iklan

Followers

Pages

Wednesday, 7 September 2011

Aksi terlampau seorang posmen

Aduhai! Tergelak aku pagi-pagi ni tengok aksi mat rempit ni. Posmen tu!

Ini mesti gara-gara nak release tension sebab banyak benar kad raya yang nak dihantar. Jangan ingat zaman-zaman internet ni tak banyak kad raya yang dihantar.

Kebanyakan mereka yang berniaga mahupun kerja berkaitan dengan jualan seperti insuran dan unit amanah seperti aku ni memang sering mengirimkan kad-kad raya kepada 'client' masing-masing. Sekali pos je dekat ratus keping jugalah. Aku hantar 20 keping je! Tak larat nak pos banyak-banyak... tak larat nak menulis.

Yang hebatnya posmen yang merempit ni lagi hebat rasanya sebab merempit sambil bawa beban surat-surat di belakang. Tak sama macam mat rempit biasa. Dari segi kiraan fizik tentang berat, sudut posisi memang kena ada skil lebih.. Eh! Ke situ pulak aku.

Aku harap dia hentikanlah tabiat ni. Kalau jatuh dah tentu tercedera dan lagi parah kalau patah riuk atau hilang nyawa. Dah tu pulak tentu surat-surat bakal berterabur dan kalau ada yang rosak, kan dapat dosa percuma pada tuan punya surat kerana tak menunaikan amanah dengan baik.

Saksikan...


4 comments:

Muhammad Izuan said...

haha. takda maknanya tension anta kad raya. org tak pakai sgt dah surat2 nih...

Dr K said...

Gila punya posmen. Boleh aja nak report, ambik no plet motor tu, gi kat Pejabat Pos.

ps: eh, Liza jual insurance ke? Insurance apa?

Zura said...

hehehe..
agaknya dia nak lepas gian seminggu x dapat merempit kot kak... ish x patut...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

sunngguh efisen beliau bekerja kan.. nak cepat setelkan kerja la tu :)