iklan

Followers

Pages

Friday, 30 September 2011

Salam sebelum tidur, susah ke?

Bila rasa mengantuk, letak kepala atas bantal lansung terlelap. Korang macam tu ke? Sempat tak baca doa nak tidur dulu atau sekurang-kurangnya baca Bismillah...? Kak Aya pesan "Sebelum tidur mesti baca doa tidur, baca Al Fatihah, Surat Al Ikhlas 3 kali agar tidak didatangi mimpi yang buruk dan bukan-bukan."

Setiap malam aku bacakan doa nak tidur di telinga Arif. Kadang-kadang dia ikut dengan pelat-pelatnya tapi aku pun tak dapat nak dengar apa yang dia sebut. Kalau mood dia tak baik, di suruhnya aku diam "Mama! Iyam!", lepas tu gelak-gelak sambil golek-golek.


Doa nak tidur dan bangun tidur, aku copy dari blog zazanizam.
Ada petua tidur Rasullullah dalam entrynya INI.

Bagi anak-anak yang masih tinggal dengan kedua ibu bapa, eloklah bersalam dulu dengan mereka sebelum melelapkan mata. Begitu juga dengan suami isteri, eloklah bersalam dulu, cium dahi atau cium pipi dulu sebelum lena.

Sentuhan salam walau tanpa ucapan pun sudah memadai sebagai tanda kita hormat dan sayang pada mereka. Apatah lagi disertai dengan ucapan kasih sayang, tentulah lebih bahagia.

Apa rasanya bila masing-masing terus naik katil tanpa melakukan perkara di atas? Rasa kosong? Tiada komunikasi sesama keluarga? Atau lebih parah jika ada yang rasa terabai. Fikir-fikirkanlah. Bukan susah pun nak berubah jika belum pernah amalkan. Jangan bila nakkan sesuatu, barulah nak bermanja-manja macam kucing nak mintak makan...ehhh... ke situ pulak.

11 comments:

khairul asrol said...

terima kasih atas informasi itu .. =)


Tutorial : Cantikkan Kotak Comment Anda

atuk said...

Assalamualaikum Liza

mengantuk sungguh tu..
letak...terus lelap

Wassalam

nick dot anis said...

tq nice entry kak:-)

diana said...

kalau maisara sebelum naik atas katil lepas salam flying kiss dulu untuk ayah dan ibu..
naik atas katil baca doa tidur.lepas tu kena menyanyi2 selawat syifa,kemudian ibu kena cerita tentang cerita puteri2 je..
jenuh kak liza nak tidur..
hahahahah

leyzajamil said...

thanks sbb bagi peringatan mcm ni..nampak simple tapi agak liat utk diamalkan kalau tak biasa buat.

nik rosmawati said...

nice entry :)

nik sebelum tido mmg akan bersalam dan cium pipi suami.tu perkara wajib tiap2 malam :)

mas saari said...

betul tu...selalulah kita amalkan!

pena rozie said...

Tq for info. Dah lame tak menjengah. bayak perubahan

Alisya said...

harus lakukan perubahan ni..

p/s: blog akak sentiasa ada dlm bloglist.. :)

-Sara- said...

takat harini klo nak tido mmg asben kiss dahi sara..n balas blk kiss die..smbil ckp i luv u..hihikk :P

ummiross said...

Alhamdulillah, inilah yang kami sekeluarga amalkan, sebelum tidur dan sebelum keluar rumah..