iklan

Followers

Pages

Wednesday, 16 March 2011

Trauma bawa sampai ke mati

Terbaca entry geng blogger aku si comel yang dulu ku sangka single rupanya dah berpunya ; Anati Soki atau aku panggil anat je. Agak brutal macam aku juga, tapi aku rasa dia lebih brutal dalam banyak perkara. Tapi ketahuilah hatinya tetap lembut dan feminin sebenarnya. Hanya perlu cuba memahami dan cuba mengenalinya.

Sungguh brutal bila si Anat boleh pulak terlanggar hubbynya dengan kereta. Nasib baik le tak serius! Ngeri aku! Jangan buat lagi Anat.. takut akak dengar.


Anat mengingatkan akak pada kisah bertahun lamanya...tahun 2001, dah 11 tahun yang lalu rasanya. Budak yang menjadi mangsa cuma tua setahun daripada anak aku nombor dua, Amirul yang sekarang sudah pun berusia 13 tahun.

Tragedi berlaku di Kajang di waktu senja yang mula samar-samar. Kalau tak silap aku si ayah baru pulang dari kerja. Si ayah bekerja di syarikat yang sama dengan aku tetapi berbeza jabatan. Aku pun mengenalinya hanya setelah tragedi berlaku.

Ia berlaku bila seperti biasa ayahnya mengundurkan kereta untuk parking di hadapan rumahyang terletak di kawasan kampung.

Sewaktu aku menaip ni pun tiba-tiba terasa sebak di hati. Terbayang-bayang di mata aku bagaimana seorang budak perempuan yang sangat comel, putih melepak dan baru saja berusia 3 tahun tiba-tiba tersepit di antara kereta ayahnya dan dinding rumah. Orang dewasa pun tak mampu menahannya.


Berlari si ibu dari dalam rumah yang ketika itu sibuk melayan si adik bila mendengar jeritan anak sulungnya dan dengan cemas yang amat sangat cuba menolak dan menepuk-nepuk belakang kereta dengan kuat supaya si ayah segera maju ke depan. Aku tiada di tempat kejadian, tetapi seperti dapat membayangkan kekalutan dan rasa cemas itu. Ya Allah! Si anak masih bernyawa namun terkulai dengan darah yang membasahi badannya.

Apakah perasaan si ayah bila melihat anak kesayangan parah kerana dia sendiri yang melanggarnya. Si anak koma berbulan-bulan juga hingga doktor sendiri mengatakan tiada harapan untuk pulih. Namun si ibu dan ayah tidak berputus asa. Segala ikhtiar dilakukannya agar anak kesayangan dapat pulih semula. Kos rawatan sangat tinggi. Kami teman-teman membantu setakat yang terdaya.

Aku sempat melawat si kecil yang malang. Comel, putih dan ikal rambutnya hanya terbaring lesu di katil khas supaya belakangnya tidak menyebabkan panas dan melecet. Gigih si ibu menjaganya yang sudah tentu perlukan perhatian 24 jam. Entah berapa banyak air matanya tumpah. Hati ibu adakalanya ingin bertukar tempat dengan si kecil yang belum mengerti apa-apa.

Silap rupanya jangkaan doktor bila aku lihat anaknya sudah boleh membuka mata tetapi tidak mampu bercakap dan berfikir. Pandangan matanya juga tidak menentu. Hanya si ibu yang mengerti kemahuannya. Makanannya hanyalah susu yang di salurkan melalui tiub dilehernya. Rasa tak sanggup nak melihatnya tapi aku gagahkan jua agar ia menjadi ikhtibar buat aku.


Apa yang berlaku menjadi ingatan yang sangat mengajar aku. Walaupun sememangnya setiap kali anak aku berada di dalam rumah bila nak mengundur kereta, tetapi aku akan pastikan agar pintu tertutup supaya tidak tiba-tiba dia boleh berlari keluar. Aku sangat takut kerana kerenah anak-anak kecil ini adakalanya tidak dapat dijangka.


Dalam tahun 2007 atau 2008 rasanya aku dapat berita mengatakan si ayah meninggal dunia akibat sakit jantung. Semasa tu aku sudah pun berhenti dari kerja di syarikat berkenaan. Mulanya aku sangkakan client aku yang meninggal dunia lalu cepat-cepat aku call kawan aku yang lain.

Alfatihah buatnya, moga Allah sentiasa merahmatinya dan memelihara anak-anak dan isteri yang ditinggalkan.

Semakin hebat dugaan si ibu kerana hilang tempat bergantung dan teman sejiwanya. Aku pun tak tahu apa agaknya nasibnya anak-beranak. Cuma ada yang kata mereka pulang ke kampung. Moga suatu hari aku dapat berjumpa semula.

16 comments:

Puan Kutu said...

terasa nak menitik air mata baca entri nie..touching..

manueng said...

sedih baca cerita ni...harap dijauhkan dr sume tu...amin~

Siti Hajar Masri said...

sedih baca cerita ni..rs nak tahu jugak apa jadi kat diorg skrg ni..kalo ada apa2 inform ye..

Adzriel AB said...

Puan Kutu : kiranya usia budak tu dah 14 tahun. Ibunya masih 30-an.

Adzriel AB said...

manueng : sentiasa teringat.

Adzriel AB said...

Siti Hajar Masri : Insyaallah, akak pastikan share utk semua. anak2 lebih kurang sebaya je..sangat terasa!

starsyeea said...

kak...sedih...:'(

semoga tuhan beri yg terbaik utk mereka yg di dunia dan akhirat juge...

kena hati2 la bawak kete pasni...-__-

Adzriel AB said...

starsyeea : difikir2kan hidup kita ni lebih senang sebenarnya. akak sedih ni. teringat!

ummiross said...

Sedihnya, really...!!sangat tersentuh

Adzriel AB said...

ummiross : kisah benar utk diambil pengajaran.

Hafzan Sarah said...

sedih...

srikandi cinta said...

sedihnya ksah nih.. :'(

kulop ludin said...

tu lea kata orang kalau nak malang...
thanks for sharing...

*teman cukup hati2 taim ngundur sebab dah banyak sangat dengor cete camnie (sedih dengornyea)

Piah Becok said...

rase penah bace kes ni kat sokkaba. memang kesian. sebab tu dinasihatkan rumah kene pasang grill supaya budak2 tak terjun tiruk keluar umah. teringat pulak peristiwa dilanggar mak saya sendiri yang tengah reverse kete masa tengah bukak pagar. sampai skang fobia kete.

Adzriel AB said...

uish... bahaya tu. kalau akak pun boleh fobia.

CNK said...

kak liza, sentap-sentap dada ni baca entri nih. masya-Allah. kesian si ibu. macam2 dugaan dia alami. kekadang bila tgk parents sekarang care-less dgn anak2 buat saya jadi geram. its happen when saya pergi GT Japan baru-baru ni, si anak kecik menangis2 meraung. disebabkan bunyi kereta tengah race, makanya volume budak kecik tu tenggelam dek kuatnya volume racing car tu. si ayah boleh buat bodo je dgn anak dia and si ayah boleh syok je tgk racing car tu smpi terteleng2 kepala dia. i was feel like nak tumbok je muka bapak dia tu, sbb langsung x kasihan si anak. why not dia pujuk anak dia bwk keluar dari seat yang rimas dan panas tu instead of layan nafsu sendiri je. haih... - CNK -