iklan

Followers

Pages

Monday, 26 December 2011

Zaman dulu dan kini berbeza, Islam tetap sama..

Syukur alhamdulillah bila ada yang nak mendirikan rumahtangga. Menangislah syaitan nampaknya. Maka kita pun doakan yang baik-baik saja untuk pasangan bakal pengantin. Moga hasrat yang baik dimakbulkan Allah.

Pengumuman yang terbaru, dua artis yang glamour bakal dijab kabul pada bulan Februari 2011 nanti.. Aminnn... Bukan syaitan je menangis, kawan blogger aku si Ujang ni pun nak menangis juga kot.. Ujang peminat pengantin perempuan, mestilah frust. Gurau je Ujang ye! Pengakuan Ujang ; Di sebalik kisah gua dan Lisa Surihani.

Aku tengok iras wajah keduanya macam sepadan dan ada keserasian aje. Moga niat murni mereka menjadi kenyataan. Kita pakat doakan ramai-ramai.

Trend zaman sekarang atau akukah yang kuno agaknya? Baru bakal pengantin atau bakal suami isteri pun, tapi tak kisah pun nak pegang-pegang, paut-paut dan jadi bahan tontonan umum. Ye lahkan, zaman dulu lain, zaman sekarang lain tapi agama Islam tak kira zaman.

Cinta sebelum kahwin atau selepas kahwin tidak menjadi masalah bagi aku untuk kebahagiaan rumah tangga. Ada baik dan tidaknya. Hanya bagaimana kita menanganinya saja. Kalau hanyut, rosaklah ia tetapi kalau diserta dengan akal dan iman, selamatlah ia.

Cerita rakan aku melihat pasangan yang masih belum berkahwin di Alamanda di SINI. Aku pun kadang boleh kenal karektor mereka sama ada dah kahwin atau belum atau baru kahwin. Tapi situasi yang adik angkat aku kongsikan di facebook memang aku suka.



"cerita masa beli sarapan; sepasang suami isteri yang baru balik semayang subuh umur dlm lingkungan 50-an g sarapan kat mamak..suami tanya,"nak duduk kat mana? kita duduk tempat gelap skit ea...?". ok bang, jawab isteri dia...~so sweet..."

4 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

moga mereka selamat diijab kabul kan.

sitiezahim said...

itulah saya mmg tak berkenan ngan gamba pra perkahwinan yg pegang2 ni..bukan ape, cam tak malu2 plak mempertontonkan di khalayak..

diana said...

berdua saja boleh la dok tempat gelap..ada anak tak boleh..banyak nyamuk...ekekekke

mas saari said...

baguslah mereka nak nikah dah... boleh elak lebih banyak dosa!