iklan

Followers

Pages

Friday, 9 December 2011

Nyatakan suara kalian dengan mengundi

Tanda-tanda pilihan raya umum semakin terasa. Sana-sini kedengaran suara-suara mengatakan pilihan raya umum mungkin akan diadakan pada tahun depan. Aku pun tidak menyelidik sangat. Cuma teringin juga nak tukar alamat mengundi dari Sungai Ramal ke Bandar Baru Bangi tapi asyik tertangguh saja.

Nampak gayanya ke Sungai Ramal lagilah aku untuk memangkah kertas undi. Hubby pula mengundi di Bandar Baru Bangi. Kalau benar tahun depan ada pilihan raya, si kecil Arif pun kena ikut jugalah aku mengundi.

Ingat-ingat lupa dah aku berapa kali dah mengundi. Rasa-rasa macam dah 3 kali sejak tahun 2000 agaknya. Bermakna ini bakal kali ke 4 aku mengundi.

Rugi kalau tak mengundi ni. Satu undi pun sangat berharga untuk menentukan siapa ketua kita. Bayangkan ada 5 orang nak memilih seorang ketua sesama mereka. Ada 3 orang saja yang nak memilih antara 2 calon. Perlu minimum 2 undi untuk majoriti.

Aku dah semak nama aku kat web SPR, klik SINI.


Semak jangan tak semak. Cuma perlu masukkan nombor kad pengenalan saja untuk yang dah mendaftar. Kalau belum tu, bacalah cara-cara nak mendaftar kat situ. Tunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.

6 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Liza

undian kita ada kaitan dgn Akhirat..

Wassalam

Dunia Realiti a.k.a Elih said...

tq info...sy dah daftar awal tahun ni :)

sitiezahim said...

betul kak..ramai tak sedar lagi pentingnya mengundi ni..mm harapnya buat dlm bln 1 dan 2 dapatlah saya memangkah..nak harap undi pos cam tak caye aje..hik hik hik

Kalamhati said...

dah 2 kali mengundi..=)

Cik Tie@Akak said...

dan nama akak dah masuk senarai bertugas masa mengundi nanti...:)

mas saari said...

undi ikut kepercayaan kita sendiri, jangan dipengaruhi oleh sesiapa!

saya tahun ni baru kali kedua mengundi..