iklan

Followers

Pages

Thursday, 8 December 2011

Menyonsang arus hingga nyawa melayang, berbaloi ke?

Aku pernah menulis entry tentang 'Menyonsang arus'. Pagi ini terbaca di Harian Metro akibat sikap menyosang arus ni. Kesan yang sangat buruk hingga menyebabkan ramai yang cedera dan nyawa melayang. Apa yang nak dijimatkan. Berbaloi ke?

Kereta undur dihentam treler
Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my

SESAK...kontena dibawa treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah, semalam.

BANTING: Tindakan mengundur kereta akibat terlepas susur keluar membawa padah apabila seorang warga emas maut manakala dua lagi parah selepas dilanggar treler membawa muatan getah di Kilometer 21 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran persimpangan Plaza Tol Putrajaya/Cyberjaya, tengah hari semalam.


Arthur Lawrence Pharamond, 86, yang memandu kereta Perodua Kancil disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Putrajaya akibat kecederaan parah di kepalanya selepas dirempuh treler dengan muatan dua buah kontena, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari.


Dua penumpang kereta berkenaan iaitu isteri Arthur, Lodi Ah Chang, 78, dan seorang wanita, Yong Shiad Ting, 36, berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama manakala anak lelaki pasangan itu, Jeffrey Gilbert Pharamond, 46, yang juga orang kelainan upaya (OKU), cedera ringan.


Ekoran kejadian itu, treler berkenaan terbalik dan dua buah kontena dibawanya melintang di tengah lebuh raya sehingga menyebabkan kesesakan teruk di laluan menghala ke Shah Alam selama beberapa jam.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan ketika dihubungi berkata, Arthur yang berasal dari Sentul, Kuala Lumpur dipercayai memandu dari arah Seremban menghala ke Putrajaya sebelum terlepas simpang susur keluar.


Katanya, mangsa dipercayai cuba mengundurkan keretanya untuk memasuki persimpangan ke Plaza Tol Putrajaya/Cyberjaya.


“Ketika mengundurkan keretanya sebuah kereta berjaya mengelak kereta yang dipandu mangsa, tetapi pemandu treler dari arah sama gagal mengelak dan merempuh belakang kereta mangsa sehingga menyebabkan kereta itu terseret 50 meter dari tempat kejadian, menyebabkan ia remuk.


“Rempuhan itu turut menyebabkan dua buah kontena yang dibawanya terjatuh dan melintang di tengah lebuh raya. Bagaimanapun, pemandu treler tidak cedera,” katanya.

8 comments:

Citarasa Rinduan said...

ayu pun selepas masak sempat baca.. serius kan.. sangat bahaya kalau suka2 dok melencong tanpa sebab..

last2 satu kawasan dok jem... nyawa melayang2...

serammmm
buat ingatan kita semua, lagilah pemandu..

mas saari said...

tengok gak berita ni semalam...
tulah berani sangat, tak pasal2 merbahayakan nyawa dan orang lain!

nyanyisunyi said...

memanglah sgt berbahaya..begitu juga dgn kehidupan kita...kena ikut landasan yg betul supaya selamat sampai ke penghujung kehidupan.

Daddy Ziyyad said...

tu pasal saya geram tgk kereta yg suka suka gostan bila silap masuk simpang, eppecially kat highway. Biar lambat/bayar tol lebih sikit, asalkan keselamatan kita terjamin, Insya allah.

ummiross said...

Suami selalu pesan kat anak2, kalau dah terlepas jalan yang kita nak masuk tu, terus je lah, jangan undur lagi, nanti bukan sahaja bahaya kepada kita tapi pada orang lain jugak.

Dinas Aldi said...

Ya Allah, sampai macam tu sekali. Mintak dijauhkan la kemalangan gitu. Akak kalau dah terlajak, ku bantai terus ja sampai jumpa roundabout ka hapa. Biaq jauh sikit pun takpa. Takutnya.

wak gelas said...

wak pon X sukak sangkut dalam jam jugakkk.... eeeeE wak dh datang niiii nk komen komennnnn..........

Eye_nee said...

Kalau terlajak dekat Highway lebih baik teruskan jer..nnt boleh buat pusingan ditempat yg selamat..Padah kita sendiri yg tanggung...