iklan

Followers

Pages

Saturday, 17 September 2011

Tak elok marah dan garang sangat

Tahun 1990, aku berada dalam tingkatan 5. Dah jadi super seniorlah di asrama tu sebab tiada form 6 kat situ. Maknanya semua junior kenalah hormat kat seniorkan. Kononnyalahkan! Terpaksa hormat adalah walau ada yang menyakitkan hati. Adatlah tinggal di asrama, macam-macam perangai.

Kebanyakan junior takut sikit nak menegur aku sebab muka aku nampak garang. Bercakap pun agak kasar juga dan cepat marah. Marah bila ada yang mengganggu je. Tapi aku tak suka buli orang, malas! Mereka takut juga sebab aku jenis yang kadang buat tak tahu dan tak ambil peduli. Hanya yang rapat dengan aku aje yang mesra.

Kalau di kalangan kawan-kawan sebaya aku memang jenis suka nak bergurau. Suka ketawa walau lawak kawan aku tu sikit je pun. Apasal entah...

Sifat aku tu menyebabkan ramai junior-junior yang baru masuk tingkatan satu tahun 1990 tu tak dapat tanda tangan dari aku. Bukan sebab aku sengaja tak bagi tapi mereka tak dapat cari aku. Nak bertanya aku, depa takut. Mereka tak dapat cari sebab nama yang tertulis di dalam kertas mereka adalah nama penuh aku dan jauh bunyinya dengan nama panggilan aku.

Kalau depa tanya bukan aku nak marah pun. Biasanya yang paling takut dengan aku tulah yang jadi paling rapat dengan aku. Lepas tu siap boleh gurau-gurau gila-gila lagi.

Itu semua dulu masa zaman darah muda. Dah tua-tua ni takkanlah tak insaf lagi. Adalah sikit kadang-kadang marahkan anak-anak. Suhu panas tu dah turun ke mulut yang peramah sangat.

Adalah juga junior yang kata "Kak Liza sekarang ni lainlah, peramah sangat!". Mana-mana kawan-kawan rapat tu memang tak heran pun sebab itulah perangai aku masa dengan diaorang dulu. Junior yang menegur tu kurang biasa dengan aku dulu.

Memang aku tak suka sikap buruk aku yang cepat marah tu. Maka sejak aku remaja lagi memang selalu terdetik ingin berubah. Agak sukar mengikisnya kerana terlalu sebati dalam diri.

Mungkin aku anak keempat dari lima beradik antara penyebabnya. Dapat adik pun masa aku dah berumur 8 tahun. Lama sangat bermanja dan adik-beradik lain terpaksa beralah dengan aku sebab aku adik. Itu yang macam naik lemak aje kot.

Mak pulak suka berleter, ikutlah tu. Mana tak berleter, perangai canggih mengalahkan budak lelaki. Mandi paya dengan abang aku. Boleh pulak join main bola sepak dengan abang aku dan kawan-kawan dia depan rumah. Selalu meloloskan diri dari mak aku seawal 4 petang semata-mata nak main lompat getah, baling tin atau galah panjang dengan anak-anak jiran. Suka sangat memanjat pokok rambutan, mempelam dan belimbing (bisnes pertama aku tu!).

Bila aku keluar dari alam persekolahan, proses cuba mengubah diri menjadi lebih sabar bermula. Bekerja sementara yang memerlukan aku berdepan dengan pelanggan kenalah sabarkan! Banyaklah tempat kerja aku yang mengajar aku. Boleh tengok sejarahnya kat SINI. Apa nama sebenar aku yang junior aku cari dulu pun ada kat entry tu.

Sejak aku mula melibatkan diri dalam Unit Amanah pada awal Januari 2006, banyak perkara yang aku belajar lebih lagi tentang sifat merendah diri. Semuanya aku dapat dari seminar-seminar dan kelas-kelas anjuran syarikat.

Terima kasih sangat-sangat pada cikgu disiplin semasa aku darjah 6 dulu iaitu Cikgu Latifei. Banyak nasihat dan tunjuk ajar yang dia berikan pada aku secara bersemuka. Umpama seorang bapa menasihatkan anaknya dengan penuh diplomasi.

Seorang guru yang dihormati dan disayangi oleh ramai murid termasuk kakak, adik dan abang aku. Hingga kini pun beliau masih memenuhi jemputan kenduri kahwin masyarakat Jengka 16 jika berkesempatan walaupun telah lama berpindah ke Seremban. Dihormati oleh para ibu bapa juga atas curahan jasanya selama berkhidmat di sana.

Minggu lepas pun aku ada berhari-raya ke rumah teman seasrama dan sama sekolah juga di Puchong. Sekali lagi aku luahkan rasa terima kasih aku padanya yang pernah menegur aku agar tidak mementingkan diri sendiri. Dia sendiri tak menyangka aku ingat kata-katanya.

Hubbylah yang paling banyak menegur aku agar sentiasa bersabar dan belajar memaafkan orang lain. Setiap kali dia nak outstation "Mama jangan cepat marah dengan anak-anak ye! Banyak-banyak bersabar!". Macam biasa aku angguk je walau terkadang terlepas juga kemarahan aku.

Walaubagaimana pun anak sulung kata "Mama marah tak pe! Sekejap je sebab tak berleter panjang!". Aku tak suka dileter panjang, itu yang cuba tidak berleter panjang-panjang dengan anak-anak walau pun dengan nada yang tak marah. Sakit telinga juga dengar orang bagi nasihat berjela-jela secara satu hala ni ; kita tak boleh bersuara dan beri pendapat lansung. Tak diplomasilah orang kata.

Tapi aku memang berleter kalau cakap aku yang pendek tadi tak diambil peduli. Anak-anaklah yang selalu kena, takkan hubby pulakkan. "Mama cakap sikit tak nak dengar dan tak nak buat! Memang saja nak suruh mama berleter. Kalau rasa tak nak mama berleter, tolong buat segera!" garang je bunyi ayatnya. Cuba baca dengan tone yang berbeza ye sama ada nada tinggi atau lembut dan penuh kasih sayang. Kesannya berbeza ye!..he..he..!

6 comments:

ayu jamal said...

darah muda..banyak gelora..ha ha

Unknown said...

akak..kami baaru kenal akak hari ni..takot jugak tapi akak dah tak garang or nampak garang dah..legaa..hehe

jom bacaIt will look better in the morning,TERSEREMPAK NUFFNANG DAPAT 3 BE free

nur said...

Wah.. Senior garang rupenye..;).. Tu la jgn judge buku dari kulitnya kan.
Betul tu, kita perlu byk bsabar dlm mengurangkan nafsu marah.. Insha Allah sama2 mperbaiki diri kita semua..

Dinas Aldi said...

Akak pun takut dengan orang yg nampak garang. Padahal bila kita dah kenal orang tu, tak garang pun, ok ja orangnya :)

puanbee said...

baca dengan tone rendah , sebab saya pun begitu ..dengan anak2 nih tak boleh tidak kena juga berleter .. berleter = cakap ulang2 ..bukan marah 1 hehehe

zahidah seran said...

dulu ade senior kolej garang gile.semua junior takut gile.tapi boleh kamcing dengan saya yang pendiam dan "nampak baik hati" nih..hehehe...