iklan

Followers

Pages

Tuesday, 6 September 2011

Bunga yang cantik mekar kerana disayangi


Orang kata nak dapat anak atau zuriat yang baik bukannya bermula dari si kecil dilahirkan atau pun setelah dia pandai berkata-kata tetapi sejak awal mencari jodoh lagi. Maka kenalah cari pasangan yang baik dan sepadan dengan ciri-ciri yang diidamkan agar diwarisi oleh si anak.

Bukanlah benar 100% jika pasangan kita yang ada sekarang terdapat kekurangan dari segi ugama, budi bahasa, ilmu mahu pun harta akan menghasilkan anak yang begitu juga. Ada juga yang kedua ibu bapanya jahil dan jahat tapi dapat anak yang baik dan soleh. Begitu juga biasa kita dengar bapanya tok imam, ibunya ustazah tetapi sifat anaknya pula sangat berlawanan.

Sudah menjadi sifat semulajadi jika kita inginkan hasil pokok yang subur kenalah memilih benih atau anak pokok yang baik juga. Itu usaha kita yang pertama untuk menuju matlamat pokok yang sihat, buah yang lebat atau bunga yang cantik mekar.

Kemudian perlulah kita baja, siram dan menjaga persekitaran pokok seperti membersihkan rumput sekitarnya, suhu dan pancaran matahari yang sesuai untuknya.

Semuanya saling berkaitan kerana jika terkurang satu perkara, dikhuatiri keadaan luar di sekitarnya akan mempengaruhi pertumbuhannya. Lainlah kalau sememangnya ia berada di lokasi yang sesuai dengan suhu dan pancaran matahari, mendapat baja dan air yang semulajadi dan mencukupi. Insyaallah sihatlah ia.

Begitulah ia terus subur bila dijaga dengan baik.

Perumpamaan kita sebagai manusia juga hampir sama. Usaha pertama dengan pasangan yang sesuai seperti apa yang kita idamkan. Permulaan menyemai benih juga ada tertibnya. Mendodoikan si kecil dengan ayat-ayat yang baik dan sifat si ibu dan ayah ketika bayi dalam kandungan turut mempengaruhi si kecil. Sebab itu kita sering mendengar "ayah atau ibunya macam tulah masa kecil dulu".

Seterusnya bila bayi dilahirkan dan dibesarkan mengikut tertib dan panduan yang segalanya lengkap dalam Islam. Jika inginkan yang terbaik, amalkan segala nasihat dan tunjuk ajar yang telah Allah berikan. Begitu juga mengikuti pesanan Nabi Muhammad s.a.w.

Maksudnya jika inginkan yang terbaik, kenalah berusaha ke arah itu. Selebihnya bertawakal saja pada Allah. Perlu dibaja dengan ilmu agama yang sangat luas, indah dan segala sifat-sifat yang baik. Islam itu sendiri meliputi segala ilmu kerohanian dan jasmani. Menyiramnya selalu agar sentiasa subur di hati anak-anak dengan mengulangi dengan penuh berhemah dan kasih sayang.

Setiap ilmu diajar berperingkat-peringkat mengikut umur. Ada pendekatan yang sesuai pula. Bertuahlah jika kita berada dalam kelompok masyarakat yang baik juga. itu yang dikatakan persekitaran, suhu dan pancaran matahari yang sesuai. Masyarakat yang baik juga mampu mempengaruhi pertumbuhan anak-anak malah ibu bapa juga.

Teori pendidikan telah lengkap dalam Islam. Hanya tinggal kita sebagai orang dewasa yang perlu mempraktikkannya. Bukanlah mudah juga jika sifat kita sendiri telah terbiasa dengan cepat marah, kurang sabar, kurang ilmu ugama dan jahil. Maka usahalah yang perlu dipertingkatkan untuk kita sama-sama turut mempelajari segala ilmu dan amal dan baik dan memperbaikinya setiap hari. Kemudian di salur pula segalanya kepada anak-anak.

Jika perjalanan hidup kita yang lalu tidak bermula dengan baik ia bukanlah bermakna kita tidak mampu berubah sekarang. Kita boleh menghentikan keburukan itu dan berazam menggantikan dengan perkara yang baik pula sekarang. Tiada istilah terlewat untuk melakukan kebaikan daripada kita terus hanyut dengan arus kejahatan hingga akhir hayat.

6 comments:

Anisa Hang Tuah said...

penerapan ilmu islam kepada anak2 dari bayi begitu penting

Muhaimin said...

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, nak seribu daya tak nak seribu dalih.. :)

Dr K said...

Betul, anak anak itu dibentuk sejak awal lagi, dari stage memilih pasangan..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

betol tu kak.. jika kehidupan kita xbermula dengan suatu yang baik.. ini tidak bermakana selamany2 kita xbaik kan.. masih berpeluang untuk memperbaiki keadaan

Zura said...

didikan dari ibupapa yang penting...parents tak boleh memaksa anak2 tapi perlu membentuk peribadi anak dengan cara yang berhemah...kalau dipaksa mungkin anak2 akan terima dengan tidak ikhlas...

Hanis Azla said...

bukan semua orang dilahirkan hebat.. tp semua orang boleh berusaha utk jd hebat hasil didikan yg betul..