Terasa seperti pertemuan dengan anak saudara je! Maklum saja beza usia yang agak ketara aku dan dia, jarak usia hingga 18 tahun. Tapi terasalah aku muda bila dia panggil aku Kak Liza. Wahhh... perasannya.
Cepat ambil gambar kita Bella! Masuk blog nanti! Rakan aku yang ambil gambar di di pejabat tempat kerja aku, Public Mutual cawangan Bangsar.
Dah berjanji dengannya nak jumpa pukul 2.00 petang semalam. Tapi aku dah pesan dengannya agar tunggu hingga aku call baru keluar dari rumah sebab dia hanya perlu jalan kaki dari rumahnya ke pejabat ni dengan mengambil masa hanya 5-6 minit sahaja. Aku tak sangka, dia pun tak sangka juga akan lokasi pertemuan sedekat ini.
Inilah dia blogger comel yang aku panggil Bella yang menulis tentang diskriminasi mereka yang bertudung dalam mencari kerja di entrynya di SINI. Aku yang membaca pun terasa kecewa dengan situasi yang dialaminya. Sangat tidak bertamadun.
Tak mengapalah Bella, Insyaallah rezeki yang halal dan bermaruah itu ada di mana-mana. Jika berusaha, pasti kita akan jumpa nanti.
Berjumpa dengan tidak tahu apa-apa katanya tentang apa yang perlu dilakukan sebagai UTC (Unit Trust Consultant). Itulah tujuan perjumpaan kami berdua sebenarnya. Bertanya untuk mengetahui dan jika suka boleh teruskan. Jika tidak mahu, tidak mengapa. Aku memang suka berkongsi cerita dan ilmu setakat mana yang aku mampu.
Tidak mengapa jika tak tahu kerana kita boleh belajar sama ada dengan cara melihat, mendengar dan cuba melakukannya sendiri. Lama-lama pandailahkan. Siapa pula yang naik kereta akan terus pandai memandunya. Semuanya kena belajar dan kemudian kita rasainya sendiri sama ada ianya selesa dan serasi dengan kita.
Cepat atau tidak kita mahir juga tergantung pada diri kita. Jika mahu cepat, maka berusahalah dengan gigih mempelajarinya. Tetapi jika usahanya ala-ala kadar, maka itu jugalah yang kita dapat nanti.
"Tiada diskriminasi tudung di sini. Pakailah pakaian apa saja asalkan ianya SOPAN!", kata aku pada Bella.
"Tiada boss atau orang bawahan, hanya rakan seperjuangan yang perlu saling membantu dengan hati yang ikhlas dan saling menghormati! Bertanya jika ada masalah kerja di sini walau pun hanya nak bertanya bagaimana nak menulis tarikh pada borang client. Call boleh, SMS pun boleh! Jangan termenung lama di depan borang semata-mata 'confuse' nak mengisi atau segan nak bertanya", tambah aku lagi.
Macam biasa, Bella ni budak baik main angguk je sambil tersenyum dengan kata-kata makcik ini yang masih juga dipanggilnya Kak Liza. Teruskan memanggil dengan panggilan itu, aku suka!
"Kerja seperti aku ini umpama kaulah boss, kaulah juga kuli. Suka hati bila nak cuti, bila nak kerja, semuanya fleksibel. Cuma kalau nak berjaya lebih, buatlah kerja macam mereka yang bergaji tetap selama 8 jam sehari. Insyaallah hasilnya berganda-ganda dari mereka dan kadang diri sendiri tak sangka dan rasa nak pengsan dengan kejayaan sendiri", maka keluarlah kisah sendiri pada Bella seperti yang aku ceritakan dalam entry INI.
Insyaallah, kerja yang kita laksanakan dengan jujur, ikhlas dan tekun akan mendatang hasil yang berbaloi. Kerja apa pun ada waktu gembira ada waktu duka, yang penting kita enjoy!!
Comel je mereka ni bila pakai tudungkan :
Fazura |
Lisa Surihani (Suri hati Yusri!) |
Nora Danish |
Siti Nurhaliza |
Tiz Zaqyah |
Kalau ada yang nak cari tudung-tudung cantik buat pergi kerja, boleh pilih-pilih di blog Asterisk Boutique. Ini contoh 3 design je, ada banyak lagi kat blog tu. Murah dan berkualiti!
8 comments:
kim salam ngan awek sebelah tu :)
wahhh bestttkan dapat bertemu rakan blogger.. kita ni bila lah boleh bertemu kan kak liza kan kan hehe
Teman nak pesan... Kalau nak bertudung tu... bertudung lah dengan cara yang betul... tapi kalau bertudung, tubuh yang lain tidak bertutup... apa ke jadahnyaaaa....
mutu keja yg harus/wajib diuji atau dikaji.. bukan psl tudung.. bkn tudung yg buat keja.. aduhai.. ada gak benda2 gini ye.. tp mama pun pernah ada pengalaman gini.. sanggup mama lepaskan. tak kuasa layan benda2 diskriminasi nih..:)
tentu banyak dapat menuntut ilmu dari Liza tu..
Assalamualaikum Liza
moga ukhwah berpanjangan
kalau dia panggil kak liza....den lah panggil untie liza....ok tak....ahakz
Liza...pakai tudung tak semestinya dah tutup aurat... Masalahnya ramai muslimah ambik artis dan selebriti sebagai contoh bila nak pilih cara bertudung. Idea utamanya sepatutnya untuk tutup aurat dan bukan untuk bergaya atau nak tunjuk glamer...
Post a Comment