Ini kata-kata ibu bapa yang risau dan perihatin dengan keselamatan anak-anak mereka di jalan raya hadapan sekolah di Bandar Seri Putra (tempat tinggal aku) dan juga Bukit Mahkota, Kajang.
Aku buat print screen dari link INI.
"dekat sekolah rendah kita pun sama... pelajar patuhi lampu isyarat, sesetengah mak ayahlah pulak main langgar je. jadi contoh tak baik untuk anak2.
Betul tu puan norian, dah banyak kali juga nampak.....cuma geleng kepala je lah. tapi insiden pagi tadi kat depan sekolah menengah buat hati jadi mendidih. tu belum nak nak cerita insiden 3 minggu lepas kat traffic light KUIS.....punye lah laju sebijik proton waja ni langgar lampu isyarat merah..muka macam bagus je tak bersalah....dia bawak anak skolah kita pun bawak anak skolah......tu jenis parents tak sayang nyawa anak sendiri. alhamdulillah juga tak rempuh kereta saya. terima kasih kerana prihatin.
prime time masa tu (0700-0730) sbb nak antar anak gi sekolah, nak kejar punch card lagi. cuba time cuti. lengang jer heheheh
:) kalau keselamatan bersama (terutama anak2 sekolah) diletak sebagai first priority....Insya Allah waktu prime time tak akan jadi alasan. Sekurang-kurangnya, kalau dah tak sabo bebeno nak pecut, bila dah dekat area skolah tu slow down la kereta tu sikit. Kalau ada budak sekolah yang melambung kene langgar kereta (nau'zubillah)...kan dah lain ceritanya tu.....nak pegi balai polis lagi...nak kejar ke hospital lagi...nak ziarah keluarga mangsa lagi....nak apply cuti kerja lagi sebab stress....masa tu baru lah nak menyesal menangis sampai keluar air hidung."
Itu forum bulan January 2012, tapi semalam 6 April 2012 antara pukul 12.50 ke 1.00 tengahari, inilah yang berlaku betul-betul di hadapan Sekolah Menengah Bandar Seri Putra, Kajang.
Aku dalam perjalanan balik ke rumah, baru ambil anak sulung dari Bandar baru Bangi. Ternampak ramai yang berkumpul, seperti ada kemalangan. Selalunya aku tak suka nak menyibukkan diri menambah kesesakan jalan raya. Tapi kejadian berlaku di depan sekolah tempat anak kedua aku belajar, aku berhenti di bahu jalan dan bergegas ke sana nak melihat sama.
Dalam hati hanya berfikir "terukkah dia?, kenalkah aku dengannya, anak kawan akukah itu? Ya Allah! Janganlah kemalangan yang serius!", takut aku!
Semasa aku tiba, tiada respon dari budak ni. Risaunya! Pengsankah dia? Kemudian dia tersedar, menjerit kesakitan. Tangannya sakit sangat. "Kenapa kaki saya tak boleh bergerak? Tangan saya berdarah!", tangisnya lagi.
Sayu hati aku, teringat anak lelaki aku yang pernah menjerit kerana sakit betisnya akibat simpul biawak. Memang kuat jeritnya anak aku waktu tu, ada aku ceritakan dalam entry 'Biawak dan mengkarung bersimpul'. Begitu jugalah dengan pelajar ini yang menjerit kesakitan.
Aku cuba menyentuh kepalanya, orang semakin ramai. Tapi tiada siapa yang berani membantu mengangkatnya kerana khuatir kakinya patah. Nyaris juga dia dapat mengangkat kepalanya, bermakna tiada kecedaraan dalaman di kepalanya, cuma sedikit calar di dahi dan pipi.
Susah juga aku nak merungkaikan tali beg dari badannya. Nyaris lelaki dewasa di sebelah aku membantu. Rupanya dialah yang melanggar pelajar ini. Tak tahulah aku apa yang sedang dia fikirkan.. kesal, sedih? Aku tak bertanya apa-apa pun. Orang yang berada di sekeliling aku pun tak berapa nak bertanya. Tidak mahu mengeruhkan keadaan walau hati mungkin juga kesal.
Ada yang menelefon ambulan. Guru-guru wanita yang masih ada di sekolah turut bergegas keluar melihat. Bagusnya dia dapat mengingat nombor telefon ibunya. Maka ada guru yang dapat memberitahu ibunya yang katanya bekerja di Bandar Baru Bangi. Cikgu berbaju kurung pink, lupa nak tengok nama.
Inilah kereta yang melanggarnya. Retak cermin di bahagian pemandu, kemek di bahagian hadapan dan pletnya pecah. Korang agak sendirilah berapa kelajuannya dan daya hentaman ke atas seorang pelajar tingkatan 1, Fahmi namanya yang tentu badannya tidak sekeras tin susu. Inikan pula di hentam sebuah kereta.
Untuk makluman kalian, beberapa meter saja di belakang ada lampu isyarat khas untuk pelajar-pelajar sekolah melintas. Pemandu van sekolah anak aku kata kejadian berlaku antara pukul 12.50 ke 1.00 tengahari. Memang waktu sedang puncak pelajar-pelajar ini keluar sekolah pada hari Jumaat seawal 12.30 tengahari. Penduduk di sekitar juga sedang sibuk nak berkejar untuk solat Jumaat ke KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor). Ini adalah laluan utama keluar masuk ke Bandar Seri Putra.
Bermakna semasa aku tiba, ianya mungkin baru sangat berlaku.
Nilaikan sendiri rasionalnya. Serius aku sangat sedih dengan kejadian di depan mata aku ni, teringat anak-anak aku.
Hampir 20 minit aku di situ, kata mereka ambulan dalam perjalanan. Jadi aku pun berlalu dulu kerana terpaksa uruskan lagi 2 orang anak aku di rumah. Anak lelaki aku yang tingkatan 2 tu sudah pun ke surau berdekatan bersama rakannya untuk solat Jumaat.
Aku yang masih lagi bersama anak sulung aku, tingkatan 4 balik ke rumah yang cuma 2 minit perjalanan dari tempat kejadian. Aku ambil lagi 2 orang anak aku dan pusing semula ke kawasan ini kerana nak bawa mereka lunch di restoran saja.
Ini gambar dari laluan sama kejadian berlaku. Aku dah melepasi lampu isyarat dan berhenti sekejap di depan sekolah. Terdengar bunyi ambulan datang sedang buat U-turn di lampu isyarat di belakang aku ni. Ada satu lagi lampu isyarat kat belakang di simpang empat.
Bergerak sedikit lagi di kawasan parking sekolah. Ambulan dah sampai. Jeritan kesakitan pelajar itu dapat aku dengar lagi. Mungkin kita rasa, kenapa nak jerit kuat-kuatkan. Bukan hilang sakit pun. Sifat manusia berbeza, apatah lagi anak remaja yang masih baru nak mengenal usia peringkat sekolah menengah. Alangkah yang dewasa pun ada yang meraung. Sakit sangat!
Kelihatan kereta Honda yang melanggar tadi berundur ke arah sekolah. Waktu ini semua laluan di halakan ke arah kawasan parking sekolah dan keluar di hujungnya kerana kejadian berlaku di jalan utama dan antara kedua laluan masuk dan keluar parking sekolah.
Dah masuk pun, nampak lelaki yang berpakaian kemas itu? Dialah pemilik kereta Honda itu. Kelihatan sugul, aku simpati dengan kesilapannya sebagai insan dewasa. Tentunya tiada niat tetapi kadang kita sering terlupa. Bila berlaku musibah, barulah kita tersentak. Peringatan untuk kita semua juga yang kadang cuba juga berhati-hati, tapi kadang hanyut juga oleh perasaan yang lupa atau leka.
Ambulan Kementerian Pertahanan. Tak tahu menghala ke mana. Aku hanya memerhati.
Pemandu van sekolah anak aku tinggal di klinik kerajaan berhampiran. Isterinya jururawat di situ. Katanya dia dah cantas kayu di situ untuk ikat kaki pelajar itu dan nak hantar ke klinik dengan vannya kerana doktor ada di klinik. Klinik kerajaan, bukannya swasta. Tapi ramai yang menghalang kerana takut patah kaki.
Korang rasa macam mana ye? Salahkah cara pemandu van itu? Hampir 50 minit pelajar tu terbaring menahan sakit di atas jalan sedangkan perjalanan ke klinik cuma mengambil masa 3 minit sahaja. Berapa ramai yang sanggup mempertahankan mereka yang terbaring di jalan raya jika kemalangan begini berlaku di lebuh raya? Sanggupkah kita biarkan di tengah-tengah lebuh raya tu?
Benar mungkin takut jika patah atau retaknya tulang menjadi parah jika tersilap. Tetapi aku juga takut jika kelewatan menyebabkan dia kehilangan nyawa. Mungkin juga pendapat aku silap tetapi bagaimana jika kita yang terbaring di situ, anak kita, adik kita atau sesiapa saja yang ada pertalian darah dengan kita. Mungkin juga aku yang kurang sabar.
Aku tunjukkan gambar-gambar ini pada rakan aku. Rupanya anak dia kenal dengan budak lelaki ini. Dulu sama-sama sekolah rendah di Nilai. Katanya tinggal di Seremban tetapi mungkin ibu ayahnya kerja dekat-dekat situ juga. Asal dari Indonesia tetapi ada pasport penduduk tetap Malaysia. Patutlah dengar dia bercakap ada loghat sana.
Teringin nak melawatnya tetapi tak tahu di mana. Nantilah aku ramah-ramahkan mulut bertanya.
Sebagai orang dewasa tentulah aku pernah melalui zaman persekolah seperti pelajar malang ini. Selalu nak buat perkara ikut suka hati. Jarang memikirkan risiko atas suatu tindakan. Kadang sukar memikirkan rasionalnya sesuatu perkara. Tahu salah tetapi nak buat juga.
Jadi bila dah dewasa kenalah faham dengan sifat anak-anak ini yang kadang tak dijangka. Sebab itulah selalu aku dengar "kalau melanggar budak sekolah dalam apa jua keadaan pun, kita sebagai pemandulah tetap akan dipersalahkan". Lagi pun dah depan sekolah, waktu sesak... perlahan je la!
p/s : kereta memang ada insuran boleh claim, kalau cermin pun ada insuran kira nasib baiklah. Kalau tak, duit habis, kena denda lagi, masa terbuang, hati pun tak senang. Kalau kemalangan maut, lagilah sakit jiwa kita yang melanggarnya. Bila difikir-fikirkan, takut aku!
7 comments:
mesti laju tu!
Allah... Apa la yang dikejarnya, si pemandu itu...
sekarang nak wat camner... memang salah diri sendiri, perasaan bersalah akan sentiasa menghantui dirinya, minta la maaf beribu kali, Kesalahan di kawasan sekolah, memang akan jadi mimpi ngeri la jawapnya...
ishhhhhhhh... geram dengan pemandu begini...
Kadang-kadang rasa kesal kalau kemalangan berlaku, masing-masing tak berani bertindak sehingga menunggu tempoh yang lama untuk bawa mangsa ke hospital, kalau dapat ditolong alhamdulillah tapi kalau tidak... tidakkah banyak masa dibazirkan untuk membantu? Entahah.... kalaulah masing-masing ada rasa tanggungjawab semasa di jalan raya.
saya tinggal kat bandar seri putra jugak . Tapi tak perasan bila kemalangan ni berlaku -.-
baru ada chance baca cerita ni, dengar aje cite, tapi tak tau cite yang betul, now dah tau, tq for the info, walau terlambat tau, tapi memang perlu berjaga2, tak kira apa waktu, kalau depan sekolah atau kawasan awam, memang kena bawak perlahan, area umah kita pun sama, kalau keta lalu, amboi bukan men lagi speed, padahal kan ramai bebudak main kat luar umah petang2, angin betul tau derang nih!
Budak sek men ..tak cool kalau nak melintas di laluan yang disediakan. Tak cool tekan button utk lampu hijau melintas.
Kalau buat jejantas situ agaknya diorang nak gunakan tak?
Saya yang memandu penuh berhemah bila lalu area situ pun takut dengan keberanian budak-budak sek men tu.
Kena wat jejantas la gini..nak control pemandu cuai mmg x dapekla..at lesst ada preventive measure. Hakikatnya jalan tu mmg jalan utama keluar masuk penduduk bsp nak ke rumah masing2
Post a Comment