Bila dah rosak, peluanglah nak tukar meja makan baru...yahooo! He..he.. geram pulak hubby aku baca entry ni nanti. Aku tau kadang-kadang dia spot check juga blog aku. Tak kisah pun, bukan buat salah apa pun kan.
Semalam sampai juga meja makan baru tapi lama. Maksud aku baru beli tapi yang lama atau second hand. Aku tak kisah dengan beli barang second hand asalkan ianya elok dan cantik lagi. Tengok saja kereta Kelisa aku yang beli second hand sejak tahun 2003 hingga kini jarang sangat buat hal. Cuma servis yang biasa-biasa dan wajib aje. Ada juga ragamnya di SINI.
Gambar meja ni aku ambil dari mudah.my. Maknanya hubby beli melalui http://www.mudah.my lah. Sekarang meja ni sudah pun berada di ruang makan rumah aku. 'Solid wood dining table' memang berat juga. Korang rasa kalau beli baru ni berapalah agaknya harga set ni? Hubby kata lebih dari RM1000 juga.
Inilah harga dan saiz yang telah pemiliknya iklankan :
Solid wood dining table (5'6" x 3'0") cum 6 dining chairs.
Separuh harga tu dan keadaan setnya masih elok. Kena pandai dan rajin mencari dalam mudah.my tu. Rata-rata yang hubby tengok untuk mendapatkan meja dengan kualiti yang hampir sama memang dalam lingkungan harga RM800 ke RM1500. Rezeki kami dapat yang ini.
Kenalah pandai menawar harga pula dengan si penjual. Kalau dapat diskaun RM10 pun lepas juga duit minyak pergi balik ke tempat kerja untuk sehari dua ; kereta kecil macam aku la. Makan seorang pun kenyang juga tu. Tak pastilah berapa pula diskaun yang hubby dapat.
Ini antara cara hubby aku berbelanja untuk set sofa, meja study anak dan pernah juga dia beli kamera kecil. Padan pula dengan aku sendiri yang tak kisah sangat. Mungkin sebab kami sama-sama berasal dari keluarga yang susah semasa kecil dulu. Maka setiap sen yang dikeluarkan tu terasa sangat berharga. Tapi janganlah sampai jadi kedekut dan bakhil pula.
Tapi kalau kami ni mewah dengan duit mungkin juga terus ke kedai cari set yang baru dan lain canggih design serta kualitinya. Terpulang pada duit dan citarasa masing-masing. Asal bahagia orang kata.
Teringat dengan kisah kawan aku yang katanya ada kawan yang beli katil besar dengan harga mencecah RM24K. Lengkap dengan mesin urut dan sebagainya. Berganda mahalnya daripada kereta Kelisa aku. Alhamdulillah! Murah rezeki dia nak berbelanja selagi ada kemampuan.
Cuba-cubalah jenguk mudah.my kalau teringin mencari barang. Macam-macam ada kat situ. Mungkin dapat murah kerana kadang-kadang kita dapat beli dari pemiliknya terus. Manalah tahu banyak pula jimat duit korang dari yang dijangkakan.
Aku bercerita sekadar ingin berkongsi tips dan pengalaman. Mudah.my tak bayar pun iklan aku ni..he..he.. Ok selamat berbelanja dengan berhemah.
p/s : anak-anak kata "selesa sikit mama dapat meja dah besar sikit"...Alhamdulillah! Berterima kasihlah kat ayah korang tu, belajar rajin-rajin.
6 comments:
Assalamualaikum Liza
meja besar, menu kena banyak sikit..he he
saya pernah jual kereta melalui mudah.com...1 hari ajer dah selesai
Wassalam
wahhhhhhh cantik lagi meja tu kak liza mmg berbaloi2.. saya pun skrg tengah carik mesin threadmill kat mudah.com harap2 dpt le yg ok2 mcm yg kak liza dapat ni hehe
kira murah sgt lah tu sebab kayu solid...bolehlah nnati nk singgah kat mudah.com
Kalau boleh berjimat, baik kita berjimat kan. Cantik nampak meja tu, tak nampak macam 2nd hand pun, berkilau ja :)
betul tu kak, cari barang kat mudah memang berbaloi! kita kena rajin cari..
sama la kita kak liza :)
wani pon baru 2-3 minggu lepas rembat meja makan baru tapi lama kat mudah....
Post a Comment