Insan yang aku 'Unfriend' tu seorang lelaki dewasa yang sudah berumahtangga dan kelihatannya baru mempunyai seorang anak kecil yang masih bayi. Agak terkejut aku bila melihat dia juga bekerja buat jualan hampir sama seperti aku. Hebat juga pencapaiannya dalam bidang jualan itu. Pastinya setiap hari dia akan berjumpa dengan pelanggannya sama ada baru mahu pun yang lama. Maka sudah tentu dia juga pernah belajar di syarikatnya agar bijak berbahasa dengan para pelanggannya dan elakkan menggunakan bahasa sebegini.
Biar pun mungkin ada sesuatu yang mengganggu perasaan atau menyakitkan hati dari pelanggan, bahasa begini agak keterlaluan bagi aku. Takut aku nak jadi pelanggannya kalau terbaca luahan kemarahannya itu. Memang luahan kemarahannya bukan diniatkan pada para pelanggannya tetapi aku yakin tentu ada antara kelompok yang dibencinya itu merupakan pelanggannya juga. Boleh jika mahu tidak bersetuju tetapi janganlah mencarut.
Seorang lagi seorang anak gadis remaja yang memaki hamun teman sebayanya dengan perkataan yang sama, kira bergaduh dalam facebook le. Berlarut-larutan pula tu. Dia menuduh dan temannya pula menafikan. Tak tahulah aku siapa benar siapa salah. Tapi memang memalukan bila bergaduh dalam facebook dan ramai orang yang membacanya.
Apa nak buat, anak gadis ini baru berusia 13 tahun. Masih belum matang lagi. Cuma aku tak berapa faham mengapa ibu bapanya tak pantau facebook anaknya. Janganlah kita mengaibkan diri sendiri dan orang lain dengan sikap bergaduh dalam facebook seperti ini.
Sebagai ibu bapa eloklah pantau facebook anak-anak sekali-sekala agar mereka tidak keterlaluan. Aku pernah 'delete' satu group yang anak aku 'like' sebab ada gambar-gambar kartun yang agak seksi "Sorry ye! Mama delete group ni. Seksi sangatlah kartunnya! Tak sesuai!".
Aku tak mahu nak copy paste pergaduhan mereka di sini. Cukuplah aku katakan sangat 'annoying' maki hamunnya. Rasa nak menyampuk saja "Bila korang habis nak bergaduh kat sini?". Tapi segarang-garang aku dengan anak-anak sendiri, tak tergamak aku nak garang dengan anak orang lain. Jadi aku 'Unfriend' kan saja. Bukan mereka perasan pun dengan tindakan aku.
Membaca facebook hari ini memang agak merimaskan kerana banyak kata-kata pedas, kemarahan akibat BERSIH 3.0. Siapa pun yang kalian sokong, janganlah sampai putus saudara. Bergaduh sesama Islam, adik-beradik, suami isteri, ipar duai, jiran-jiran dan rakan sekerja.
Semua orang ada rasa marah dan tak puas hati, tapi sangat tak manis guna bahasa mencarut di laman sosial sebegini.
Bila tak suka biasanya aku biarkan saja mereka dengan status-status yang agak panas atau pedas. Cuma bila terasa kerap terganggu sangat barulah aku 'Unfriend' tanpa salam. Suka hati dialah nak taip apa lepas ni asal tak keluar lagi di 'home' aku.
Agak-agaklah kalau nak marah pun! |
6 comments:
betul tuh, pasal bersih tuh terpulang mahu sokong atau tak. tp jangan la sampai gelarkan bersih tu 'bodoh', 'buang masa' dan lain2 perkataan. kalau saya senang aje, kalau rasa tak percaya dengan apa yg di siar di fb or youtube, pegi je as pemerhati. tgk sendiri dengan mata, gunakan akal unt menilai then baru nak komen..:)
banyak ragam manusia kalau kat fb saya pun macam tu unfriend saja kalau yang tak berkenan.
sy penah bca satu belog yg asik mencarut. malu sangat nak baca. sebut alat2 sulit. terus sy tak baca.ppuan plak yue..
pasal bersih- pening sungguh bca fb bilamstatment asik2 marah2. bosanla
ummi pun tak suka bahasa-bahasa kasar,berserabut dibuatnya,baik unfriend je kan..
ispun xberapa bekenan orang yang mehamburkan kemarahan dengan perkataan2 yang tidak bermanfaat.. moga kita dan keluarga kita dijauhkan dari peribadi sedemikian... huhuhu
takutkan...
is baru sempat singgah hari ni.. terbizi sket.. huhu o|^_^|o
unfriend kan jer.. selamat bercuti :)
Post a Comment