Arif with Daddy, old picture |
Melihat situasi begini sudah semestinya jari dituding kesalahan pada si anak. Bersikap cuba melepaskan tanggungjawab pada si ayah yang telah pun tua, uzur dan nyanyuk. Dalam Islam sendiri meletakkan kedudukan ibu bapa itu penting selepas solat. Baca 'Berbakti Kepada Ibu Bapa'. Biar apa pun kesalahan ibu bapanya semasa mereka sihat dahulu, ia bukanlah alasan untuk kita bersikap mengabaikannya.
Namun sebagai manusia biasa adakalanya kita mungkin sukar dan sangat sukar melepaskan rasa dendam di hati jika memang benar si ayah pernah bersikap buruk semasa sihatnya dulu. Rasulullah sendiri ada mengajar bagaimana untuk mengatasi rasa marah dalam entry INI. Kuat dan tabahkan hati untuk mengamalkannya kerana itulah yang terbaik pun.
Tetapi jika sebelum ini si ayah telah melakukan tanggungjawabnya dengan baik, memanglah dia benar-benar anak derhaka.
Bagi kita yang telah pun menjadi ibu bapa atau pun bakal menjadi ibu bapa sebaiknya menjadikan kisah ini sebagai ikhtibar dan pengajaran. Jangan kita pantas meletakkan kesalahan penuh pada si anak atas kejadian begini. Sebelum terlambat, didiklah apa yang sepatutnya sebagai dilakukan oleh ibu bapa yang baik.
Aku sendiri punya banyak kelemahan dalam mendidik anak yang 5 orang ini, tetapi bila aku mengingatkan kalian di sini umpama memberi amaran pada diri aku sendiri juga.
Selagi anak-anak kita masih berada di sekeliling kita, apatah lagi yang masih kecil perlulah kita lebih kerap memberikan perhatian. Dekati hati mereka, ambil tahu kesihatan mereka, siapa kawan mereka, sering luangkan masa bersama mereka, ajak mereka ke majlis-majlis ilmu bersama-sama, jadikan tabiat agar mereka bersalam dengan kita sebagai ibu bapa setiap malam sebelum tidur kerana sentuhan salam itu ada aliran kasih sayangnya.
Janganlah dek kerana kesibukan kerja kita selalu acuh tak acuh dengan anak-anak. Sekali-sekala luangkan makan bersama-sama, pergi bercuti bersama-sama dan janganlah terlalu cerewet dengan kesilapan-kesilapan kecil yang kadang mengganggu mood anak-anak.
Letih juga aku kalau semuanya nak anak buat sempurna sedangkan mereka pun dalam proses belajar makan dengan bersih, tersenget memotong kek, pinggan pecah kerana terjatuh, basuh pinggan tanpa kesan kotor atau sabun ada lagi tercalit sikit, minuman yang tiba-tiba tertumpah (orang dewasa pun selalu buat) dan macam-macam lagi yang tak sepatutnya kita marah mereka bagaikan itu kesalahan yang sangat besar.
Luangkan masa baca blog Analisis Hadith Psikologi. Sangat menarik!
Alfatihah buat ayahanda mertua dan ayahandaku tercinta yang telah pergi buat selamanya.
Gambar dari entry 'Jangan abaikan orang tua kita' |
7 comments:
itulah.. macam kita ni dah kehilangan ayah, kalau boleh nak putar balik masa dulu. alangkah indahnya masa itu. Hargailah mereka selagi ada kan kak..
Beruntung bagi mereka yang masih punya ayah disisi mereka.. kan kak.. Qish tak puas bermanja lagi Papa dah pergi secara mengejut.. :'( Kalaulah masa boleh berputar..
Ada baca tadi, mmg sedih. Hargai orang tua kita selagi mereka masih ada kan
mmg sedih...harap2 anak2 kita tak lupa pada kita nanti...amin...
Memang sedih kalau begitu. Al-Fatihah buat arwah ayah & ayah mertua Liza serta arwah bapak akak jua.
Al-fatihah buat mereka yang telah pergi.
Sungguh beruntung buat yang masih ada ibu ayah..:( semasa hayat..appreciate them..berbakti lah selagi mampu.
air susu dibalas air tuba.
Post a Comment