iklan

Followers

Pages

Saturday 12 November 2011

Mana satu nak klik ni? Confused!


Canggih mamat ni!..


Lama aku tak BW dan tak up-date sangat entry di blog ni. Sibuk sangat dengan kerja... Sendiri kuli, sendiri supervisor dan sendiri juga manager. Kerja sendirilah tu maknanya. Tak kerja tak berduit le..

Aku sibuk menguruskan blog aku yang satu lagi. Blog yang banyak membantu aku menambah pendapatan sampingan. Sibuklah aku mempromosi telekung dan jamu T.Warisan Anggun di blog Adzrien Shoppe di facebook. Lagi pun memang minat aku pun niaga secara online ni. Ada masa lebih untuk anak-anak.

Tapi niaga online tidaklah semudah yang di sangka. Perlu usaha yang konsisten, Insyaallah adalah ganjarannya. Yang penting jaga etika dan jujur.

Bila musim cuti sekolah dah nak bermula, aku kenalah ambil peluang lebih untuk keluar berjumpa client-client unit trust aku. Bila cuti sekolah, tak perlu nak risau hantar dan ambil anak di sekolah. Jadi masa yang ada tu aku gunakan untuk keluar dengan selesa.

Bila dah sibuk dengan kerja di luar rumah, blog ni agak terabai sikit. Mohon maaf sangat-sangat jika aku tak sempat nak balas kunjungan teman-teman blogger.

Tadi sempat balas lawatan beberapa blog. Terjumpa satu blog yang isinya menarik tapi agak serabut di pandangan mata aku. Aku jadi 'confused' memikirkan yang mana satu entry tuan blog, mana pula entry pautan rakan-rakannya. Tak pasti nak 'klik' yang mana satu.

Font yang digunakan agak kecil. Terlalu banyak iklan di atas, kanan dan bawah (macam blog aku juga ke?). Agak sarat... mungkin perlu di susun semula agar lebih teratur. Aku tinggalkan juga komen dientrynya walaupun agak menyusahkan kerana perlu menaip semula nama, email dan web aku (biasanya aku taip huruf pertama pun akan keluarlah nama penuh, ini tak ada pulak). 'Word verification' pun agak panjang yang perlu taip dua perkataan.

Mengata blog orang..mmm... blog aku ni pun rasa macam serabut je. Nantilah bila free aku edit semula..

1 comment:

alongxp said...

hmmm... mmg menyerabutkan bile jumpe blog camtu,dah byk kali dah terkena camtu.. ada sesetengah yg pkai disqus tu, smp 2-3 kali submit komen xdpt2... pening..pening.. antara sbb sy xtuka2 theme sbb xjumpe yang sesuai, yang xmemeningkan...