iklan

Followers

Pages

Friday, 23 December 2011

Antara gembira dan air mata kesedihan

Result PMR dah keluar, aku pun lega dengan keputusannya yang bagi aku sudah cukup cemerlang. Walau pun ada rasa ralat dengan 1B, ianya jadi bahan gurauan antara aku anak-beranak. "Ishh... sikit je lagikan..ish..ishh.. geramnya!"..he..he..

Semalam pun lama hubby aku merenung slip peperiksaan PMR Aishah.

"Tak payahlah tenung lama-lama yang! Huruf B tu tak bertukar jadi A punya!", aku mengusik hubby.

Redha sajalahkan, sudah setakat itu keputusan terbaik yang Allah izinkan. Bagi yang belum tahu, boleh baca entry sebelum ni di SINI tentang keputusan PMR anak aku..

Sebelum sampai ke sekolah pun, Aishah kata salah seorang teman rapatnya dapat 8A. Aku baik dengan ibunya yang aku panggil kak Hani. Sangat baik dan peramah orangnya.

Kak Hani, ibu tunggal yang membesarkan 5 orang anak dengan hasil menjahit baju. Baju hari raya aidilfitri tahun ini untuk aku dan anak-anak dara aku memang kak Hani yang jahitkan di kedainya Hani Tailor yang terletak di fasa 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Bersebelahan dengan klinik Zalfah dan restoran Sri Balang di tingkat atas.

Selepas habis PMR kelmarin aku, Aishah, anak kak Hani tu dan seorang lagi rakan mereka sempat bersantai bermain boling di Alamanda. Sebelum tu kitaorang tengok movie "Time"... enjoy sakan ye!

Dia tengah pilih bola boling... Simple je orangnya yang menjadi teman baik Aishah ni.

Dalam kegembiraan Aishah meraikan keputusan PMRnya, dia dikejutkan dengan keputusan PMR rakan baiknya yang tak disangka. Aishah jadi keliru antara gembira dan sedih. Aku juga rasa demikian. Rasanya jika rakan baiknya itu ada dekat aku, sudah tentu aku ingin memeluk bahunya.

Patutlah dia tidak menjawab bila Aishah SMS bertanya tentang keputusan examnya. Rupanya keputusan yang diperolehi oleh rakan baiknya itu tidak seperti yang diharapkan. Malah mungkin menyebabkannya tersingkir dari meneruskan pembelajaran di sekolah itu kerana keputusan yang diperolehinya lebih rendah daripada syarat minimum.

Mengingatkan rakan baiknya itu, hati aku jadi sebak sewaktu menaip entry ini. Benar PMR adalah permulaan, SPM lebih penting lagi. Tetapi di saat begini dorongan dan sokongan sangat dia perlukan. Mendapat keputusan yang mengecewakan berbanding abang dan kakaknya yang sentiasa cemerlang boleh membuatkan dia rasa rendah diri.

Dia merupakan anak bongsu tetapi tidaklah cengeng dan matang pula orangnya. Sangat menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Aku harap ibu dan ayahnya akan tetap menyokongnya. Sedihnya aku kalau dia kena marah.

Dia rajin berusaha tetapi cuma rezeki belum menyebelahinya. Aishah menceritakan rasa hatinya dalam entrinya "PMR 2011".

Walau pun saiz badan rakan baik Aishah ni kecil-kecil aje tapi cili api juga. Bukan calang-calang orang boleh bermain di bahagian C (centre) dalam acara bola jaring. Wakil sekolah merangkap kapten pasukan. Aku harap dia tidak menyalahkan kesibukannya bersukan menjadi punca keputusan PMRnya tidak cemerlang.

Aku pun selalu juga marahkan Aishah sebab tak mahu bersukan, "Nanti badan beratlah kakak". Memang Aishah lebih berat daripada aku.. *(^_^)*.

Aishah di tengah, sebelah kanan itulah rakan baik yang kecil-kecil cili api orangnya. 
Satu kumpulan yang tak mendatangkan masalah, kata guru kelas mereka.

Apa pun keadaanya, aku harap persahabatan mereka tak akan putus. Facebook ada, boleh bertanya khabar selalu. Mulakan perjuangan untuk SPM dua tahun lagi... Itulah penentunya, moga bersatu kembali di Universiti yang sama.

5 comments:

mas saari said...

walaupun PMR tak berapa penting tapi tetap kecewa kan kak kalau dapat keputusan tak seperti yang kita harapkan..

atuk said...

Assalamualaikum Liza

tahniah untuk Aishah

tahniah untuk liza juga

Wassalam

diana said...

harapnya kekecewaan dia tak berpanjangan.takut menggangu emosi lain lak jadi..
masa ni sokongan keluarga penting supaya dia tak putus harapan untuk SPM nanti..

ummiross said...

sokongan ibubapa sangat penting agar anak2 tidak berputus harap...

Fendy said...

tak mengapa..spm boleh tebus...InsyaAllah..tahniah