rasa bersalah depan dia.
dalam diam2 saya ubah supaya jadi lebih baik..

betul la kot suami kata saya degil..heheheh

ummiross said...

Setuju sangat dengan Liza, setengah orang selamba je menegur dan melihat kekurangan orang lain, tapi bila dia di tegur tau pulak melenting.

kakchik@ella said...

KC lak bila ditegur memula terkedu. pastu tarik nafas pjg2 duduk diam2 .. fikir byk kali. mana la tau .. kot2 kita gak yg salah. hihi.

Muhammad Burn said...

secara jujurnya saya ni panas baran... tegur baik2, mmg saya terima. tapi kalau marah, memang saya akan lawan, kalau saya rasa saya betul. saya xkan hormat orang yg tak tau hormat saya. tapi kak, teguran dari org yg sygkan kita, kita kena ambil juga... adoi, taip ni pun rasa nak menitis air mata.