iklan

Followers

Pages

Tuesday, 17 April 2012

Balik tusyen nanti tumpang je lah sapa-sapa pun!

Ini kes anak-anak pergi tusyen anjuran pihak sekolah rendah pada hari Sabtu lepas. Kes terjadi pada rakan aku yang anaknya juga sebaya dengan anak aku.

Semasa dia mengambil anaknya pulang tusyen, rakan anaknya ingin menumpang untuk pulang ke rumah. Bukanlah menjadi masalah pun baginya untuk tumpangkan rakan anaknya itu. Sekali-sekala membantu pun dapat juga pahalanya.

Cuma dia rasa terkilan, geram dan hairan bila rakan anaknya kata ibu ayahnya pesan supaya tumpanglah sesiapa untuk pulang selepas habis tusyen. Biasalah pada hari Sabtu jarang sangat ada van sekolah yang bertugas.

Jika ibu bapanya benar-benar tak dapat nak ambil anaknya itu tak mengapa tetapi sebaik sampai di depan pagar rumah, kereta bapa budak tu ada je elok parking di rumah. Rakan aku ni saja nak melihat sama ada ibu bapa budak tu ada atau tidak maka dihantarnya budak tu terus ke pintu sambil memberi salam.

Wah... bapa budak tu sedang bersantai menonton TV. Seronoknya begitu tanpa perlu risau nak ambil anak balik tusyen atau tidak sebab mengharapkan orang lain yang akan hantar anaknya pulang. Rakan aku tak kata apa-apalah, sekadar senyum dan berlalu.

Dalam hatinya terasa benar-benar hairan. Tak rasa risaukah si bapa dengan keselamatan anak daranya? Kejadian menculik kerap berlaku di kalangan budak-budak sekolah. Jika salah tumpang, mungkin boleh hilang anaknya. Jika berjalan kaki seorang diri dan jauh pula tu, khuatir ditarik orang jahat dan bawa lari.

Bila dah hilang barulah nak menyesal dan nak menangis. Anak yang hilang sudah tentu ketakutan. Belum lagi kesakitan yang mungkin terpaksa diharungi andai didera atau dibunuh. Kita hanya merasa kesakitan di hati serta kesedihan akibat kehilangan anak atas kelalaian kita sendiri.

Pantau-pantaulah anak-anak kita. Alangkah yang kita perhatikan sangat pun boleh hilang, inikan pula yang dibiar-biarkan. Dengan senang hati saja si penculik melaksanakan misinya.

2 comments:

Irfa said...

SENANG SUNGGUH BELA ANAK MACAM TU..
LAIN LA KALAU ADA HAL YG X BOLEH DI ELAKKAN

sud@is said...

ibu bapa kena lebih perihatin pada dunia hari ni macam2 boleh jadi.....