iklan

Followers

Pages

Monday, 26 September 2011

Anak bertanya istilah 18SX, pening mama nak jelaskan!

"Mama! Urut batin tu apa?" tanya Asyikin,11 pada aku.

Alamak! Soalan tak best dari anak aku pagi-pagi. Tajuk utama Harian Metro hari ini 'Waris lorong hitam' dengan ringkasannya 'Ibu ajar dua anak urut batin, jual tubuh'.

Maka dengan selambanya aku jawap "Ala.. urut macam Naruto buat tu!" dengan menunjukkan gaya tangan sekali macam ni :

Anak aku sengih je! Fahamlah mama dia malas nak menjawap tu.

Memang tak larat nak menjawap soalan-soalan anak-anak tentang perkataan-perkataan yang mereka tak faham di surat khabar mahu pun di TV. Tak larat nak jawap bila perkataan-perkataan yang ditanya tu ada unsur-unsur 18sx.

Malas aku nak menyebut contoh perkataan-perkataan tu kat sini. Bila dengar berita di TV tu macam-macam perkataan yang tak sesuai sangat didengar oleh anak-anak kecil. Tapi apa pilihan yang ada? Tutup TV, jangan beli surat khabar?

Ada juga yang suka menyebut perkataan-perkataan 18sx ni di depan anak-anak kecil. Jadi kebiasaan pula pada lidahnya menyebut-nyebutnya setiap hari. Kadang-kadang bukan sebab melatah pun, tapi menjadi istilah harian. Menjadi rutin dalam perbualan bersama teman-teman pula.

Pasang-pasanglah telinga jika terdengar anak-anak kita menyebut perkataan seumpama ini. Elok di terangkan dengan penerangan yang sesuai dengan umurnya. Kalau aku nak juga cari sumber di mana perkataan tu dia dengar. Setakat ni anak-anak akan tanya aku jika mereka tak faham. Biasanya mereka tak ulang menyebut jika aku kata perkataan tu tak manis disebut.

Hentikanlah sikap suka menyebut-nyebut perkataan lucah bila berbual atau marah. Orang lain tak suka mendengarnya dan merendahkan maruah kita sendiri juga sebenarnya.

7 comments:

syiela said...

syiela pun bila anak bertanya mula la tergagau2 jawapan... kdg2 tak tau nak jawab mcm mna

rafina mimi abdullah said...

biasalah budak2 semua benda dia nak ambil tahu :)

Faez Rusni said...

nsebla saye tak tnye mak saye soalan macm tu..hee~

mas saari said...

tulah kak, anak2 sekarang banyak didedahkan dengan unsur2 18sx...risau jugak saya!

kalau anak saya bertanya saya akan jawap sebaik mungkin supaya dia faham dan tidak keliru!

FadhDeela said...

media xyah la nak sebut bnda2 mcm tu..kan parent dah xtau nak jwp ape kalo anak2 tnye..aduii

Unknown said...

besar pengaruhnya terhadap anak-anak..

Si Matatajam said...

Jejalan singgah sini...pening kepala nk jawab tu -.-'