iklan

Followers

Pages

Monday 14 February 2011

Ikat tali kasut pun tak pandai!


Kasut sukan color pink. Asalnya Asyikin yg punya. Jarang sangat dipakai, memang elok sangat lagi. Boleh je nak jual balik ni..he..he..!

Sekarang tuan punya kasut dah cepat membesar, bagi adiknya Azri ajelah pakai. Mula2 memanglah dia tak ndak. Color pink! Manalah anak teruna tu nak pakai. Ayahnya pujukkan juga "Bukan Azri pakai selalu pun!. Main2 kat taman (playground dekat rumah) je!". Termakan pujuk juga budak tu.

Bertuahnya anak aku. Umur dah 9 tahun masih tak pandai nak ikat tali kasut? Salah siapa? Salah aku lah sebab tak ajar dia. Ini gara-gara zaman sekarang semua kasut sekolah pakai lekat2 je. Semua nak cepat & mudah.

Usahkan Azri tak pandai ikat tali kasut, abangnya pun dulu terkial-kial nak ikat beg plastik sampah. Mereka confuse nak memintal-mintalnya. Tak pe lah, abangnya dah form 1. Nak masuk pengakap katanya. Harap dapatlah belajar macam2 perkara yg berguna.

Ikat tali kasut tu perkara mudah ajekan. Orang kata senang kacang je! Itu baru ikatan basic. Zaman aku sekolah dulu ada macam2 gaya ikatan kawan2 aku buat dengan tali kasut ni. Masing2 memang kreatif nak hilangkan jemu dengan ikatan biasa yg macam riben tu.

Bagaimana kita mengajar anak kita, itulah hasilnya. Jika tidak diajar, memanglah dia tak tahu lansung. Sebagaimana aku mengenal getah sekerap kerana arwah ayah aku penoreh getah. Begitu juga hubby aku yg mengenal biji padi kerana sekali-sekala mengikut arwah ayahnya ke bendang semasa kecil.

Kalau mak aku tak ajar bagaimana nak menyiang ikan, siapalah yg sudi nak ajar aku? Mak juga yg ajar aku cara2 membasuh kain, memasak, mengemas rumah dan membancuh air teh.

Adakah kita mengharapkan anak kita akan terus pandai buat semua perkara sedangkan kita tak bagi apa2 informasi pun. Sesuatu perkara bermula dengan teori & diikuti dengan praktikal.

Teringat bagaimana mak ajar bancuh teh dalam teko. Mak beritahu aku berapa sudu sukatan teh & gula. Hingga sekarang aku dah boleh nak agak berapa sudu gula yg aku patut isi tanpa perlu risau terlebih manis atau tawar. Aku dah boleh anggarkan mengikut saiz jag. Teko dah tak relevan sebab kecik bebeno! Tak cukup!

Jangan kita terlalu harap anak rajin bersolat jika kita sendiri culas. Kita bersolat & ajak mereka turut serta. Bila cuti, ajak solat di masjid beramai-ramai. Bila kita tak pandai nak beri tazkirah pada anak2, bawa mereka sama2 ke majlis2 agama. Ada rezeki lebih, laburkan sedikit dengan menghantar mereka ke program2 sahsiah & agama semasa cuti sekolah.

Jangan salahkan orang lain jika anak kita bermasalah. Selesaikan bahagian kita sebagai ibu bapa dahulu, kemudian baru mohon bantuan yg lain agar dapat bekerjasama.

16 comments:

Luqman Zakaria said...

arep masuk sekolah menengh baru pakai kasut yg ade tadi!tu pon ikat macam hape ntah!gege

Liza @ Adzriel AB said...

arep : ada y tegur tak? kalau xde kira ok lah tu..he..he..

Ujang9897 said...

hahaha...best2.., teringat kecik2 dulu

umiawadah said...

betullah tu...memang kita kena mulakan pembelajaran dari rumah...barulah anak-anak mengikut..baik diajar baiklah ilmu yang mereka dapat,begitulah sebaliknya...

Liza @ Adzriel AB said...

ujang : ujang kutip ilmu keibu bapaan je sekarang ni. he..he..

ummiarissa : itulah cabaran kita sebagai ibu bapa..

EzayHadry said...

ezay slalu elak pakai kasut btali msuk kecik2..alasan tk pandai..
bhahaha malu gak

Liza @ Adzriel AB said...

ezay : lepas ni bolehlah belajar...tambah ilmu. tapi tetap pakai kasut yg lekat tu. kena pantas. he..he..

ummiross said...

Ibu bapa guru pertama kita...

Unknown said...

kasut sukan pink saya pon tak terpakai sampai sekarang. beli bfore peknen anak no 2 dulu..huhu ntah elok ke tak lagi kasut tu

yanamib said...

gud advice la kak..hehe~

sy skrg pn dh hebat buat teh..tgk jag je dh tau nk boh gula byk mana..klu x sure br ty macek² yg dh biasa buat air guna jag besar..weee~ ^_^

nabilah_2908 said...

ibu bapa role model anak2 kan.. ;)

Liza @ Adzriel AB said...

ummiross : iu bapa adalah guru pertama yg mengajar tenatng kehidupan.

lydzar : kalau lama tak dipakai takut mereput. ha..ha.. kena exercise balik tu.

yanaMIB : pejam mata pun boleh buat. jgn tertumpah gula pulak. tersedak dak encem nanti.

nabilah : betul.. bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

hana said...

klu igtkan dulu terpusing2 nak pasang tali kasut..last2 ntah jd apa belasah ajer g skolah! hihihi

Liza @ Adzriel AB said...

hana : ha..ha.. ada problem sama gak ye. takpe.. tali kasut tu perkara kecik aje. dpt juga hana ke sekolah. yg penting apa yg hana telah capai sekarang adalah hasil didikan kesedaran yg mak ayah beri. terima kasih pd guru yg memberi bimbingan serta sokongan mereka yg kita sayangi.

Kujie said...

bab bancuh air tu memang...anak dara sorang tu pun..tiap kali bancuh tiap kali tanya berapa sudu...

selalu suruh dia - rasa...mana boleh cakap berapa sudu sebab bekas teko tu tak sama besar

kena buat baru tau...

Liza @ Adzriel AB said...

Kak Jie : teringat teko masa kecik dulu, mak suruh isi 5 sudu gula. La ni dah pakai jag besar tak larat nak kira 7 sudu. saya suruh isi 1 senduk 3/4. Dah ada standard ni senang..he..he..