iklan

Followers

Pages

Sunday, 8 April 2012

Trick nak jumpa Ummi Rose tak menjadi laa..

Trick aku tak menjadi rupanya. Trick cari alasan nak jumpa Ummi Rose yang baru saja berpindah balik ke Malaysia selepas bertahun mencari rezeki di bumi Sarawak. Alasan aku nak tolong kirimkan kain yang Hanis Azla menang kuiz dari Ummi Rose. Kononnya dapatlah aku jumpa Ummi Rose.. he..he.. Tak pe, ada rezeki nanti lain kali boleh jumpa.

Haaa... Ummi Rose dah terpikat dengan senyuman manis blogger Hanis Azla dalam luahan rasanya di entry 'Senyuman'. Aku dah kata dahhh... Hanis pulak terkejut 'Dikunjungi tetamu jauh yang dah dekat'.

Ummi Rose yang ramah dan di sayangi ramai teman berniaga kain Batik Sarawak yang cantik-cantik dan unik. Aku mula mengenalinya hanya melalui blognya di Salam Borneo. Tak menyangka pula dia akan berpindah ke Bandar Baru Bangi. 


15 minit saja rumahnya dari rumah aku. Rumah Hanis Azla pun cuma 5 minit je dari rumah rakan blogger Yana, istei Ujang The Great. Dalam lingkungan Bandar Baru Bangi belaka.

Ummi Rose antara blogger terawal aku kenal sejak aku mula buka blog pada Januari 2010 hinggalah sekarang hubungan tu sentiasa saja ada komunikasi sama ada di blog mahu pun di facebook. Pernah sekali aku beramah-mesra dengannya melalui panggilan telefon. Tak tahulah kalau dah berjumpa, tak cukup waktu agaknya bercerita. Maklum sajalah, aku ni suka bercerita dan mendengar pengalaman dan pendapat orang lain juga.

Insyaallah, kalau ada rezeki tentu kita dapat berjumpakan Ummi Rose... dekat je Bandar Seri Putra dengan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi tu.


4 comments:

Amie said...

Seronoknya kalau dapat jumpa Ummiross... dulu dia dekat sini (Sarawak, kita di Sabah ), tapi sekarang dia dah jauh ke Bangi...., insya-Allah suatu hari nanti ada rezeki, bertemulah Liza dengannya.

Hanis Azla said...

Semoga ada rezeki utk kita bertiga berjumpa nnt.. seperti kak Liza yg ramah dan manis, ummi pun begitu juga.. sgt seronok mengenali kalian berdua..

Hanis Azla said...

Semoga ada rezeki utk kita bertiga berjumpa nnt.. seperti kak Liza yg ramah dan manis, ummi pun begitu juga.. sgt seronok mengenali kalian berdua..

ummiross said...

Hehe..ada taktik rupanya,pandai2, tersengih-sengih ummi baca n3 ni. Ha'ah dah agak lama kita kenal ye tapi tak pernah bertentang mata.InsyaAllah ada rezeki kita jumpa ye Liza, roger2 je ummi ni,kita lepak2 ajak Hanis sekali, kalau MumMe dan Amie nak join sekali, lagi gempaq! hehe jauhnya orang Sabah, Amie,nak join,tapi mana tau bila balik kampung dekat je kan.
Salam kenal untuk Yana juga.
Terima kasih Liza, luv u always!