iklan

Followers

Pages

Thursday, 28 July 2011

Kecoh hero-hero aku depan TV



"Gollllll!!!"..... excited gila dah hubby aku dengan 3 orang anak lelaki aku kat depan TV tengok bola di RTM1. Padahal tak gol pun! Dengan Arif yang baru 2 tahun tu pun sibuk menyebut 'gol'.

"Amirullllll.... esok ada ujian Sains kan! Dah study ke belum!", gesa aku pada anak aku yang tingkatan 1, anak kedua.

"Kejaplah mama! Nak tengok ni!", beralasan lagi anak teruna aku tu.

Selalu memang 'kejap' lah jawapan dia. Bila ada bola ni lagilah lama 'sekejap' dia tu.

Anak-anak perempuan semuanya dah masuk bilik diaorang. Asyikin nak tidur sebab sakit kepala katanya. Aishah pulak nak sambung buat homework dia. Bulan puasa nanti dah nak trial PMR.

Malam ni kan Malaysia lawan Singapura di stadium Bukit Jalil. Masing-masing mengharapkan kekalahan kelmarin dapat ditebus. Berlawan di padang sendiri, harap kemenangan menyebelahi pasukan Harimau Malaya.

Esok mesti ramai yang buat entry keputusan bola sepak malam ini.

p/s: He..he.. bunyi macam hubby tak puas hati je dengan game ni! Geram le tu terlepas banyak peluang gol!

6 comments:

Puan Kutu said...

haha en suamipun dok jerit gol!!!aiman dah tertidur..:)

fadhdeela said...

akak x tgk ke??mmg semangat nak tgkk tp 1st game defend main teruk sgt..!! harap 2nd half nie leh bg gol pada malaysia!

Kak Aya said...

kat rumah ni, anak-anak dah tidur, suami tengok sorang2..

Dinas Aldi said...

kaum lelaki (dan ramai kaum wanita juga) sukar dipisahkan dari bola sepak :)

deqlis said...

takde rejeki..

mas saari said...

sama ngan anak2 saya kak! tidur lama sebab nak tengok bola..