iklan

Followers

Pages

Thursday 1 December 2011

Aku tak niaga puding le! Telekung ada la...



Ha..ha.. gara-gara entry puding marble oreo semalam ada pula yang mesej nak buat tempahan. Alamak! Aku tak niaga puding le! Kalau nak tempah kenalah tanya isteri JeBateja, Cik Puan Lela di blog Gula Hangus. Macam-macam puding ada, kek pelangi, kek coklat, karamel dan tentulah trade mark dia yang utama iaitu kek gula hangus.

Kalau rujuk entry aku NIDiana kata suaminya teringinlah pulak puding ni. Macam Diana, ramai juga yang minta resepi. Resepi tu ada dalam minda anak dara aku si Aishah. Kitaorang tak rekodkan pun, main agak-agak dan campur-campur je. Kalau tanya aku ni memang haru biru sikit sebab hari ni sukatan aku begini, esoknya lain pulak sukatan bahannya. Ikut suka hati aku je.

Aku cuma berikan cadangan resepi pada Cik Puan Lela melalui panggilan telefon dan pandai-pandailah dia nak mengadunkannya. Dia dah expert buat puding, tentulah mudah bagi dia untuk mengadunkannya ikut citarasa sendiri.

Tadi aku dah call Cik Puan Lela minta suaminya si JeBateja buatkan resepi yang standard dan teratur. Bila dah siap nanti boleh le kongsi dengan kawan-kawan semua. Hebat diaorang berdua ni sebab laki bini pandai memasak. Si isteri cuma memasak aje dan bab resepi pula bahagian si suami untuk merekodkannya sama ada dalam bentuk tulisan atau pun dijadikan ke Youtube.

Sambil tu sempat aku minta diaorang cuba lagi satu resepi puding lain yang sedap juga. Apa resepi tu, tunggu ajelah entry diaorang akan datang. Bak kata Cik Puan Lela, puding yang ni memanglah lebih sedap dan leka bila menikmatinya. Setuju sangat aku...

Jangan risau, kalau Jebateja dah siapkan resepinya pasti aku kongsikan dengan korang semua. Nanti aku canang-canangkan di facebook aku.

1 comment:

EmpayarUtama said...

Puding bentuk-bentuk tudung takde?