iklan

Followers

Pages

Friday, 16 September 2011

Tawaran buat blog, bolehkah aku?

Lama aku tak buat blog walking. Blog Diana dan Ben Ashaari yang selalu aku jenguk hari-hari pun dah hampir seminggu aku lupakan. Teruk sangatkah sibuknya. Bukan teruk sangat, cuma aku je yang agak perlahan buat kerja.

Aku masih lagi memantau blog Beauty Farmasi yang rasanya dah 90% entry telah aku masukkan. Tiada keluhan kerana aku buat dengan rela hati demi kakak tersayang. Kakak yang banyak berkorban demi adik-adiknya. Entry aku leleh air mata kerananya kat SINI. Aku rasa puas jika dapat bantu dia.

Wow! Dia sampai nak bayar sebab buatkan blog tu. Maklumlahkan, rasa teruja juga kerana aku masih lagi merangkak-rangkak nak menghasilkan satu blog yang jauh dari bagus. Apa pun aku akan cuba terus belajar selagi rajin..he..he..

Nampaknya aku memang kena belajar lebih lagi tentang cara-cara nak buat website ni. Macam lari je dari bidang kerja aku sekarang ye, Unit Amanah. Dah minat aku pada program-program macam ni. Apasallah tak ambil jurusan Teknologi Komputer masa di POLISAS dulukan. Masa tu aku belajar Elektronik Perhubungan. Memang lainlah.

Kena belajar le sebab baru-baru ni ada tawaran menyiapkan blog dari seorang Datin yang juga kaunselor yang sering menulis di halaman kaunseling remaja setiap hari Isnin di Harian Metro. Terkedu aku mendengar tawarannya. Tak berani aku nak meletak harga dek kerana ilmu yang sangat nipis ni.

Ada pula yang minta aku buatkan satu web site untuk syarikatnya. Ada domain sendiri dan perniagaan melibatkan urusan antarabangsa juga. Garu kepala aku kejap! Cabaran ni! Tapi kakak aku bagi semangat, "buat duit sambilan ni Liza". Kepuasan pelanggan kenalah jaga, itu tanggungjawap yang perlu dijaga.

Lain kali aku share info bila aku siap buat blog mereka.

Semalam adalah juga aku bantu touch-up sikit blog Ibu Nora agar mesra pelawat sikit mengikut citarasanya. Yang mudah-mudah tu bolehlah aku tolong juga. Terkejut juga aku bila mendadak bilangan page viewnya naik semalam hingga mencecah seribu lebih dari tiga ratus lebih je sebelum tu. Kata-kata Ibu Nora sungguh puitis hingga selalu juga aku copy paste di Bicara Ibu Nora.

Inilah blog Ibu Nora setelah digoda-goda oleh aku dan teman-teman facebook agar buka satu blog sebagai koleksi kata-katanya yang puitis itu : Mencari Kemanisan Iman.

Banyak idea nak bercerita tapi tak sempat nak luahkan di sini. Jadi selalu jugalah aku menaip kata kuncinya di handphone aku dulu. Takut terlupa. Ada juga pen dan buku nota kecil dalam handbag.

Pagi ni pula agak leka aku membaca entry-entry menarik dan pelik di blog akak ; Akak di sebalik pintu. Apahal asyik menyorok-nyorok belakang pintu ni? Intai siapa tu? Memang leka pun, lepas satu dan satu pula entrynya aku baca. Boleh tak siap kerja lain pulak dek kerana seronok membaca.

6 comments:

sitiezahim said...

wah semakin maju kak liza..gut gemacht! (bagus hehe)

Kak Aya said...

wahhhh dasat tu, dapat tawaran buat blog....saya hanya mampu bina utk diri sendiri je.

Muhammad Izuan said...

tahniah2. ckp pasal design blog baru ni, sy pun ada blog baru. dah lama sbnrnya tp tatau nak sumbat apa. http://izuantahrim.blogspot.com/

Lulu Caldina said...

kak liza :)

Ibu Muda 30series said...

mantappp la kak liza...

wani yg mmg lam bidang ni pon tak de buat biz buat web ke apa...haha....

malas sungguh...minat ku ke lain :p

Unknown said...

tahniah kak liza..terbaik la.memang rezeki kak liza..

jom baca TERSEREMPAK NUFFNANG DAPAT 3 BE free