iklan

Followers

Pages

Monday, 12 December 2011

Hari Keputeraan Sultan Selangor, 11 Disember 2011

Hari ini seluruh Selangor cuti kerana Hari Keputeraan Sultan Selangor, 11 Disember 2011 jatuh pada hari Ahad iaitu semalam. Bermakna hari Isnin akan cutilah. Sama pula dengan tarikh Ulang Tahun Perkahwinan aku yang ke 16. Jadi setiap kali Sultan Selangor menyambut Hari Keputeraannya, itulah juga hari Ulang Tahun Perkahwinan aku.. he..he..


Beli kek tirasmisu yang simple saja tapi sekali hadap je dah habis. Kek pilihan anak sulung aku, Aishah yang dah pun berusia 15 tahun. Hubby pun dapat merasa sepotong aje sebab anak-anak nak lebih dari sepotong seorang. Sedap pulak kek ni katanya. Aishah pulak kata "tengoklah siapa yang pilih!".... eksyenlah pulak ye.

Hubby pun nak disebut barulah dia ingat tarikhnya. Kalau tak dia memang tak ingat lansung le. 16 tahun jadi suami aku, faham dah perangai dia yang memang tak ingat pun tarikh-tarikh ni. Tapi ia bukanlah jadi masalah besar pada aku pun.

Semalam hubby rajin nak memasak lunch untuk aku dan anak-anak. Resepi baru katanya, ayam masak tomato. Hentam sajalah yang.

Pesannya pada anak-anak "kalau sedap tu puji le, kalau tak sedap tu diam-diam je!".

Aishah kata "kek tadi sedaplah ayah!"... he..he..

Hubby masak lauk je lah. Nasi dengan sayur akulah yang masak. Simple aje..

Memang sedap pun hubby masak sampai Arif yang 2 tahun tu pun kata "mmm... dappp (sedap)". Kembang le ayahnya.

"Kalau sedap, ayah masaklah hari-hari!" saja je aku usik hubby.

Memang begitu pun sambutan aku dan hubby setiap tahun. Beli kek 1/2 kg setiap tahun. Tak suka beli yang besar-besar sebab takut kalau banyak sangat jadi muak. Yang sikit-sikit itulah yang sedap. Selalunya hubby belanja makan kat luar tapi kali ni dia masak pulak. Aku tak kisah sangat, janji bahagia.

16 tahun usia perkahwinan, aku telah dikurniakan 5 orang anak ; 2 perempuan dan 3 lelaki. Alhamdulillah...

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 6 juga buat adik aku di Asterisk Boutique pada 10 Disember 2011, awal sehari je dari aku.

5 comments:

ct kamaliah said...

selamat ulang tahun..moga-moga berkekalan jodoh sampai ke syurga..;))

AL-QASSAM said...

Lama xjeguk teratak kak liza... makin berseri blog kak.. apa pun moga berkekalan satu keluarga dan xlupa jugak terima kasih kat sultan selangor.. dapat jugak merasa rehat hari ini...hehe

mas saari said...

happy anniversary kak! moga perkahwinan akak kekal bahagia hingga hujung nyawa..

jeBateja said...

Selamat Ulang Tahun perkahwinan kak....errr....Nasi Tamato yeee...sampai ke rumah kita baunya...ahakz

diana said...

selamat ulang tahun kak..
pandai la suami kak liza memasak..
dia belajar memasak dia siapa??
ke tengok2 resepi??