iklan

Followers

Pages

Friday, 6 April 2012

Beli apa-apa aje, dah macam pusat beli-belah pulak!

Semalam aku jumpa client aku yang memang tiap-tiap bulan sentiasa order jamu T.Warisan Anggun dari aku. Tiga serangkai jamu yang wajib baginya iaitu jamu Sihat Wanita, jamu Serapat dan jamu Herba Angin.

Tapi kali ini dia bukan order jamu tetapi mengambil dua barang yang dibelinya dari FCC Farmasi Colour Cosmetics yang dulu namanya Beauty Farmasi Colour Cosmetics. Kakak aku dah tukar nama Beauty ke FCC. Cuma headernya masih yang nama lama semasa entry ni aku taip. Kena tukar pulak le header tu nanti. Aku punya kerjalah tu tolong edit blog kakak aku.

Client ni guna nama dan alamat aku je untuk order barang. Bagi aku boleh aje sebab rumah dia dan aku tak jauh. Dia di Bukit Mahkota dan aku pula di Bandar Seri Putra. Dia bekerja, maka susah sikit nak terima barang dari posmen. Kalau dapat pun, terpaksa tuntut pula di pejabat pos. Dia order pun barang dari kakak aku, so tak ada masalah le. Selepas dia balik kerja, barulah jumpa.

Ada juga sekali aku tolong hantar tudung bagi pihak Asterisk Boutique. Kebetulan aku ke rumah tokey Asterisk Boutique, tiba-tiba ada masuk order dari Bandar Seri Putra. Bila aku tengok alamat "alaaa... 2 minit aje dari rumah aku ni!".

Customer tu pun suka sangat bila aku hantar tudung ke depan pintu rumahnya kerana dia bekerja, jadi boleh terima barang pada lewat petang sahaja. Bila aku dah hantar, tak perlulah dia nak pergi ambil pula di pejabat pos. Dapat aku tambah kenalan, seorang guru pula tu.

Aku dan client tadi sama-sama order roti bakar dan nescafe ais. Teringin nak minum nescafe dan yang berais sekali-sekala. Selalunya aku order teh tarik atau teh O panas je. Jadi aku minum tak guna straw le.. kawan blogger aku, Diana Senyum-Senyum kata tak elok minum guna straw. Kenapa ye? Baca entrynya di SINI.

Dalam pada tu, ada pula permintaan susulan darinya bertanya sebut harga spring dan absorber untuk kereta Wiranya. Apa beza harga yang 'standard' dan 'high performance' untuk bahagian hadapan kereta sahaja. Aku segera call pemilik Restu Supply untuk dapatkan harganya.

Aku terkejut dengan soalan Restu Supply "Dia dah kahwin ke belum?".

Eh! Apa kaitan tanya harga spring/absorber dengan status kahwin?

Oooo... rupanya dia tak galakkan orang yang dah ada anak guna spring jenis 'high performance' kerana hentakannya keras sedikit daripada spring yang biasa. Nanti kesian anak-anak kecil yang nak tidur dalam kereta. Takut tak selesa. He..he.. baru aku tau. Dapat satu ilmu ye!

Ada juga yang bertanya, semua barang kau jual ye Liza? He..he.. aku ada jual barang di Adzrien Shoppe aje. Yang lain-lain tu adik-beradik dan kawan-kawan aku je. Tolong-menolong membawa bahagia. Mana yang mudah tu aku buat je. Bukan rugi pun.

Kalau dekat tu aku hantar by hand je. Jangan jadi macam kisah kawan aku semalam yang terpaksa beratur di Pos Laju di Bandar Baru Bangi. Next entry aku cerita ye pasal apa.. nak keluar dah, pergi spa di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Jom ke Shena Aroma Spa!

1 comment:

ummiross said...

waa Liza, dah macam kedai serba guna dah ni, macam2 ada!