iklan

Followers

Pages

Friday, 30 September 2011

Majlis Hari Raya Sapura Industries


Siapa nak aiskrim? Suka benor Arif makan aiskrim. Sabtu lepas (24 September 2011), ada majlis sambutan Hari Raya di tempat kerja hubby aku. Boleh dikatakan setiap tahun ianya di sambut. Memang selalunya meriah sangatlah dengan pelbagai juadah dan persembahan nasyid yang di sediakan.

Ramainya penyambut tetamu, penat nak bersalam.
Hubby berdiri depan kipas besar... berangin sikit katanya. Pandai le..

Mereka sering meraikan penghuni rumah anak yatim yang berdekatan untuk sama-sama menyambutnya. Khemah-khemah didirikan sepanjang ruang parking di depan kilang. Semua ahli keluarga pekerja, para pelanggan dan pembekal syarikat akan di jemput hadir.

Kanak-kanaklah paling suka bila sampai je dah dapat duit raya di pintu masuk. Mak bapak tak dapat le.

Mewah dengan makanan yang boleh diambil sendiri di gerai-gerai yang disediakan. Konsep gerai je, bukan kena bayar pun...he..he.. Pilihlah nak makan apa pun, macam-macam ada. Kambing golek, kebab, nasi kerabu, nugget atau sosej, laksa, mee kungfu, nasi beriani, cendol dan banyak lagilah.

Semuanya boleh di ambil dari gerai-gerai yang berbeza-beza pembekalnya. Para peniaga sendiri yang akan menjaga gerai tersebut. Konsep yang memberi peluang kepada ramai peniaga juga.

Tahun ni lebih ramai tetamu yang hadir berbanding tahun-tahun yang lepas. Tak tahulah kenapa ye? Hubby kata ramai sebab banyak makanan yang habis tahun ni. Ramai ke atau lebih kuat makan? He..he..


Sempat juga aku curi bergambar dengan blogger jeBateja dan isterinya pemilik blog Gula Hangus. Wah..sedondon warna hijau ye! Aku pakai warna purple dengan hubbyku yang pemalu nak keluar blog.



Aku tak jumpa pemilik blog Sihat Anggun yang juga orang kuat bagi WanitaMelayu.com. Manalah dia menyorok gamaknya. Kalau nak cari tu boleh aje, aku yang terlupa nak call dia.

5 comments:

Amie said...

sedapnya Arif makan aiskrim.... habis ke tu? minta cikitttt boleehhhh....

Hanis Azla said...

bestnya makan2.. klu ajak boleh gak join.. he..he.. wah, cantik wajah baru blog k.liza ni.. nampak bersih...

Zura said...

bestnya ada majlis mcm ni kan... bagus sapura boss dia x kedekut...

Dinas Aldi said...

Comelnya muka Arif penuh harapan makan eskrim tuh! Masa majlis gini dapat jumpa kawan2 :)

jeBateja said...

waka...waka....jahat betul muka budak baju hijo tu....ahakz